Sumber:
http://bm.harakahdaily.net
Soalan; Adakah harus menghimpunkan niat puasa enam hari di bulan Syawal dengan puasa Qadha’ iaitu satu puasa untuk dua niat/tujuan?
Jawapan;
Syeikh
Dr. ‘Ali Jum’ah (Mufti Mesir sekarang) dalam buku himpunan fatwanya
menjelaskan; “Jika seseorang itu mampu menunaikan puasa Qadha yang
tertanggung atasnya terlebih dahulu kerana berbuka pada bulan Ramadhan,
kemudian setelah itu ia menunaikan puasa enam, maka itu yang paling baik
(afdhal) kerana Rasulullah SAW bersabda;
“Hutang dengan Allah lebih utama untuk ditunaikan.” (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Ibnu ‘Abbas RA)
Dalam
pada itu, harus dihitung puasa enam dari puasa Qadha yang dilakukan
dalam bulan Syawal mengikut pandangan mazhab Syafi’ie. Namun yang paling
baik ialah mengasingkan kedua-duanya (yakni dilakukan berasingan) untuk
mengelak pertikaian dari pandangan mazhab lain (yang tidak
mengharuskannya) di samping dapat memperbanyakkan amal soleh. Dan harus
juga ia mendahulukan puasa enam hari dalam bulan syawal dan menunaikan
puasa qadha pada bulan-bulan yang lain (selepas syawal) sebelum tiba
Ramadhan berikutnya”.
http://ilmudanulamak.blogspot.com/
politeknik tuanku sultanah bahiyah ptsb kulim motivasi kesihatan dekorasi kerja dan puisi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
Sebenarnya, mereka boleh ja berlanggar. NASA dan organisasi antarabangsa yang lain mengesan satelit di angkasa lepas. Perlanggaran jarang t...
-
Mulakan langkah mu dengan fikiran terbuka Setiap insan punyai kelebihan sendiri Asah kemahiran di peringkat lebih tinggi Usaha dan harapan ...
-
Satelit dapat mengorbit mengelilingi planet bumi kerana ianya terkunci pada kelajuan yang sangat tinggi untuk mengatasi daya tarikan graviti...
No comments:
Post a Comment