Friday, 14 November 2014

Memilih kerjaya sebagai pendidik (guru @ pensyarah): Topik 2-b (orientasi pendidik hebat)

Layari juga: Memilih kerjaya sebagai pendidik (guru @ pensyarah): Topik 2-a



TOPIK 2- Mencipta Falsafah pendidikan sendiri

 Contoh 2

Pendekatan Pengajaran

Pendidik-pendidik hebat dalam ingatan saya mempunyai beberapa ciri-ciri yang sama: mereka menyampaikan mata pelajaran mereka dengan cara yang menarik minat, menjelaskan dengan mudah bagi topik sukar dan meletakkan pengetahuan ke dalam konteks yang mudah supaya relevan dengan jelas . Model-model peranan telah mempengaruhi pendekatan saya untuk pengajaran: Saya melihat diri saya sendiri terutamanya sebagai fasilitator pembelajaran, bukan sebagai seorang pakar yang hanya menyampaikan maklumat kepada pelajar. Apabila merancang kurikulum atau berinteraksi dengan pelajar-pelajar, saya sentiasa sedar gaya pembelajaran dan masa yang perlu diambil, apa yang mereka telah belajar dan apa yang mereka perlu belajar pada masa akan datang. Maklum balas daripada pelajar amat penting kepada proses pembangunan kerjaya ini sejak saya mula mengajar: saya juga banyak belajar dari mereka, sebagai contoh, cara-cara yang berkesan untuk membantu mereka belajar dalam perbincangan kumpulan kecil.

Hubungan peribadi dengan pelajar adalah penting bagi pendekatan saya. Ramai pelajar  memerlukan dorongan seperti berbincang dengan guru-guru mereka, jadi saya menekankan kesediaan saya untuk perbincangan formal dan untuk membantu mereka menyelesaikan masalah dengan apa yang dipelajari. Pengalaman saya sebagai pendidik yang diperkayakan oleh hubungan dengan pelajar. Saya bernasib baik untuk mengajar di sebuah politeknik di mana saya boleh mengikuti perkembangan pelajar melalui program ini dan kadang-kadang di luar waktu kuliah.

Sebagai seorang pendidik, saya sentiasa menganggap pengajaran sebagai tanggungjawab profesional utama saya. Oleh yang demikian, saya berusaha untuk melaksanakan perubahan dalam kurikulum Diploma Kejuruteraan Elektrik, dan meletakkan diri di mana saya boleh mempunyai pengaruh ke atas "iklim pembelajaran" di politeknik. Saya dapat membantu rakan-rakan sejawat sebagai pengajar untuk menguasai kemahiran mengajar. Beberapa tahun lalu, saya mula berminat dalam latar belakang teori untuk pengajaran dan pembelajaran. Saya telah menghadiri kursus dan bengkel untuk belajar tentang perkara ini dan saya berhasrat menyambung pembelajaran saya dalam bidang kejuruteraan di peringkat PhD. Saya telah mula melakukan penyelidikan bagi memertabatkan profesion saya dan institusi saya di peringkat yang lebih tinggi.

Sebagai pensyarah kanan yang bekerja di salah sebuah politeknik di Malaysia, saya mendapat manfaat daripada  pelajar-pelajar yang tidak sabar-sabar untuk mempelajari subjek Kawalan Motor AT. Sebaliknya, jika pendidik tidak mempunyai latihan bengkel, adalah sukar untuk mengetahui kesesuaian tentang apa yang mereka perlu mengajar di bengkel. Saya telah membangunkan beberapa strategi pengajaran untuk memperbaiki masalah-masalah ini, termasuk kerjasama dengan pensyarah yang pakar dengan praktikal untuk perancangan kurikulum dan pengajaran, dan pernyataan objektif yang jelas untuk diri saya dan pelajar-pelajar saya. Selanjutnya, autonomi pelajar adalah penting dalam keadaan ini: pelajar perlu digalakkan untuk memainkan peranan aktif dalam menentukan bagaimana mereka belajar. Dengan berbuat demikian, mereka akan membangunkan kemahiran pembelajaran sepanjang hayat yang diperlukan untuk menampung kemajuan dalam kejuruteraan elektrik. Sebagai pengerusi program Diploma Kejuruteraan Elektrik, saya akan terus bekerjasama dengan rakan-rakan dan pelajar-pelajar saya untuk memperbaikinya dan perlu menunjukkan sifat yang unik untuk pendidik-pendidik lain.

 layari juga:  kerjaya-sebagai-pendidik
                     9-ciri-ciri-pendidik-yang-hebat
                     ciri2-yang-baik-sebagai-pendidik
                      kisah-pemimpin-islam-zainab-al-ghazali

No comments:

Post a Comment