Friday, 14 November 2014

Memilih kerjaya sebagai pendidik (guru @ pensyarah): Topik 7-c (orientasi pendidik hebat)


                     Memilih kerjaya sebagai pendidik (guru @ pensyarah): Topik 2-c  



 layari juga:  kerjaya-sebagai-pendidik
                     9-ciri-ciri-pendidik-yang-hebat
                     ciri2-yang-baik-sebagai-pendidik
                      kisah-pemimpin-islam-zainab-al-ghazali
TOPIK 7- PERSEDIAAN PERSARAAN



Encik Mohammad Khairul Shaleh, pengasas kepada Program Celik Labur  yang bertujuan untuk memberikan pendedahan dan pendidikan kepada masyarakat tentang kepentingan dan pemahaman tentang pelaburan.. Beliau sering dijemput untuk memberi perkongsian tentang Perancangan Persaraan dan Pelaburan Korporat. Beliau yang juga merupakan Perunding Unit Amanah Berlesen sejak 2010.


PERKARA-PERKARA ASAS DALAM MERANCANG PERSARAAN
Selidiki Profil Anda
Beberapa perkara perlu anda selidiki terlebih dahulu iaitu: 1. Berapa banyak wang simpanan dan aset yang anda miliki sekarang? 2. Berapakah pendapatan bulanan anda? 3. Berapa peratus daripada gaji bulanan anda dicarum dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja atau sebarang dana persaraan? 4. Berapa peratuskah pulangan balik daripada pelaburan? 5. Berapa tahun yang anda ada sehingga mencapai usia persaraan untuk mengumpul wang?
Tetapkan usia persaraan anda – 45, 55, 60, atau 65?
Buat analisa aset dan tanggungan anda sekarang
Kira berapa keperluan anda semasa bersara tersebut dengan mengambilkira faktor inflasi

Gariskan keperluan persaraan
Persiapan persaraan hendaklah meliputi 
Ø    pengurangan hutang, 
Ø    peruntukan perbelanjaan, 
Ø    pelbagaian pelaburan dan 
Ø    menjaga kesihatan tubuh badan dengan – makanan yang seimbang serta  – aktiviti riadah.

Semasa persaraan, kesihatan amat penting. Perbelanjaan utama semasa bersara adalah kos perubatan yang mengikis wang persaraan anda.
 Insuran hanya melindungi untuk kes tertentu penyakit kritikal dan kecacatan, tetapi tidak meliputi sebarang proses dan perskripsi ubatan yang anda perlukan.
 Oleh itu persiapan persaraan yang mencukupi amat perlu bagi memastikan seseorang dapat hidup dengan sejahtera.

PERSEDIAAN SEBELUM TEMPOH PERSARAAN

Persediaan Untuk Persaraan

Langkah 1: Wujudkan Tabung Persaraan 
• Daftarkan diri anda dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada hari pertama anda bekerja.  • Walau bagaimanapun, disebabkan oleh faktor inflasi, wang simpanan dalam KWSP mungkin tidak mencukupi untuk keperluan persaraan nanti.  • Wujudkan satu akaun simpanan persaraan di bank dan mulai menabung 10 peratus daripada gaji bulanan.

Langkah 2: Tambah peruntukan tabungan tiap tahun 
• Apabila usia anda semakin meningkat, tambah wang simpanan anda dalam tabung simpanan persaraan sebanyak beberapa peratus daripada gaji bulanan setiap tahun. • Misalnya,   
Persediaan Untuk Persaraan
Umur Peratus Simpanan 25 -10%, 26- 11%, 29- 14%, 32 -17%, 35 -20%

Langkah 3: Tambah tabungan dari BONUS tahunan 
• Peruntukan setiap kenaikan gaji bulanan atau bonus tahunan ke dalam simpanan untuk persaraan.  • Pastikan anda memperuntukkan sejumlah wang dalam perbelanjaan bulanan untuk simpanan untuk persaraan nanti.

Langkah 4: Buat penilaian berkala terhadap tabungan anda 
Di samping menyimpan wang untuk persaraan, buat penilaian terhadap pelaburan anda setiap tahun untuk memastikan bahawa wang anda sedang berkembang mengikut pelan persaraan kelak.

Kesimpulan
• Gagal merancang bermakna anda merancang untuk gagal • Kejayaan perancangan anda bergantung kepada komitment anda, bukan orang lain • Tabungan Persaraan adalah untuk anda, bukan untuk sesiapapun termasuk anak-anak anda

Mohammad Khairul Shaleh,  BEng ,MSc, FIMM Founder Celik Labur  Rujukan – www.kkk.org.my
 

No comments:

Post a Comment