Friday, 14 November 2014

Memilih kerjaya sebagai pendidik (guru @ pensyarah): Topik 3b (orientasi pendidik hebat)

                     Memilih kerjaya sebagai pendidik (guru @ pensyarah): Topik 2-c 



TOPIK 3B- MENINGKATKAN DIRI DALAM KERJAYA
Walaupun seseorang pensyarah universiti mempunyai kelulusan yang tinggi berbanding kalangan pendidik  di Malaysia ditambah dengan beban dan tanggungjawab yang lebih besar, namun tiada universiti yang memberikan kenaikan pangkat kepada para pensyarah berdasarkan tempoh atau berapa lama pensyarah tersebut telah mengajar di universiti. Di antara tugas-tugas pensyarah universiti yang perlu  bagi mempemperolehi kenaikan pangkat adalah seperti menerbitkan jurnal,  mengajar, membentangkan kertaskerja dk peringkat antarabangsa, mengetuai penyelidikan, menjadi editor atau pemeriksa luar, menjadi ahli badan professional, memberi perkhidmatan professional, perundingan atau pentadbiran kepada majalah popular atau suratkhabar, menyelia pelajar pascasiswazah.[1]
Sebagai salah sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di negara ini, Politeknik Malaysia mempunyai tanggungjawab besar untuk memacu perkembangan ilmu, usaha-usaha telah digerakkan antaranya melalui penyelidikan. Kini, bidang penyelidikan merupakan satu agenda penting kerana mampu meningkatkan kelestarian ilmu, oleh itu pensyarah-pensyarah politeknik turut mengorak langkah memperkasakan bidang penyelidikan bagi memantapkan sistem pendidikan Jabatan Pengajian Politeknik dalam melahirkan graduan yang setanding dengan IPT tempatan. Salah satu kriteria yang mesti dipenuhi oleh pensyarah2 politeknik yang ingin memohon kenaikan pangkat  mesti menerbit dan membentangkan sekurang-kurangnya dua kertaskerja di peringkat politeknik, dalam negara mahupun antarabangsa. Malah kenaikan pangkat secara’time-based’ telah dimansuhkan.[2]


http://www.utusan.com.my/utusan/Kampus/20140407/ka_04/Memperkasakan-penyelidikan-Politeknik-Malaysia ARKIB : 07/04/2014, Oleh MOHD. SAIFUL MOHD. SAHAK dan NURZARIMAH 


 layari juga:  kerjaya-sebagai-pendidik
                     9-ciri-ciri-pendidik-yang-hebat
                     ciri2-yang-baik-sebagai-pendidik
                      kisah-pemimpin-islam-zainab-al-ghazali

No comments:

Post a Comment