sumber:
http://bm.harakahdaily.net
PERKAHWINAN
Ia bukan perjanjian sehari dua atau sebulan dua. Bukan juga sampai
tua. Ia perjanjian sampai mati. Justeru, sebelum berkahwin, mesti fahami
peranan masing-masing dalam perjalanan panjang tersebut. Suami
terutamanya. Jangan seronok sahaja kerana digelar ketua. Tetapi tidak
pula bersedia bersungguh-sungguh untuk menjadi seorang ketua. Ada
tanggungjawab yang besar Allah bebankan seusai lafaz akad nikahmu.
Jangan hanya seronok tersengih-sengih dan bergambar mesra ( kemudian
ditayang sehabis bangga di alam maya ) tetapi bab bersuci pun entah ke
mana. Haid dan nifas dianggap sebagai ‘bab orang perempuan’ yang tidak
perlu diketahui oleh lelaki.
Sebab itu tidak pelik, ada suami menengking isteri bila disoal
tentang itu.” Awak kan perempuan? Hidup dah bertahun-tahun takkan awak
tak pandai-pandai lagi bab tu?! ”Suami yang bertanggungjawab tidak akan
mengungkapkan kata-kata seperti itu. Hakikatnya, ia adalah ungkapan
alasan bagi suami yang mahu lari dari tanggungjawab.
Bukankah mengajar isteri fardhu ain itu suatu perkara wajib bagi
suami? Bukankah kalau isteri jahil tentang bab-bab haid, nifas,
istihadhah dan sebagainya maka suami yang akan menanggung dosanya?
Bukankah menjadi kewajipan bagi seorang suami menghantar isterinya ke
kelas agama jika dia tidak mampu mengajar perkara-perkara tersebut?
MENCARI SEORANG IMAM
Tak kacak tak apa, sebab lelaki memimpin bukan dengan kekacakan.Tak
kaya tak apa, sebab kekayaan bukan asbab hebatnya kepimpinan. Ada lelaki
rupanya tidak kacak, kulitnya gelap tetapi penampilannya kemas dan
kefahaman agamanya cukup baik. Namun ada ramai juga lelaki yang kacak,
tetapi rambutnya panjang tidak terurus, pakaiannya selekeh dan tidak
langsung menggambarkan ciri-ciri seorang pemuda Islam. Kefahaman agama
dianggap perkara remeh.Saya sebutkan ini kerana saya kira, memilih
seorang imam tidak mudah.
Mungkin ramai wanita akan bertanya, bagaimana mahu memastikan dia
seorang imam yang baik? Ada yang merasakan lelaki kaki masjid itu
terbaik sebagai imam. Ada yang merasakan lelaki pandai bertazkirah agama
itu terbaik sebagai imam.Ada juga yang merasakan lelaki ‘berpengajian
agama’ itu paling baik sebagai imam. Saya geleng kepala. Sungguh.
Ia susah kerana sebagai manusia, kita hanya penilai zahiriah
sedangkan batiniahnya, hanya Allah yang tahu. Pun begitu, saya suka
mencadangkan. Sebagai wanita, anda diberi satu tempoh yang istimewa
sebelum anda sah bergelar isteri kepada seorang lelaki. Tempoh itu
dinamakan tempoh ‘suai-kenal’ atau istilah rasminya, bertunang.
Ramai orang tidak menggunakan tempoh ini sebaik mungkin. Ada yang
belum apa-apa, sudah meletakkan ‘sepenuh ketaatan’ kepada si tunang. Ada
yang melayan borak siang malam sampailah kepada bertemu di taman dan
tengok wayang. Jangan tiru tabiat-tabiat seperti itu.
Bukan sahaja agama mengatakan ia sebagai tidak baik, bahkan akal juga mengatakan demikian.
MANFAATKAN TEMPOH BERTUNANG
Itulah satu-satunya tempoh terbaik untuk anda menguji sejauh mana si
lelaki mampu menjadi imam kepada anda nanti.Menguji itu tidak salah.
