politeknik tuanku sultanah bahiyah ptsb kulim motivasi kesihatan dekorasi kerja dan puisi
Thursday, 29 August 2013
Celik Teknologi: Neil Armstrong, manusia pertama ke bulan
[Wikipedia] Neil Alden Armstrong (5 Ogos 1930 di Ohio, Amerika Syarikat – 25 Ogos 2012) adalah angkasawan Amerika Syarikat, dan orang pertama yang menjejakkan kaki di Bulan. Pada 20 Julai 1969, Neil Armstrong dan Buzz Aldrin mendarat di Bulan dengan kenderaan udara kecil, yang telah dihantar ke Bulan dengan roket Saturn V dalam misi Apollo 11.
Berbagai teori tentang Neil Armstrong, namun terdapat dua teori konspirasi hangat dibincangkan.
Pertama: Neil Armstrong mendengar suara azan di bulan dan kemudiannya memeluk agama Islam. Cerita ini ada yang kata hanya rekaan semata-mata atau fiksyen, dan cerita ini telah disebarkan oleh orang-orang yang mempunyai niat yang baik tetapi tetapi tetap menjadi topik perbualan sama ada ianya cerita benar atau cerita palsu.
Saya sendiripun tak tau nak komen apa...
Kedua - yang lebih membingungkan adalah teori bahawa manusia tidak pernah mendarat di bulan, dan video astronaut2 pendaratan oleh Apollo dibuat rakaman studio. Teori ini agak janggal, terutamanya jika orang yang bercakap tentang adalah orang-orang yang tidak mempunyai latar belakang sains atau teknologi, dan hanya mengulangi apa yang mereka ditonton di Youtube, atau membaca di laman web atau buku buku yang boleh dipertikaikan.
Namun begitu, oleh kerana saya akan menyambung pengajian berkaitan dengan 'innovative satellite', berbagai persamaan matematik terpaksa difahami dan diselidiki. Saya berpendapat teori kedua adalah tidak benar. Walaubagaimanapun, terpulang kepada pembaca-pembaca blog ini sama ada mahu mempercayainya atau tidak.
Hanya Allah yang Maha Mengetahui...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
Sebenarnya, mereka boleh ja berlanggar. NASA dan organisasi antarabangsa yang lain mengesan satelit di angkasa lepas. Perlanggaran jarang t...
-
Mulakan langkah mu dengan fikiran terbuka Setiap insan punyai kelebihan sendiri Asah kemahiran di peringkat lebih tinggi Usaha dan harapan ...
-
Satelit dapat mengorbit mengelilingi planet bumi kerana ianya terkunci pada kelajuan yang sangat tinggi untuk mengatasi daya tarikan graviti...
No comments:
Post a Comment