Thursday, 13 November 2014

Memilih kerjaya sebagai pendidik (guru @ pensyarah) : Topik 1-a (orientasi pendidik hebat)



Tahniah diucapkan kepada anda kerana telah memilih kerjaya sebagai pendidik.  Sebagai pendidik di institusi pengajian tinggi (IPT), tentu anda akan berdepan dengan pelbagai cabaran dalam menjalankan tugas anda dengan jayanya. Malah sebenarnya anda sepatutnya sudah bersedia untuk menyambung pelajaran di peringkat Doktor Falsafah. Terdapat universiti-universiti yang hanya menerima lulusan  Doktor Falsafah di dalam bidang berkaitan untuk diterima atau ditawarkan pekerjaan. Ada juga university yang menerima lulusan sarjana dengan gred yang cemerlang di peringkat ijazah pertama  bagi program-program yang masih kekurangan pensyarah. Tetapi ada syarat-syarat yang akan dikenakan iaitu mesti menyambung pelajaran setelah menjawat jawatan di dalam tempoh masa tertentu.

Memetik kata alu-aluan oleh Y.A.B.Dato' Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi Perdana Menteri Malaysia sewaktu pelancaran PSPTN; Sebagai sebuah negara membangun, Malaysia menghadapi tekanan dan cabaran besar dalam mendepani persaingan abad ke-21. Namun keazaman Malaysia untuk menjadi sebuah negara yang maju,berdaya saing dan teguh tetap kekal utuh. Misi Nasional telah disediakan bagi menggaris pendekatan yang akan dilaksanakan untuk menangani cabaran dan mencapai matlamat negara sepertimana yang telah ditetapkan dalam Wawasan 2020. Bagi merealisasikan cita-cita negara,sifat-sifat seperti suka menimba ilmu pengetahuan,berfikiran inovatif dan kreatif serta berdaya saing harus dibangunkan di kalangan pendidik. Pemupukan nilai-nilai murni,penampilan progresif dan budaya prestasi tinggi dalam masyarakat juga harus ditekankan demi melahirkan individu-individu yang berkualiti dan berjaya. Inilah yang akan menentukan kejayaan masa depan Malaysia sebagai sebuah ekonomi berasaskan pengetahuan,  telah menetapkan pembangunan modal insan minda kelas pertama sebagai salah satu daripada lima teras pembangunan negara. Sesungguhnya,kejayaan agenda pembangunan modal insan minda kelas pertama amat bergantung kepada mutu sistem pendidikan negara.Oleh itu,kerajaan berhasrat untuk menggerakkan satu usaha untuk mentransformasikan sistem pendidikan negara pada semua peringkat dari pra-sekolah hingga ke pengajian tinggi. Kementerian Pengajian Tinggi kerana telah berjaya menterjemahkan visi besar pendidikan negara ke dalam satu bentuk yang dapat dilaksanakan.Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara yang menggariskan 7 teras strategik untuk menjadi asas kepada pembangunan pengajian tinggi negara sehingga tahun 2020. Hakikatnya, peranan pihak pendidik di IPT dalam menjayakan transformasi pengajian tinggi negara ke arah pembentukan modal insan yang berkualiti adalah amat besar. Pelan tindakan yang digariskan diharapkan dapat memberi garis panduan yang lebih jelas lagi terperinci kepada semua pihak berkepentingan agar mereka dapat menyumbang secara bersepadu ke arah tersebut.Justeru, semua pihak akan memberi komitmen sepenuhnya bagi memastikan agenda pendidikan negara akan terlaksana.


Faktor-faktor yang mempengaruhi anda

Beberapa faktor yang mendorong kita menjadi  pendidik di antaranya adalah pengaruh keluarga. Sekiranya ada di antara ahli keluarga sama ada ibubapa, kakak atau abang yang menjadi pendidik, secara tidak langsung kita boleh terpengaruh. Mungkin juga anda sudah meminati profesion ini semenjak dari kecil kerana sejak masuk ke sekolah kita akan melihat guru terutama guru yanganda sayangi, hormati di mana beliau telah menyampaikan ilmu dengan penuh semangat dan berdedikasi. Menjadi pendidik tentunya sesuai dengan jiwa anda terutama jikaanda seorang wanita yang memiliki ciri-ciri seperi lemah-lembut dalam tegas dan penyayang. Andapun mula memasang cita-cita untuk menjadi pendidik. Dengan ini anda mendapat kepuasan tersendiri kerana berjaya mencapai cita-cita yang murni ini.

Sesetengah daripada kita mungkin ingin mencuba bidang baru yang belum pernah ada ahli keluarga anda yang menceburinya. Secara tidak langsung anda sebenarnya membantu pelajar-pelajar anda bukan sahaja menimba ilmu, malah pekerjaan sebagai pendidik mempunyai status yang tinggi dari segi agama dan  memang dianggap mulia oleh masyarakat.

Namun begitu, ada sesetengah individu yang menganggap kerjaya pendidik sebagai pilihan terakhir dalam hidupnya. Sebenarnya,walaupun kerjaya ini adalah pilihan yang paling terakhir sekalipun, anda masih boleh mengubah persepsi anda dan sikap anda. Lama-kelamaan anda akan semakin serasi dengan tugas anda sebagai pendidik. Anda bebas membuat keputusan tetapi jika anda masih menganggap kerjaya ini masih tidak menarik, adalah lebih baik anda menarik diri sekarang. Bukannya menunggu sehingga anda dipanggil oleh dekan(universiti) atau ketua jabatan(politeknik) kerana tidak dapat menjalankan tanggungjawab dengan penuh dedikasi

No comments:

Post a Comment