Sumber:
http://bm.harakahdaily.net
Sebagaimana lumrah diketahui hasad adalah penyakit hati yang amat
berbahaya. Hasad boleh mengikis Iman seseorang Mukmin jika ia tidak
cepat kembali siuman, bertaubat kepada Tuhan dan tidak dilimpahi ‘Inayah
dan Rahmat Subhanahu Wata’ala.
Tepat seperti yang apa disabdakan oleh Rasulullah Sallallahu’alaihi Wasallam yang bermaksud;
“Penyakit
umat sebelum kamu telah menular kepada kamu; iaitu hasad dengki dan
permusuhan. Permusuhan tersebut ialah pengikis atau pencukur, Saya tidak
maksudkan ia mencukur rambut, tetapi (yang saya maksudkan) ialah ia
mengikis agama.” (Hadis riwayat Al-Baihaqi)
Para Du’at menyeru
manusia ke jalan Allah Subhanahu Wata’ala, khasnya yang mendapat
sambutan baik, yang cergas, yang masyhur dan berbakat sentiasa terdedah
kepada cacian lidah orang-orang yang hasad serta tipu-daya mereka.
Golongan tersebut merasa dengki pada ilmu dan kelebihan-kelebihan yang
ada pada para du’at. Mereka sentiasa mengintai dan menunggu-nunggu masa
yang baik untuk mencetuskan pertembungan antara mereka dan menjatuhkan
imej mereka.
Ibnu Mu’taz pernah berkata:
“Orang yang hasad
itu marah kepada orang yang tidak berdosa, kikir terhadap sesuatu yang
bukan kepunyaannya dan sentiasa mencari atau meminta sesuatu yang tidak
akan diperolehnya"
Rasulullah sendiri melarang sifat hasad dengki
dan saling dengki mendengki. Beliau melarang sifat benci dan saling
menimbulkan kebencian. Beliau juga melarang sifat saling membesar diri
dan jebak-menjebak antara satu sama lain. Beliau bersabda, maksudnya:
“Awas
kalian daripada sifat prasangka. Sesungguhnya prasangka itu adalah
kata-kata yang paling dusta. Jangan saling olok-mengolok,
intai-mengjntai, atas-mengatasi, dengki mendengki, benci-membenci dan
jebak menjebak. Jadilah kalian laksana hamba-hamba Allah yang bersaudara
seperti yang telah diperintahkan kepada kalian. Seorang Muslim itu
adalah saudara bagi seorang Muslim yang lain. Janganlah ia menzalimi
saudaranya; janganlah ia membiarkannya (apabila ia dizalimi); janganlah
ia menghina saudaranya. Taqwa itu (letaknya) di sini, seraya baginda
menunjuk ke dadanya. Cukuplah bagi seorang Muslim itu kejahatan (dosa)
menghina saudaranya yang Mukmin haram bagi seseorang Muslim itu
(menceroboh) darah (nyawa) nama baik dan harta seseorang Muslim yang
lain.” (Hadis riwayat Malek, Bukhari, Muslim, Abu Daud dan Tarmizi)
Bencana
hasad dengki ini apabila telah berkobar boleh mendorong orang yang
berkenaan melakukan berbagai-bagai kebodohan, boleh melakukan apa-apa
saja keburukan dan hal-hal yang dilarang; persis seperti api apabila ia
berkobar marak; ia membakar daun-daun yang kering dan basah tanpa
kecuali.
Manusia yang hasad sewaktu-waktu boleh berdusta mencipta
kebohongan dan fitnah untuk merugikan manusia lain yang menjadi
lawannya. Alangkah baiknya, kalau sebelum ia berbuat demikian ia
menginsafi bencananya. Alangkah baiknya, jika ia mendengar Hadis
Rasulullah Sallallahu’alaihi Wasallam yang menyelar orang-orang
sepertinya.
Rasulullah SAW teah bersabda yang bermaksud;
“Sesiapa
yang mengembar-gemburkan (pada orang ramai) sesuatu perkara (perkataan)
terhadap seseorang Muslim untuk menjatuhkan maruah orang tersebut di
dunia pada hal ia tidak demikian maka wajiblah Allah mencairkan pembawa
fitnah tersebut pada hari kiamat dalam api neraka sehinggalah ia dapat
membuktikah kebenaran apa yang telah dikatakannya.” (Hadith riwayat
Al-Thabarani)
[Petikan dari Kitab Rintangan Perjuangan Dalam Kehidupan Pendakwah; Fathi Yakan]
http://buletinonline.net/
politeknik tuanku sultanah bahiyah ptsb kulim motivasi kesihatan dekorasi kerja dan puisi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
Sebenarnya, mereka boleh ja berlanggar. NASA dan organisasi antarabangsa yang lain mengesan satelit di angkasa lepas. Perlanggaran jarang t...
-
Mulakan langkah mu dengan fikiran terbuka Setiap insan punyai kelebihan sendiri Asah kemahiran di peringkat lebih tinggi Usaha dan harapan ...
-
Satelit dapat mengorbit mengelilingi planet bumi kerana ianya terkunci pada kelajuan yang sangat tinggi untuk mengatasi daya tarikan graviti...
No comments:
Post a Comment