Friday, 14 November 2014

Memilih kerjaya sebagai pendidik (guru @ pensyarah): Topik 3a (orientasi pendidik hebat)

                     Memilih kerjaya sebagai pendidik (guru @ pensyarah): Topik 2-c 



TOPIK 3a- FASA PENINGKATAN  PENDIDIK



Perkembangan Pendidik


Menurut Trotter1986, terdapat 6 peringkat perkembangan pendidik/pendidik iaitu peringkat novis, novis lanjutan, cekap, berkesan, mahir, pakar.
BIL
Peringkat
Situasi
1
permulaan atau novice
dan lebih maju @advanced beginner
- baru memasuki ke alam pendidikan.
-tidak kurang daripada 3 tahun.
-tidak dapat menjalani tugas institusi dengan baik
-pengalaman yang tidakmencukupi.
 -haruslahberusaha untuk memahami dan melaksanakan tugasan yang diberi dengan penyeliaan dan bimbingan daripada pendidik pengalaman.
-,keupayaan menyelesaikan masalah sangat rendah, antaranya :
a)      Masalah pengetahuan kandungan pedagogi
b)       Masalah komunikasi dengan pelajar dan rakan pekerja
c)     Masalah pengajaran dan pembelajaran penggunaan teknologi maklumat
d)     Masalah menaik taraf kedudukan institusi
e)    Masalah pengurusan institusi dan bilik kuliah
f)      Masalah yang timbul di kalangan masyarkat (ibu bapa)
Untuk mengatasi masalah ini, pendidik haruslah sentiasa meningkatkan pengetahuan sendiri dengan sentiasa merujuk kepada rakan sekerja yang berpengalaman.
Selain daripada bimbingan pendidikberpengalaman, pendidik novis juga dapat meningkatkan diri dengan menghadiri ke kursusyang dapat menbantu menyelesaikan masalah yang disebutkan di atas. Antaranyaadalah :
a) Ceramah pengurusan bilik kuliah.
-tahu tentang cara untuk mengawal kelas dengan lebihberkesan. supaya,pengajaran dapat dijalankan dengan sempurna.
 
b) Program masyarakat.
-seperti gotong-royong

 c) Kem yang berkaitan dengan pengetahuan kandungan pedagogi, pengetahuankandungan, pengetahuan pedagogia.
-dapatmengakplikasikan apa-apa yang dipelajari dengan segera dan mendapatkomen daripada semua orang. Ini akan banyak membantu pendidik yangmenghadapi masalah tentang teknik pengajaran.d) Ceramah tentang cara komunikasi yang berkesana. Cara berkomunikasi yang berkesan amat penting untuk pendidik. Sebagai pendidik,  haruslah dapat berkomunikasi baik dengan pelajar dan guru serakan kerana ini dapat mewujubkan suasana mesra terhadap pendidiktersebut. Dengan mendengar ceramah ini, pendidik dapat lebih memahamiapa-apa yang sesuai dibuat semasa berkomunikasi dan apa-apa yang
 
dilarang buat. Ini dapat membantu meningkatkan perhubungan pendidikdengan sesiapa sahaja.

2


3
cekap atau competent
selepas 5 atau 10 tahun,
 yang sudah dapat menguasai cara penyelesaian masalah. sentiasa melaksanakan tugas dan tanggungjawap sebagaipenyelia dan pembimbing yang minimum ke atas pendidik novis dan pendidik novis lanjutan.
-tidak bermasalah bagaimana untuk mengatasi masalah, tetapimenghadapi masalah bagaimana untuk meningkatkan lagi pretasinya. Antaranya :
 a) Bagaimana meningkatkan keberkesanan dalam pembelajaran pelajar danpenggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran
b) Meningkatkan kualiti pengurusan
c) Meningkatkan pretasi staff sokongan
d) Membuat “action research” bagi meningkatkan pretasi dan kualiti pengajaran
- telah menpunyai satu motivasi yang tinggi untuk ubah cara pengajarannya menjadi lebih berkualiti
satu cara yang amat berkesan adalah pendidik haruslah sentiasa
membuat “action research”.
 Dalam “action research”,  mengumpulkan maklumatdan  menganalisiskan maklumat yang dikumpul.  Dengan itu, ,  dapat mengetahui pretasi sendiri dengan lebih tepat.

berkesan
-yang berpengalaman luas dan mampu menyelia dan membimbing pendidik lain. 
-contoh: timbalan pengarah/dekan dalam gred DH/DG 48.
-dapat melakukan educated guess dalam organisasi.
-berkebolehan pentadbiran terutamanya dalam :
a) pentadbiran dalaman,
b) pengurusan konflik,
c) team building
d) kreatif dan inovasi
e) relationship dan networking
f) interpersonal pengurusan berkesan
-perlu menghadiri kursus yangberkaitan dengan pengurusan kumpulan.
- lebih tahu akan cara bagaimana untuk mengatasi masalah semasa berlakunya konflik  pendidik dengan pendidik.
-sentiasa tahu untuk membina semangat pasukan di institusinya untukmemastikan semua pendidik mempunyai satu matlamat yang sama. , masalah penimbulan konflik juga dapat dikurangkan kerana wujud kesefahaman antara satu sama lain.

4
 mahir atau proficient 
Gred DH/DG52
- pangkat penolong pengarah di institusi.
- mempunyai kebolehan pengurusan dankepimpinan yang dapat membawa perubahan kepada suatu organisasi. Antaranya :
a) pengurusan organisasi,
b) System thinking,
c) Change Management
- menguasaikebolehan ini dengan menghadiri ke kursus:
a) Pengurusan organisasi yang berkesan
- agar dapat mengurus pendidik junior dengan baik.
Sebagai pengurus haruslah tahu  cara bagaimana menguruskan sumber tenaga.
- cekap  memilih sesiapa yang dapatmenguruskan program yang dijalankan di institusi,
dan juga memberitugasan institusi dengan adil kepada semua pendidik.
-memainkan peranan yang sangat penting kerana beliaumemegang kuasa yang paling tinggi dalam sesebuah institusi.
Jika  tidak dapat mengurus institusi dengan, semua pelajar dan pendidik di institusi tersebut akan dipengaruhi dengankesan yang buruk

5
 pakar atau expert 
- pendidikyang paling tinggi dalam peringkat perkembangan pendidik. -menjadi konsultan dan merangka strategi yang komperhensif dan melaksanakan latihantepat untuk memastikan kejayaan sesebuah organisasi.
berkebolehan  meningkatkan kejayaan satu organisasi dan mengubahkan kursus-kursus latihanbagi menyempurnakan kualiti kursus.
 
- sentiasa melibatkan diri dengan programpengembangan pendidik berkualiti dan dekan @ ketua jabatan berkualiti kerana beliau merupakanpengurus yang akan memberikan kesan yang besar terhadap kursus yang disediakan.
Jika kursus membawa kesan yang positif kepada peserta kursus, peserta akan mendapat kemajuan yang diingini.
Sebaliknya, jika kursusyang disediakan tidak membawa makna dan memberi taklimat atau ilmu yang silap, pesertaa akan membawa mesej ini balik ke institusi dan mengakplikasikan mesej yangsilap ini. Oleh itu, pendidik pakar haruslah sentiasa mengaji balikapa-apa yang dirancang supaya dapat memberi kesan yang baik.


 layari juga:  kerjaya-sebagai-pendidik
                     9-ciri-ciri-pendidik-yang-hebat
                     ciri2-yang-baik-sebagai-pendidik
                      kisah-pemimpin-islam-zainab-al-ghazali

No comments:

Post a Comment