Friday, 14 November 2014

Memilih kerjaya sebagai pendidik (guru @ pensyarah): Topik 5-b (orientasi pendidik hebat)


 layari juga:  kerjaya-sebagai-pendidik
                     9-ciri-ciri-pendidik-yang-hebat
                     ciri2-yang-baik-sebagai-pendidik
                      kisah-pemimpin-islam-zainab-al-ghazali

TOPIK 7- PERSEDIAAN PERSARAAN
PERSEDIAAN UNTUK BERSARA
Pendidik sepatutnya telah memikirkan tentang tempoh perkhidmatan dan mula bersedia untuk bersara Persoalannya sejauh mana pendidik di IPT sebenarnya bersedia untuk menghadapi kehidupan selepas bersara?
Sebelum bersara, pendidik mestilah bersedia dan mempunyai perancangan lengkap walaupun masih baru menjejakkan kaki ke IPT. Memang ramai juga golongan yang menganggap tidak perlu gusar apabila memikirkan hal itu memandangkan perbelanjaan mereka di hari tua ditabung menerusi duit simpanan seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), pencen, gratuiti, tabungan atau wang pelaburan menjamin kelangsungan hidup selepas bersara.
Memang ramai juga golongan yang menganggap tidak perlu bimbang apabila memikirkan persaraan memandangkan perbelanjaan mereka di hari tua ditabung menerusi duit simpanan seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), pencen, gratuiti, tabungan atau wang pelaburan menjamin kehidupan selepas bersara.
Bersedialah untuk menghadapi masa depan anda. Pastikan kehidupan anda dan keluarga terjamin, terutamanya dari aspek kewangan. Ketahui bagaimana pengurusan kewangan yang bijak dapat membantu anda melalui peringkat persaraan anda nanti.
Namun undang-undang negara ini juga membenarkan untuk seorang pekerja itu bersara pada usia 60 atau 50 tahun bergantung kepada keadaan dan  diapati dua pertiga daripada rakyat Malaysia bersara pada usia 55 tahun..
"Adanya anak adalah punca utama mengapa rakyat Malaysia mula memikirkan tentang strategi selepas bersara. Ramai yang menganggap duit pencen adalah punca pendapatan terbaik selepas bersara, namun untuk memaksimumkan pendapatan ada juga yang mengambil langkah proaktif seperti melakukan tabungan sejak usia muda. Malah cara simpanan yang disukai rakyat negara ini ialah pelaburan dan tabungan. Buktinya lebih 50 peratus memilih tabungan peribadi. Jika dibandingkan dengan India mahupun Amerika Syarikat, rakyat Malaysia lebih yakin dengan tabungan yang mereka buat sendiri dan demi meneruskan pendapatan selepas bersara pula mereka memilih untuk melabur atau simpanan lain."

Kesimpulannya, walau apa jua cara anda selepas bersara, pastikan anda melakukan persediaan mental dan fizikal demi memastikan kehidupan masa depan yang berkualiti dan baik.
………………………………..

No comments:

Post a Comment