Sumber:
http://bm.harakahdaily.net/
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah bersabda yang bermaksud:
“Perintahkan
anak-anak kalian untuk tunaikan solat saat usia mereka telah menginjak
tujuh tahun, dan pukullah mereka (apabila tidak tunaikan solat) saat
usia mereka menginjak 10 tahun….” (HR Abu Dawud)
Dalam hadis
tersebut terkandung hikmah yang mendalam. Hikmah yang memberi pelajaran
berkait dengan kebiasaan pada anak agar rajin beribadah. Dalam hadis
tersebut menerangkan bahawa menerapkan sesuatu kebajikan atau amalan
perlu melalui tahap-tahap yang jelas. Bagaimanapun seorang anak
memerlukan masa dan proses berterusan agar mampu melaksanakan sebuah
amal salih.
Seseorang anak kadang-kadang tidak mampu menuruti
arahan serta-merta. Daripada hadis ini menunjukkan betapa Islam sarat
dengan rahmah (kasih sayang), mengerti keadaan anak. Juga terkandung
pengajaran, betapa Islam mengajarkan untuk tidak melakukannya secara
tergesa-gesa. Namun, secara bertahap. Inilah bentuk kasih Islam kepada
makhluk yang masih lemah; anak.
Menanamkan kebiasaan baik pada anak, khususnya solat, wajar dilakukan melalui beberapa tahap:
Pertama,
tahap peniruan. Tahap anak melihat dan meniru apa-apa yang dikerjakan
orang tua, pendidik, guru, ustaz sebagai contoh. Pada tahap ini, orang
tua, pendidik, guru, ustaz menjadi objek pemerhatian sang anak. Daripada
perilaku dan sikap yang ditujukkan orang tua, pendidik, guru, ustaz,
seorang anak memperoleh gambaran bagaimana sebuah amal salih harus
ditunaikan. Tahap ini merupakan tahap peniruan.
Kedua,
tahap perintah. Tahap anak mendapat bimbingan dan arahan dalam bentuk
perintah. Anak diperintah untuk menunaikan sesuatu kebajikan. Dengan
tanpa meninggalkan sifat sabar dan rahmah, orang tua, pendidik, guru,
ustaz secara terus menerus mengingatkan anak untuk beramal kebajikan.
Dalam masalah solat, anak berusia tujuh tahun telah diperintahkan untuk
senantiasa menunaikannya. Jika sehari lima kali diingatkan untuk
menunaikan solat, berapa ribu kali anak diingatkan selama tiga tahun?
Iaitu, diingatkan dan diperintah untuk solat hingga usianya mencapai 10
tahun. Ribuan kali perintah terus berulang pada diri anak, tentu sebuah
bentuk penanaman kebiasaan baik yang sangat intensif.
Tahap ketiga,
tahap hukuman. Tahap anak mendapat hukuman akibat lalai daripada
menunaikan kewajipan. Tahap hukuman adalah sebuah tahap yang diwajarkan
setelah dilakukannya proses, bimbingan, arahan, dan perintah. Sebuah
proses yang dilakukan dalam waktu yang bertahap-tahap. Ketika
menjatuhkan hukuman tetap harus berada dalam kerangka hikmah (bijak) dan
adil. Tujuan menghukum adalah agar anak jera, iaitu agar anak tak lagi
melakukan perbuatan yang dilarang. Bukan sebagai bentuk melepaskan
geram, marah apalagi untuk membalas dendam.
Pemberian hukuman
pada anak jangan sampai menjadikan ia membenci kebaikan dan menghindar
daripada orang-orang yang berbuat kebajikan. Memberi hukuman dalam
bentuk memukul, tentu ada batasan-batasannya. Seperti, dilarang memukul
wajah, bahagian tubuh yang penting, dilarang memukul yang mengakibatkan
kecederaan fizikal mahupun emosi, dan sebagainya.
http://www.salafy.or.id/
politeknik tuanku sultanah bahiyah ptsb kulim motivasi kesihatan dekorasi kerja dan puisi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
Sebenarnya, mereka boleh ja berlanggar. NASA dan organisasi antarabangsa yang lain mengesan satelit di angkasa lepas. Perlanggaran jarang t...
-
Mulakan langkah mu dengan fikiran terbuka Setiap insan punyai kelebihan sendiri Asah kemahiran di peringkat lebih tinggi Usaha dan harapan ...
-
Satelit dapat mengorbit mengelilingi planet bumi kerana ianya terkunci pada kelajuan yang sangat tinggi untuk mengatasi daya tarikan graviti...
No comments:
Post a Comment