Thursday, 13 November 2014

Memilih kerjaya sebagai pendidik (guru @ pensyarah): : Topik 1-c (orientasi pendidik hebat)

Layari:memilih-kerjaya-sebagai-pendidik-topik 1-a
          :memilih-kerjaya-sebagai-pendidik-topik_1b



PERSEDIAAN MENTAL DAN FIZIKAL
Adakah anda benar-benar sudah bersedia dari segi fizikal dan mental untuk menjadi pendidik di IPT? Untuk membuat persediaan, anda perlu mendapatkan maklumat secukupnya tentang profesion ini. Kemudian buat analisa tentang kebaikan-kebaikan dan kelemahan-kelemahan yang masih wujud dalam profesion pendidikan ini. Adakah kebaikan-kebaikan yang tersenarai menyebabkan anda begitu teruja untuk meneruskan niat anda? Bagaimana pula respon anda tentang kekangan-kekangan yang mungkin anda akan hadapi jika meneruskan juga cita-cita anda? Adakah fizikal dan mental anda boleh bertahan dalam situasi-situasi yang memerlukan komitmen, pengorbanan dan bakat yang tinggi? Cuba kita perhatikan pula beberapa kes berikut berkaitan dengan bebanan pendidik.

Kes di bawah adalah yang telah disiarkan di akhbar kosmo melibatkan dua orang pendidik daripada sekolah yang mana kes seperti ini juga boleh berlaku kepada para pendidik di IPT

BEBANAN kerja sebagai pendidik semakin meningkat seperti menyediakan soalan-soalan peperiksaan dari semasa ke semasa, mengisi buku kedatangan, buku disiplin dan ringkasan mengajar, borang kesihatan dan rekod kemajuan murid, kelab dan persatuan, serta mengendalikan persiapan hari sukan selain mengajar, selain tugas hakiki mereka iaitu mengajar.
Para pendidik mungkin terdedah kepada risiko tinggi untuk mengalami tekanan sehingga boleh membawa kepada penyakit mental yang serius seperti bipolar, kebimbangan melampau dan kemurungan.
Kajian oleh Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mendapati 70 peratus daripada 9,000 guru di seluruh negara tertekan bukan sahaja kerana beban tugas tetapi juga terpaksa berdepan dengan kerenah pengetua, kerani, ibu bapa dan juga pelajar. Contoh yang diberikan tentang Puan N dan Puan Z, dua orang pendidik daripada sekolah yang mengalami tekanan mental akibat bebanan kerja yang melampau.
KES A
Puan N, selain terpaksa berdepan dengan masalah rumah tangga, dia turut tertekan dengan kerenah pengetua sekolah tempatnya bertugas. Pendidik ini yang ditemui di Wad Psikiatri, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) berkata, dek kerana tekanan, dia sering diketepikan dalam pelbagai aktiviti sekolah. Noreha yang merupakan penanda kertas peperiksaan Matematik untuk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) memberitahu, dia sebenarnya seronok menjadi guru. Ada yang mendakwa Puan N sengaja menjadikan tekanan yang dialaminya sebagai alasan untuk bercuti.  Ibu kepada dua orang anak ini juga memberitahu, dia cuba untuk mengawal perasaannya daripada terus tertekan, tetapi adakalanya semakin dia cuba untuk tenang, semakin agresif pula jadinya.
KES B
Puan Z, pernah mengalami sakit jiwa iaitu kecelaruan bipolar sehingga beliau tidak mampu mengajar sehingga terpaksa beliau dirawat dan direhatkan selama enam bulan.  Beliau yang mengajar sekolah aliran agama tidak mampu untuk menanggung beban tersebut lebih-lebih lagi banyak masa dihabiskan di sekolah berbanding bersama keluarga. Masa yang ada untuk berehat pada waktu malam terpaksa digunakan untuk memeriksa  buku latihan murid-murid untuk.Keadaan dirinya bertambah serius apabila berhadapan dengan masalah keluarga.
Berisiko mendapat penyakit kritikal
Setiap tahun kira-kira 22,000 pesakit mendapatkan rawatan di klinik dan wad psikiatri hospital berkenaan, demikian menurut Pakar Perunding Kanan Psikiatri, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Prof. Nor Zuraida Zainal. Dianggarkan 10 peratus daripada mereka terdiri daripada kalangan pendidik di sekolah. Ketika melaporkan mengenai gejala tekanan yang sering dialami oleh pesakit-pesakitnya yang juga terdiri daripada para pendidik, Nor Zuraida juga berkata, kebanyakan mereka menghidap kecelaruan bipolar iaitu kewujudan pelbagai karakter yang berlawanan dengan keadaan pendidik terbabit sebelumnya, atau seperti kebimbangan melampau dan kemurungan. Antara faktor-faktor utama yang menyumbang kepada tekanan ialah keturunan, faktor persekitaran seperti kerja dan jaringan sosial seperti keluarga, rakan-rakan dan masyarakat.[3]


Jawatankuasa khas diberi dua bulan selesai tekanan hidup guru: Muhyiddin

Sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan yang dipengerusikan Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom dan dianggotai beberapa pegawai pelajaran dan wakil Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) bagi mengkaji dan mengenal pasti tahap keseriusan isu bebanan pendidik di sekolah yang kini terpaksa melakukan kerja berlebihan dalam tempoh dua bulan dengan merujuk piawaian antarabangsa atau dari negara jiran yang tahap pendidikannya lebih tinggi

No comments:

Post a Comment