Sumber
http://bm.harakahdaily.net
Soalan;
1. Bagaimanakah cara melakukan solat tarawih bersendirian?
2. Adakah selawat selepas setiap dua rakaat solat tarawih itu perlu dan bolehkah jika tidak berselawat.
Jawapan;
1.
Solat terawih sama seperti solat-solat sunat yang lain yang biasa kita
lakukan, iaitu ditunaikan dua rakaat-dua rakaat dengan bermula dari
takbir dan diakhiri dengan memberi salam. Ketika hendak solat, niatkan
di dalam hati untuk mengerjakan solat terawih atau qiyam Ramadhan,
kemudian lakukan solat sebagaimana biasa. Bacaan-bacaan di dalam solat
juga sebagaimana yang biasa dibaca dalam solat-solat yang lain.
Kesimpulannya, yang berbeza dalam solat terawih ini ialah niatnya
sahaja. Adapun rukun-rukun dan sunat-sunat di dalam solat, sama seperti
dalam solat yang lain. Oleh sebab solat terawih dilakukan dua rakaat-dua
rakaat, maka setiap dua rakaat hendaklah memberi salam dan kemudian
bangun mengerjakan lagi dua rakaat hinggalah sempurna bilangan rakaat
yang dikehendaki (lapan, 20 atau sebagainya).
2. Adapun
berselawat selepas setiap dua rakaat, tidaklah wajib dan tidak
mencacatkan solat terawih jika tidak melakukannya. Amalan berselawat itu
hanya dilakukan sebagai selingan antara dua-dua rakaat solat untuk
memberi kerehatan sesuai dengan nama solat itu “Solat Terawih”. Selawat
itu bukanlah sabit daripada amalan Nabi SAW secara khusus. Jika kita
tidak berselawat, kita boleh menggantinya dengan ibadah lain seperti
berzikir, berdoa, membaca al-Quran, bertazkirah dan sebagainya. Dan
harus juga kita meneruskan solat tanpa menyelanginya dengan sebarang
ibadah yang lain.
http://fiqh-am.blogspot.com/
politeknik tuanku sultanah bahiyah ptsb kulim motivasi kesihatan dekorasi kerja dan puisi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
Sebenarnya, mereka boleh ja berlanggar. NASA dan organisasi antarabangsa yang lain mengesan satelit di angkasa lepas. Perlanggaran jarang t...
-
Mulakan langkah mu dengan fikiran terbuka Setiap insan punyai kelebihan sendiri Asah kemahiran di peringkat lebih tinggi Usaha dan harapan ...
-
Satelit dapat mengorbit mengelilingi planet bumi kerana ianya terkunci pada kelajuan yang sangat tinggi untuk mengatasi daya tarikan graviti...
No comments:
Post a Comment