Thursday, 29 August 2013

Rahsia nak dapat BE nuffnang

                                     
Sumber:
 http://nicknashram.blogspot.com/

Antara rahsianya ialah : 
1. Traffik yang tinggi bukan syarat utama untuk mendapatkan Buffered Earnings.
Jika sebelum ini Blur ade buat tips pasal cara-cara untuk mendapatkan buffered earnings yang paling digilai oleh blogger-blogger yang bernaung di bawah Nuffnang. Blur ade menegaskan bahawa korang perlu memerlukan traffik yang tinggi untuk mendapatkan BE. Ia sebenarnya tidak kerana jika traffik korang maintain 150 hingga 300 UV sehari pon korang still bleh dapat iklan BE. Cuma jika UV korang melebihi 1000UV sehari memang korang boleh mendapat nilai BE yang boleh mencecah RM10 sehari. Tetapi ianya bergantung kepada berapa lama iklan BE tue bertengek dekat blog korang.
2. Blog tidak perlu diupdate setiap hari.
Kalau korang perasan blog-blog seperti blog Hanis Zalikha, mereka bukan update blog mereka hari-hari. Tetapi mereka still dapat iklan BE yang melimpah ruah di blog mereka. Satu rahsianya ialah blog mereka sangat dikenali dan tidak asing di kalangan pengunjung internet di Malaysia. Kalau tak percaya korang mesti kenal mereka. Bukan saja korang tapi kawan-kawan korang yang bukan blogger pon kompem kenal mereka nie. Disebabkan itulah mereka sering mendapat iklan BE yang lumayan di blog mereka.
3. Perlu cukup glamor untuk mendapatkan iklan advertorial.
Blur pernah bertanya kepada Nuffnang tentang iklan advertorial. Mereka cakap mereka akan memberikan pilihan kepada advertiser untuk memilih blog mana yang akan diberikan iklan advertorial tersebut dengan syarat traffik mereka mestilah melebihi 1000 setiap hari. Tetapi blog Jiwa Kacau pernah mencecah traffik setinggi 2000UV sehari selama lebih kurang 2 bulan, tetapi masih juga tidak pernah mendapat iklan advertorial walaupon sekali. Yang Blur dapat perhatikan ialah blog-blog glamor sahaja sering mendapat iklan advertorial.
4. Backlink merupakan syarat utama untuk mendapatkan iklan BE.
Uji kaji ini sememangnya berjaya apabila Blur selama 2 bulan tidak pernah mengarang entry berkenaan Nuffnang dan tidak memberikan backlink kepada mereka. Dan hasilnya selama 2 bulan blog ini tidak pernah mendapat iklan BE. Jadi ini dapat membuktikan bahawa backlink kepada Nuffnang dapat menjamin blog anda untuk mendapatkan BE. Tetapi untuk memberikan backlink korang perlu mengubah blog korang menjadi blog DOFOLLOW. Ini kerana blog NOFOLLOW tidak akan memberikan sebarang backlink kepada Nuffnang jika hanya meletakkan link kepada mereka sahaja. Ini kerana blog yang disetkan NOFOLLOW tidak akan membenarkan sebarang spyder untuk crawl blog mereka dan sebarang backlink tidak dapat diberikan. Pentingnya backlink kepada sesebuah website ialah semakin banyak backlink semakin tinggi google pagerank website tersebut dan semakin glamorlah website tersebut di enjin carian google. Dan bagi syarikat pengiklanan ini merupakan satu cara untuk menarik pengiklan supaya menggunakan khidmat mereka untuk beriklan.
5. Traffik perlulah 100% daripada Malaysia.
Sebarang traffik daripada luar negara tidak akan mendatangkan hasil yang lumayan kepada iklan BE mereka. Ini kerana semua iklan-iklan daripada Nuffnang merupakan iklan daripada dalam Malaysia. Jadi penggunjung-pengunjung daripada luar negara tidak mendatangkan sebarang faedah kepada iklan-iklan yang di jana oleh Nuffnang. Ini dapat dibuktikan jika korang membaca entry Blur sebelum ini berkenaan pengantian penaja blog ini.
6. Bayaran untuk CPC amat tidak berbaloi.
Blur tidak tahu sama ada ini scam ataupun tidak kerana pembayaran bagi setiap klik iklan CPC daripada Nuffnang adalah amat sedikit berbanding daripada Innity. Ini kerana dengan Innity setiap klik iklan boleh medapat beringgit-ringgit berbanding hanya 25 sen sahaja daripada Nuffnang, itupon tidak dapat diketahui 25 sen datang daripada berapa banyak klik.

No comments:

Post a Comment