Friday, 14 November 2014

Memilih kerjaya sebagai pendidik (guru @ pensyarah): Topik 5-a (orientasi pendidik hebat)


 layari juga:  kerjaya-sebagai-pendidik
                     9-ciri-ciri-pendidik-yang-hebat
                     ciri2-yang-baik-sebagai-pendidik
                      kisah-pemimpin-islam-zainab-al-ghazali


TOPIK 5A- NILAI DAN ETIKA, AKTA IPTA

TANGGUNGJAWAB PENSYARAH
Seseorang pendidik di IPT mestilah melaksanakan tanggungjawab kepada profesion, pelajar-pelajar, rakan sekerja, IPT masing-masing, masyarakat dan negara.
TANGGUNGJAWAB KEPADA PROFESION
Setiap pendidik hendaklah  sentiasa peka dengan perkembangan ilmu pengetahuan dan berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan agar ilmu yang diperolehi selaras dengan keperluan semasa dan masa hadapan meningkatkan mutu kepakarannya dalam bidang pengkhususan masing-masing. Seterusnya meningkatkan kebolehan dalam bidang pengajaran dengan mengamalkan sikap amanah dalam menjalankan tugas harian yang meliputi  tugas pengajaran,  penyediaan dan pemeriksaan kerjakursus (seperti kuiz,ujian, tugasan dan latihan amali) serta peperiksaan akhir, penyelidikan,  perundingan,  penyeliaan pelajar tahun akhir dan lain-lain tugas yang berkaitan.
Mereka juga perlu hadir mengajar dan menepati jadual waktu yang telah ditetapkan serta memberitahu ketua atau bahagian berkenaan sekiranya tidak hadir agar langkah tertentu dapat diambil mengutamakan kepentingan profesion daripada kepentingan peribadi.
TANGGUNGJAWAB KEPADA PELAJAR-PELAJAR
Setiap pendidik hendaklah  menggalakkan pelajar-pelajar mereka menimba ilmu, mengikuti perkembangan dan berkongsi ilmu. Mereka perlu  memupuk budaya membaca di kalangan warga kampus. Di samping itu setiap pendidik haruslah memupuk minat dan potensi pelajar-pelajar agar mereka sentiasa berusaha ke arah kecemerlangan. Pendidik perlu memupuk kejujuran, integriti, akauntabiliti dalam aktiviti akademik dan bukan akademik di samping menggalakkan pelajar-pelajarnya terhadap kebebasan akademik tertakluk kepada peraturan university dan kolej, AUKU 1971. Pendidik perlulah  adil, wajar dan tepat pengiraan dalam penilaian dan pemberian markah pelajar-pelajarnya. Sebahagian pendidik juga ditugaskan memainkan peranan sebagai penasihat kepada pelajar-pelajarnya dalam bidang akademik dan bukan akademik sarna ada di dalam atau di luar kelas.  Namun begitu pendidik perlu memastikan hubungan dengan pelajar-pelajarnya adalah semata-mata berlandaskan kepentingan akademik.  Ini adalah untuk mengelakkan sebarang eksploitasi pelajar-pelajarnya dari segi akademik bagi tujuan peribadi tanpa memohon kebenaran atau memberi penghargaan yang sewajamya. Di samping itu, para pendidik haruslah  meluang dan menetapkan masa untuk tujuan sebarang kemusykilan daripada pelajar-pelajarnya. Para pendidik juga harus menghargai sebarang bentuk kerjasama akademik dan bukan akademik daripada pelajar-pelajarnya. Namun begitu, mereka perlu memastikan perkara rahsia dan sulit tidak diketahui oleh pelajar-pelajarnya.
Seseorang pendidik mesti menjadi contoh kepada pelajar-pelajarnya dari segi peraturan, sahsiah rupa diri, pakaian dan tingkah laku dan menghormati pelajar-pelajarnya sebagai individu. Mereka juga hendaklah  memberi maklum balas, keputusan ujian/laporan/kerja kursus dan peperiksaan akhir dalam jangka masa yang ditetapkan.
