Thursday, 13 November 2014

Memilih kerjaya sebagai pendidik (guru @ pensyarah): : Topik 4-b (orientasi pendidik hebat)

Layari juga: memilih-kerjaya-sebagai-pendidik-topik_4-a

Apakah faktor-faktor yang mendorong pendidik bersemangat untuk mendidik? Terdapat beberapa faktor yang boleh diambilkira dan saya kategorikan kepada 3 iaitu: Faktor dalaman, Faktor luaran dan faktor persekitaran. Mengukur kualiti pendidik mengajar boleh diukur dengan pemantauan dan bimbingan. Penilaian ini boleh dilakukan oleh pensyarah sendiri, ketua jabatan/dekan, pendidk yang berpengalaman maupun oleh para pelajar melalui persepsinya



Faktor Luaran
Sebelum menjadi pensyarah, faktor luaran  seseorang pendidik adalah sangat mempengaruhi faktor dalaman anda.  Antaranya adalah seperti mempunyai pendidik mithali sebagai contoh, sama ada pendidik senior atau guru mereka dahulu yang bersemangat, sokongan keluarga, badan yang sihat, tahap kecerdasan pelajar, penghargaandaripada pihak atasan dan hubungan yang baik di antara pendidik, pelajar, pentadbiran dan masyarakat.
pendidik mithali
Mempunyai pendidik mithali sebagai contoh- pendidik senior atau guru mereka dahulu yang bersemangat
Sokongan keluarga
Sokongan keluarga
Badan yang sihat
Sebelum menjadi pensyarah, persediaan dalaman  seseorang pendidik adalah sangat penting.  Antaranya adalah badan yang sihat.
Pertama, keadaan badan. Keadaan badan pada umumnya sangat mempengaruhi aktiviti seseorang. keadaan fizikal yang sihat dan ceria akan memberikan pengaruh positif terhadap kegiatan pendidik. Sebaliknya, keadaan fizikal yang lemah atau sakit akan menghalang tercapainya hasil tugas yang maksima. Oleh kerana itu keadaan badan sangat mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran, maka perlu ada usaha untuk menjaga kesihatan jasmani.

Cara untuk menjaga kesihatan badan antara lain adalah:

 a. menjaga pola makan yang sihat dengan memerhatikan nutrisi yang masuk kedalam tubuh, kerana kekurangan pemakanan atau nutrisi akan menyebabkan tubuh cepat lelah, lesu, dan mengantuk, sehingga tidak ada keghairahan untuk bertugas,

b. rajin bersenam agar tubuh selalu cergas dan sihat;

c. rehat yang cukup dan sihat.

Kedua, keadaan fungsi deria. Deria yang berfungsi dengan baik akan memudahkan aktiviti seharian pendidik dengan cemerlang, merupakan pintu masuk bagi segala maklumat yang diterima  oleh pendidik. Deria yang mempunyai peranan besar dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran adalah mata dan telinga. Oleh kerana itu, baik pendidik maupun pelajar-pelajar perlu menjaga deria dengan baik. Dengan pemeriksaan kesihatan terhadap fungsi mata dan telinga secara berkala, makan makanan yang berkhasiat, dan  sebagainya.

Kecerdasan pelajar
Pada umumnya kecerdasan bermaksud kemampuan psiko-fizikal dalam mereaksikan rangsangan atau menyesuaikan diri dengan persekitaran melalui cara yang tepat. Dengan demikian, kecerdasan bukan hanya berkaitan dengan kualiti otak saja, tetapi juga organ-organ tubuh lain. Namun bila dikaitkan dengan kecerdasan, tentunya otak merupakan organ yang penting berbanding organ yang lain, kerana fungsi otak itu sebagai organ pengawal tertinggi  dari hampir seluruh aktiviti manusia.

Kecerdasan merupakan faktor psikologi yang paling penting dalam meningkatkan motivasi pendidik, kerana itu menentukan kualiti belajar pelajar. Semakin tinggi kecerdasan seseorang pelajar, semakin besar peluang pelajar tersebut meraih kejayaan dalam belajar. Sebaliknya, semakin rendah tahap kecerdasan individu, semakin sukar individu itu mencapai kejayaan belajar. Oleh kerana itu, perlu bimbingan belajar dari orang lain, seperti pendidik, ibubapa, dan sebagainya. Sebagai faktor psikologi yang penting dalam mencapai kejayaan belajar, maka pengetahuan dan pemahaman tentang kecerdasan perlu dimiliki oleh setiap calon pendidik profesional, sehingga mereka dapat memahami tahap kecerdasan pelajarnya.


Maklumat tentang taraf kecerdasan pelajar merupakan perkara yang sangat berharga untuk meramalkan kamampuan belajar mereka. Pemahaman terhadap tahap kecerdasan pelajar akan membantu mengarahkan dan merancang bantuan yang boleh diberikan kepada pelajar.

Penghargaan
Perhatian yang serius terhadap Penghargaan  atas tanggungjawab dan sumbangan pengorbanan
Hubungan yang baik di antara pendidik, pelajar, pentadbiran dan masyarakat
a.      Persekitaran sosial sekolah, seperti pendidik, pentadbiran, dan teman-teman sejawat dapat mempengaruhi aktiviti seseorang pendidik. Hubungan harmoni antara ketiga-tiga kumpulan ini dapat menjadi motivasi bagi pendidik untuk bertugas dengan lebih baik di IPT. Contohnya teman-teman sejawat tidak lokek berkongsi ilmu, item kerja kursus dan  pengalaman dalam mempelbagaikan proses pengajaran sama ada secara formal atau tidak formal.
b.       Persekitaran sosial masyarakat. Keadaan persekitaran masyarakat tempat tinggal pendidik akan mempengaruhi aktiviti mereka dalam proses mendidik. Persekitaran pendidik yang kurang selesa  seperti banyak jenayah di kawasan tempat tinggal, boleh mempengaruhi aktiviti pendidik terutama jika terpaksa bertugas di luar waktu bertugas atau di luar kawasan.
Persekitaran sosial keluarga. Persekitaran ini sangat mempengaruhi aktiviti pendidik. Hubungan suami isteri, keluarga, demografi keluarga (letak rumah), pengurusan keluarga, semuanya boleh memberi kesan terhadap aktiviti pendidik. Hubungan antara  suami isteri, ibu bapa, mertua, dan anak-anak yang harmoni akan membantu pendidik melakukan aktiviti seharian dengan lebih baik
 layari juga:  kerjaya-sebagai-pendidik
                     9-ciri-ciri-pendidik-yang-hebat
                     ciri2-yang-baik-sebagai-pendidik
                      kisah-pemimpin-islam-zainab-al-ghazali

No comments:

Post a Comment