Gunalah pelbagai method yang ada. Jangan mengintip dia di bilik tidur
sudah. Antara method yang mungkin anda boleh gunakan adalah, method
perbincangan. Jangan lupa, waktu berbincang itu, antara anda dan dia
bukan suami isteri. Justeru, tidak ada ‘kewajipan’ sebagai isteri yang
perlu anda tunaikan di ketika itu. Demand anda masih tinggi. Anda masih
boleh mengatakan ‘tidak’ kepada dia jika tidak kena caranya.
Method berbincang, jika kena caranya, boleh memberi gambaran yang
baik adakah si lelaki sudah menepati ciri-ciri seorang imam ataupun
tidak. Malangnya, method perbincangan ini tidak banyak digunakan dengan
betul. Antara sebab utamanya adalah, sudah jatuh hati dan berpendapat,
tiada jalan untuk berpatah balik melainkan meneruskan perkahwinan,
biarpun tersingkap seribu kekurangan.
Tanpa sedar, ia mencacatkan hikmah sebuah pertunangan.
ASALKAN DIA BAIK?
Biarlah dia tidak pandai agama pun, asalkan dia baik. Dia sayang
saya, prihatin dan saya yakin dia mampu membahagiakan saya.
Alhamdulillah, anda telah menemui seorang lelaki yang baik. Tetapi kita
di sini tidaklah bercakap perihal baik atau tidak. Sama juga dengan
soalan skeptik: habis, orang tutup aurat semua baiklah?
Ustaz Azhar Idrus jawab: belum tentu, tapi orang yang baik mestilah
akan menutup aurat. Ini pun serupa. Bukanlah lelaki yang meremehkan soal
agama itu tidak baik, tetapi seorang lelaki yang baik pastilah tidak
akan meremehkan soal agama. Dia pastilah seorang lelaki yang benar-benar
mempunyai ciri-ciri seorang imam.
Nah, carilah lelaki jenis itu sebagai suami. Lelaki yang mampu
menjadi imam, dalam dan luar solatmu. Lelaki yang bertegas denganmu
dalam hal-hal agama, dan berlembut denganmu dalam hal-hal dunia.
Bukankah dirimu mahukan perkahwinan itu sampai ke syurga? Bagaimana
mungkin seorang lelaki yang tidak tahu jalan ke syurga boleh
membimbingmu untuk sampai ke sana? Buatlah pilihan dengan bijak. Carilah
untuk dirimu seorang IMAM, bukan semata-mata seorang jejaka.
“CARILAH” LELAKI yang MAMPU menjadi IMAM untuk KAMU, Yang MENITISKAN
AIR MATANYA apabila MELIHAT KESAKITAN KAMU KETIKA MELAHIRKAN ZURIATNYA,
Dan LELAKI yang MEMBANGUNKAN KAMU untuk BERIBADAT BERSAMA-SAMA DI
SEPERTIGA MALAM. JIKA PENCARIAN ITU TELAH KAMU TEMUI, JANGAN LUPA
BERSYUKUR KEPADA-NYA. Jadilah, PERMAISURI HATINYA, PENEMAN DIKALA SUKA
dan DUKA, PENGUBAT RINDU dan LARA..
politeknik tuanku sultanah bahiyah ptsb kulim motivasi kesihatan dekorasi kerja dan puisi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
Sebenarnya, mereka boleh ja berlanggar. NASA dan organisasi antarabangsa yang lain mengesan satelit di angkasa lepas. Perlanggaran jarang t...
-
Mulakan langkah mu dengan fikiran terbuka Setiap insan punyai kelebihan sendiri Asah kemahiran di peringkat lebih tinggi Usaha dan harapan ...
-
Satelit dapat mengorbit mengelilingi planet bumi kerana ianya terkunci pada kelajuan yang sangat tinggi untuk mengatasi daya tarikan graviti...
No comments:
Post a Comment