TANGGUNGJAWAB KEPADA RAKAN SEKERJA
Seseorang pendidik hendaklah bersedia berkongsi ilmu pengetahuan dengan rakan sekerja atau rakan sejawat dan memberi kerjasama kepada mereka di samping menerima tanggungjawab bersama dalam hal yang berkaitan dengan urusan akademik
Seseorang pendidik juga perlu menghormati dan mempertahan kebebasan pendapat, pandangan dan kebebasan berfikir rakan sekerja menghargai kerjasama mereka dalam bidang keilmuan adil dan wajar dalam memberi dan menerima pandangan rakan sejawat menjaga nama baik rakan sejawat.
TANGGUNGJAWAB KEPADA IPT
Para pendidik hendaklah menghayati serta mengamalkan Falsafah, Misi, Visi clan Matlamat Pendidkan IPT masing-masing. Mereka harus menghormati, mematuhi, menyokong dan melaksanakan segala dasar dan peraturan IPT masing-masing. Mereka juga harus mengutamakan tugas hakiki dan tidak membiarkan tugas luar atau peribadi mempengaruhi dan/atau menjejaskan tugas hakikinya kepada IPT masing-masing.
Mereka perlu memberi notis clan mematuhi prosedur IPT masing-masing apabila bercadang untuk menamatkan perkhidmatan. Mereka juga  disarankan menyumbang ilmu dan kepakaran secara produktif dan efektif di samping sentiasa menjaga nama baik IPT masing-masing. Mereka harus berusaha membudayakan kualiti persekitaran IPT masing-masing yang selesa dan selamat.
TANGGUNGJAWAB KEPADA MASYARAKAT DAN NEGARA
Para pendidik hendaklah melaksanakan hak dan tanggungjawab sebagai ahli masyarakat. Mereka juga diminta memainkan peranan dan menyumbang ilmu dan kepakaran terhadap kemajuan kesejahteraan masyarakat dan Negara tetapi perlu memastikan pendapat dan pandangan yang dikemukakan adalah pendapat atau pandangan yang mewakili IPT masing-masing. Para pendidik juga hendaklah berusaha mewujudkan hubungan dengan pihak industri dan badan profesional sebagai langkah untuk meningkatkan mutu program akademik IPT masing-masing. Akhirnya mereka haruslah sentiasa menghayati serta mengamalkan Falsafah, Dasar, dan Objektif Pendidikan Negara supaya dapat bersama-sama memainkan peranan dan sumbangan terhadap pembangunan negara.
SALAH LAKU
Seseorang pensyarah dianggap telah melanggar Nilai dan Etika Pensyarah IPT masing-masing apabila melakukan salah satu perkara berikut:
·         tidak hadir bertugas dan/atau tidak mengajar tanpa sebab yang munasabah
·         menjalankan sebarang kegiatan tanpa kebenaran dalam waktu pejabat
·         memalsukan sebarang sijil kelulusan atau kelayakan sebelum dan/atau semasa perkhidmatan
·         memalsukan maklumat tuntutan elaun, sijil cuti sakit dan sebagainya.
·         mengugut untuk mencederakan dan/atau mencederakan orang lain
·         membuat sebarang ugutan terhadap staf atau pelajar
·         mencuri barang kepunyaan IPT masing-masing, staf, pelajar, dan hak orang awam
·         meminda, menukar, merosak, menyalahguna dan salah laku lain-lain dengan sengaja aset IPT masing-masing
·         mengalih atau memindah aset IPT masing-masing tanpa izin
·         sengaja melanggar peraturan keselamatan IPT masing-masing dan/atau membahayakan orang lain term asuk merosakkan, membiarkan atau menyalahgunakan alat-alat keselamatan
·         semua kesalahan Badan- Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 (Aha 605)
·         bergaduh
·         melakukan gangguan seks di tempat kerja
·         melakukan kesalahan seks.

No comments:

Post a Comment