Thursday, 13 November 2014

Memilih kerjaya sebagai pendidik (guru @ pensyarah): : Topik 4-a (orientasi pendidik hebat)




Apakah faktor-faktor yang mendorong pendidik bersemangat untuk mendidik? Terdapat beberapa faktor yang boleh diambilkira dan saya kategorikan kepada 3 iaitu: Faktor dalaman, Faktor luaran dan faktor persekitaran. Mengukur kualiti pendidik mengajar boleh diukur dengan pemantauan dan bimbingan. Penilaian ini boleh dilakukan oleh pensyarah sendiri, ketua jabatan/dekan, pendidk yang berpengalaman maupun oleh para pelajar melalui persepsinya.
Faktor Dalaman
Sebelum menjadi pensyarah, persediaan dalaman  seseorang pendidik adalah sangat penting.  Antaranya adalah semua sikap yang positif seperti minat, perasaan kasih-sayang, bakat untuk mendidik dan bermotivasi.
Minat
Dengan membaca seseorang dapat menambah informasi dan memperluas ilmu pengetahuan serta kebudayaan. Tetapi tanpa adanya minat, pendidik tidak akan tertarik untuk membaca. Minat merupakan faktor yang sangat penting yang ada dalam diri setiap manusia. Walaupun motivasinya sangat kuat, tetapi jika minat tidak ada tentu kita tidak akan melakukan sesuatu yang dimotivasikan pada kita. Begitu pula halnya kedudukan minat dalam membaca menduduki tingkat teratas, kerana tanpa minat seseorang sukar untuk melakukan kegiatan membaca.
Motivasi
Motivasilah yang mendorong pelajar ingin melakukan kegiatan belajar. Para ahli psikologi mendefinisikan motivasi sebagai proses di dalam diri individu yang aktif, mendorong, memberikan arah, dan menjaga perilaku setiap saat (Slavin, 1994). Motivasi juga diertikan sebagai pengaruh keperluan-keperluan dan keinginan terhadap intensiti dan arah perilaku seseorang.
Dari sudut sumbernya motivasi dibahagikan kepada dua, iaitu motivasi intrinsic dan motivasi ekstrinsik. Motaivasi intrinsic adalah semua factor yang berasal dari dalam diri individu dan memberikan dorongan untuk melakukan sesuatu. Seperti seorang pelajar yang gemar membaca, maka ia tidak perlu disuruh-suruh untuk membaca, kerana membaca tidak hanya menjadi aktiviti kesenangannya, tapi boleh jadi juga telah mejadi keperluannya. Dalam proses belajar, motivasi intrinsic mempunyai pengaruh yang berkesan, kerana motivasi intrinsic relaatif lebih lama dan tidak bergantung pada motivasi dari luar (ekstrinsik).

Menurut Arden N. Frandsen (Hayinah, 1992), yang termasuk dalam motivasi intrinsic untuk belajar antara lain adalah:
a. Dorongan ingin tahu dan ingin menyelisiki dunia yang lebih luas;
b. Adanya sifat positif dan kreatif yang ada pada manusia dan keinginan untuk maju;
c. Adanaya keinginan untuk mencapai prestasi sehingga mendapat sokongan dari orang-orang penting, misalnya orang tua, saudara, guru, atau rakan-rakan, dan lain sebaginya.
d. Adanya keperluan untuk menguasai ilmu atau pengetahuan yang berguna bagi dirinya, dan lain-lain.



Motivasi ekstrinsik adalah faktor yang datang dari luar diri individu tetapi memberi pengaruh terhadap kemahuan untauk belajar. Seperti pujian, peraturan, tata tertib, teladan guru, ibu bapa, dan sebagainya. Kurangnya respons dari lingkungansecara positif akan mempengaruhi semangat belajar seseorang menjadi lemah.
Minat

Secara sederhana, minat (interest) ertinya kecenderungan dan keghairahan yang tinggi atau keinginan yang besar terhadap sesuatu. Menurut Reber (Syah, 2003) minat bukanlah istilah yang popular dalam psikologi disebabkan kebergantungan terhadap pelbagai factor dalaman lain, seperti pemusatan perhatian, rasa ingin tahu, moativasi, dan keperluan.

Namun lepas dari kepopulerannya, minat sama halnya dengan kecerdasan dan motivasi, kerana memberi pengaruh terhadap aktiviti belajar, ia akan tidak bersemangat atau bahkan tidak mahu belajar. Oleh kerana itu, dalam konteks belajar di kelas, seorang guru atau pendidik lain perlu membangkitkan minat pelajar agar tertarik terhadap bahan pembelajaran yang akan dihadapinya atau dipelajaranya.

Untuk membangkitkan minat belajar tersebut, banyak cara yang boleh digunakan. Antara lain, pertama, dengan membuat bahan yang akan dipelajari semenarik mungkin dan tidak membosankan, baik dari bentuk buku/bahan, rekabentuk pembelajaran yang membebaskan pelajar menjelajah apa yang dipelajari, melibatkan seluruh domain belajar pelajar (kognitif, afektif, psikomotor) sehingga pelajar menjadi aktif, maupun tingkahlaku pendidik yang menarik semasa mengajar. Kedua, pemilihan jurusan atau bidang kajian. Dalam hal ini, alangkah baiknya jika jurusan atau bidang kajian dipilih sendiri oleh pelajar sesuai dengan minatnya.

