http://ms.wikipedia.org/wiki/
Pemberontakan Syria atau perang saudara Syria merupakan konflik dalaman yang masih berterusan, yang berlaku di Syria
sejak awal 2011. Bantahan bermula pada 26 Januari 2011, dan meningkat
kepada tahap kebangkitan pada 15 Mac 2011. Kebangkitan ini dipengaruhi
oleh bantahan serentak di rantau Timur Tengah yang "belum pernah terjadi sebelumnya. Para pembantah mendesak Presiden Bashar al-Assad berundur, parti memerintah Parti Ba'ath membenarkan parti politik lain, hak sama rata untuk orang Kurdi dan kebebasan politik meluas, seperti kebebasan akhbar, bersuara dan berhimpun.
Seperti juga gerakan revolusi di Tunisia dan Mesir, para pembantah melakukan perarakan, mogok lapar, vandalisme
terhadap harta kerajaan dan kedai-kedai. Beberapa kumpulan Islam di
Utara Syria telah mengambil kesempatan ini dengan melancarkan serangan
terhadap kerajaan.
Kerajaan Syria menggunakan kereta kebal dan penembak tepat dari atas bangunan untuk memaksa penunjuk perasaan berundur. Beberapa bandar telah dikepung, dan askar diarah menembak pembantah dan orang awam. Pembantah dan pembelot tentera mula membentuk unit perang, dan bersatu di bawah panji Tentera Pembebasan Syria,
bertempur dalam gaya yang semakin tersusun. Kerajaan Syria menyifatkan
pemberontak ini sebagai "kumpulan pengganas bersenjata".
Mengikut pelbagai sumber, termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu,
sehingga 17,925–25,170 orang telah terbunuh, separuh daripadanya
merupakan orang awam, namun termasuk 9,305–9,750 penempur bersenjata
kedua pihak dan sehingga 1,700 pembantah pembangkang. Bagi melarikan dari daripada keganasan, ribuan pelarian telah melarikan diri melewati sempadan ke Iraq, Jordan, Lubnan dan Turki. Selain itu, puluhan ribuan pembantah ditahan, dan terdapat laporan seksaan dalam penjara. Pertubuhan antarabangsa juga telah menuduh kerajaan dan Shabiha menggunakan orang awam sebagai perisai manusia,
Ramai pihak yang telah memberi reaksi terhadap kebangkitan ini. Liga Arab, Kesatuan Eropah, Setiausaha Agung PBB, Pertubuhan Kerjasama Islam, Majlis Kerjasama Teluk, Arab Saudi, Turki dan Amerika Syarikat
antara lain mengutuk penggunaan kekerasan terhadap pembantah.
Bagaimanapun, campur tangan ketenteraan secara umumnya bukan pilihan
bagi kuasa-kuasa asing ini. Pada November 2011, Liga Arab menggantung keanggotaan Syria dalam pertubuhan itu,
lalu menghantar misi pemerhati pada Disember, sebagai sebahagian
daripada cadangan penyelesaian aman krisis ini. PBB juga dengan
kerjasama Liga Arab melantik Kofi Annan sebagai utusan khas dalam usaha menyelesaikan konflik ini.
Pada 15 Julai 2012, Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) menilai konflik Syria ini sebagai "konflik bersenjata bukan-antarabangsa" (istilah perundangan ICRC bagi perang saudara), dengan itu menjadikan undang-undang kemanusiaan antarabangsa terpakai di Syria selaras dengan Konvensyen Geneva.
politeknik tuanku sultanah bahiyah ptsb kulim motivasi kesihatan dekorasi kerja dan puisi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
Sebenarnya, mereka boleh ja berlanggar. NASA dan organisasi antarabangsa yang lain mengesan satelit di angkasa lepas. Perlanggaran jarang t...
-
Mulakan langkah mu dengan fikiran terbuka Setiap insan punyai kelebihan sendiri Asah kemahiran di peringkat lebih tinggi Usaha dan harapan ...
-
Satelit dapat mengorbit mengelilingi planet bumi kerana ianya terkunci pada kelajuan yang sangat tinggi untuk mengatasi daya tarikan graviti...
No comments:
Post a Comment