Thursday, 13 November 2014

Memilih kerjaya sebagai pendidik (guru @ pensyarah): : Topik 1-b (orientasi pendidik hebat)

Layari: memilih-kerjaya-sebagai-pendidik-topik 1-a


                  bagaimana-menunjukkan-rasa-cinta-kepada-keluarga 
 


PERANAN PENDIDIK DI IPT
Seseorang pendidik di IPT mempunyai beberapa  peranan seperti pengajaran, penyelidikan atau perundingan atau penulisan, dan khidmat masyarakat atau persatuan profesionaL
Pengajaran merupakan tugas atau tanggungjawab hakiki seseorang pendidik di IPT. Pengajaran pada lazimnya diertikan sebagai proses memberi atau menyampaikan ilmu pengetahuan kepada pelajar-pelajar dalam bentuk syarahan. Seseorang pendidik juga  memainkan peranan sebagai pendidik iaitu membentuk akhlak dan budi pekerti mulia di kalangan pelajar-pelajar,  menggalak serta mendorong pelajar-pelajar untuk meningkatkan ilmu pengetahuan,  menanam serta memupuk semangat untuk mencapai kecemerlangan,  memberi nasihat dalam perkara yang berkaitan dengan akademik dan menjadi contoh atau role model kepada pelajar-pelajar dari segi tingkah laku, sikap, tutur kata, sahsiah rupa diri dan pakaian.
Seseorang pendidik di IPT dikehendaki melibatkan diri dalam tugas bukan pengajaran atau non-teaching duties seperti  perkembangan atau pengemaskinian kurikulum dan bahan pengajaran,  penyediaan, penyeliaan dan pemeriksaan tesis atau ujian atau peperiksaan,  penglibatan sebagai ahli jawatankuasa di peringkat IPT masing-masing,  penglibatan dalam aktiviti sosial sama ada di peringkat jabatan, fakulti, universiti mahupun masyarakat ,  mewujudkan jaringan hubungan luar dan dalam negeri dengan pihak industri dan badan profesional sebagai langkah untuk meningkatkan mutu program akademik IPT masing-masing serta mewujudkan pusat kecemerlangan.
Seseorang pendidik di IPT perlu meningkatkan pengetahuan atau kemahiran selaras dengan keperluan semasa seperti  perkembangan kepakaran, bidang dan profesion, metodologi pengajaran terkini, psikologi pendidikan (juga sosiologi dan teknologi pendidikan) dan  kemahiran berkomunikasi.

PENYELIDIKAN ATAU PERUNDINGAN ATAU PENULISAN
Penyelidikan  ialah proses sistematik dalam pengumpulan dan pengurusan maklumat, penganalisisan dan pentafsiran penemuan dan seterusnya menghebahkan penemuan melalui penulisan yang diterbitkan atau tidak diterbitkan serta pembentangan di persidangan akademik.
Perundingan  adalah kerja-kerja penyelidikan, latihan serta perkongsian kepakaran yang berbayar di antara ahli akademik dengan klien yang terdiri dari organisasi awam atau swasta bagi meningkatkan pencapaian atau memenuhi keperluan organisasi tersebut.
Para pendidik di IPT hendaklah  sentiasa berusaha meningkatkan pengetahuan atau kepakaran melalui aktiviti penyelidikan dan berkongsi ilmu pengetahuan atau kepakaran dalam dan luar gugusan. Mereka juga  hendaklah  meningkatkan dan menaikkan imej organisasi melalui jaringan hubungan industri dalam dan luar negeri. Di samping itu, mereka perlu meningkatkan kewibawaan melalui penulisan atau hasil karya atau perundingan atau persembahan. Bukan itu sahaja, malah mereka  harus membentangkan kertas kerja atau hasil karya atau kerja perundingan atau membuat persembahan sama ada di peringkat, IPT, nasional atau antarabangsa.

KHIDMAT MASYARAKAT ATAU PERSATUAN PROFESIONAL
Khidmat masyarakat ialah perkhidmatan yang diberikan khusus kepada masyarakat setempat bagi tujuan peningkatan kualiti hidup.
Para pendidik di  IPT hendaklah  sedia berkongsi ilmu dan kepakaran dengan menyebarkannya kepada masyarakat. Mereka juga disaran melibatkan diri dengan kerja amal untuk masyarakat secara individu mahupun melalui pelbagai pertubuhan profesional dan badan sukarela.  Di samping itu, mereka perlu merangka, merancang dan melaksanakan aktiviti untuk masyarakat melalui fakulti atau jabatan atau universiti atau politeknik dan bersedia mewujudkan dana untuk tujuan amal.

No comments:

Post a Comment