Sikap

Dalam proses belajar, sikap individu boleh mempengaruhi kejayaan proses belajarnya. Sikap adalah gejala dalaman yang mendimensi afektif berupa kecenderungan untuk mereaksi atau memberi respons dangan cara yang relatif tetap terhadap objek, orang, peristiwa dan sebagainya, baik secara positif maupun negatif (Syah, 2003).

Sikap pelajar dalam belajar dapat dipengaruhi oleh perasaan suka atau tidak
suka pada tingkahlaku/gaya pendidik, proses pembelajaran, atau lingkungan sekitarnya. Dan untuk menjangka munculnya sikap yang negatif dalam belajar, pendidik sebaiknya berusaha untuk menjadi pendidik yang professional dan bertanggungjawab terhadap profesion yang dipilihnya. Dengan profesionalisme, seorang pendidik akan berusaha memberikan yang terbaik bagi pelajarnya; berusaha pengapungan personaliti sebagai seorang pendidikyang empati, sabar, dan tulus kepada pelajarnya; berusaha untuk menyajikan pelajaran yang diamanahkan dengan baik dan menarik sehingga membuat pelajar dapat mengikuti pelajaran dengansuka dan tidak menjemukan; meyakinkan pelajar bahawa bidang kajian yang dipelajari adalah  bermanfaat bagi diri pelajar.



Bakat



Faktor psikologi lain yang mempengaruhi proses belajar adalah bakat. Secara umum, bakat (aptitude) ditakrifkan sebagai kemampuan potensi yang dimiliki seseorang untuk mencapai kejayaan pada masa yang akan datang (Syah, 2003). Berkaitan dengan belajar, Slavin (1994) mendefinisikan bakat sebagai keupayaan umum yang dimilki seorang pelajar untuk belajar. Dengan demikian, bakat adalah kemampuan seseorang menjadi salah satu komponen yang diperlukan dalam proses belajar seseorang. Apabila bakat seseorang sesuai dengan bidang yang sedang dipelajarinya, maka bakat itu akan menyokong proses belajarnya sehingga kemungkinan besar ia akan berjaya.

Pada dasarnya setiap orang mempunyai bakat atau potensi untuk mencapai prestasi belajar sesuai dengan kemampuan masing-masing. Kerana itu, bakat juga diertikan sebagai kemampuan asas individu untuk melakukan tugas tertentu tanpa bergantung usaha pendidikan dan latihan. Individu yang telah mempunyai bakat tertentu, akan lebih mudah menyerap informasi yang berkaitan dengan bakat yang dimilikinya. Misalnya, pelajar yang berbakat di bidang bahasa akan lebih mudah mempelajari bahasa-bahasa yang lain selain bahasanya sendiri.

Belajar juga dipengaruhi oleh potensi yang dimiliki setiap individu, maka para pendidik, ibu bapa, dan institusi perlu memerhatikan dan memahami bakat yang dimilki oleh anak-anak atau anak didiknya, antara lain dengan menyokong, ikuti perkembangan, dan tidak memaksa anak/pelajar untuk memilih jurusan yang tidak sesuai dengan bakatnya.

Menghayati falsafah pendidikan
Sebelum menjadi pensyarah, persediaan dalaman  seseorang pendidik adalah sangat penting.  Antaranya adalah Menghayati falsafah pendidikan

Psikologi yang stabil
 Sebelum menjadi pensyarah, persediaan dalaman  seseorang pendidik adalah sangat penting.  Antaranya adalah memiliki otak dan psikologi yang stabil
Otak memainkan peranan besar terhadap keseluruhan organ tubuh, ia bukan hanya gunakan untuk berfikir, beremosi dan sebagainya, otak amat penting kepada keseluruhan fungsi badan. Otak juga perlu dilatih dengan baik dan perlukan senaman dan pemakanan yang baik. Jika otak kita sihat secara tidak langsung badan kita juga akan sihat keseluruhannya.
Terdapat pelbagai kaedah untuk menjaga otak kita agar dapat berfungsi dengan baik, antaranya:
1. Melayari internet  dalam waktu yang lama boleh mengundang kesan yang tidak baik kepada otak kita, justeru kita perlu mengawal otak kita dengan beriadah, bersukan, melihat pemandangan yang hijau dan sebagainya. Dengan melakukan aktiviti sihat secara tidak langsung otak dan badan kita akan berfungsi dengan baik apabila peredaran darah menuju ke otak berjalan lancar.
2. Otak memerlukan rehat yang mencukupi, otak juga perlu tidur yang mencukupi, supaya otak kita boleh bekerja keesokan harinya dengan lancar dan akan meransang pertumbuhan sel-sel baru pada otak.
3. Pengambilan makanan juga perlu dititik beratkan juga seperti buah-buahan, omega-3, sayur-sayuran, kismis dan sebagainya. Air juga amat penting dalam tubuh badan kita, pastikan minum air secukupnya, anda disarankan minum air kosong sebanyak 8 gelas sehari.
4. Sebagai tambahan, otak juga perlu dilatih dengan baik agar setiap memorinya berfungsi dengan baik dan lancar, untuk melatih otak, disarankan supaya bermain permainan yang dapat mengerakkan perjalanan otak seperti permainan silang kata, uji minda, Sudoku dan sebagainya.
Rehat yang cukup
Sebelum menjadi pensyarah, persediaan dalaman  seseorang pendidik adalah sangat penting.  Antaranya adalah seperti rehat yang cukup pada waktu malam.
 layari juga:  kerjaya-sebagai-pendidik
                     9-ciri-ciri-pendidik-yang-hebat
                     ciri2-yang-baik-sebagai-pendidik
                      kisah-pemimpin-islam-zainab-al-ghazali

No comments:

Post a Comment