Siapa yang tidak tidak mengasihi ibubapa sendiri. Kalau adapun mungkin hanya segelintir daripada kitakerana masalah masa lalu yang sukar dilupakan.
Ibubapalah insan yang bertanggungjawab melahirkan dan membesarkan kita. Tanpa mereka siapalah kita pada hari ini. Sebarang kelakuan atau tindaktanduk kita kepada ibubapa kita boleh mempengaruhi pemikiran anak-anak. Takut satu hari nanti jika kita menunjukkan tingkahlaku yang kurang baik, anak-anak kitapun akan cenderung untuk berbuat demikian, na'uzubillah.
Kadang-kadang kenangan lama semasa kecil bersama ibubapa menjelma ke fikiran kita. Masih aku ingat ketika aku di dalam darjah 1(1976), kakak sulung bersekolah di Sekolah Menengah teknik Alor Setar. Ayahku membawaku untuk melawat kakakku di sana. Ayah telah membawa buah durian yang kulitnya telah diasah supaya duri-duri tajam tidak mencederakan diri dan orang lain. (Masa tu manalah tau peraturan asrama tak boleh bawak buah durian). Lambat juga sampai, maklumlah zaman tu mana ada highway macam
sekarang. Bila sampai kakakku rupanya ke rumah kawannya yang tinggal berdekatan. Tunggu punya tunggu kakakku tak juga sampai, masa tu telefon pun bukannya popular. Kamipun beredar pulang.
Akupun pernah terasa begitu sayu saat melihat ayahku datang melawat ke asrama MRSM Beseri. Masa tu aku tingkatan 4. Ayahku bukanlah orang senang. Agaknya naik bas, kemudian teksi kut. Bila ada pelajar yang memanggilku kelihatan ayah mengangkat kotak kertas yang berisi buah mempelam. Memang berat. Kakau tak bawakpun tak apa. Ini terpaksa tanggung dari pintu gate depan ke asrama. Memang jauh. Tersentuh sungguh hatiku.
Makku seorang yang sangat tabah. Masa aku kecik2 dulu, kalau ayah tidak membawa balik ikan atau daging atau ayam, mak akan menangkap ayam yang dipelihara. Kami sapa-sapa yang kena, akan tolong pegang. Makpun sembelih sendiri. Apa aku kisah masa tu, makan aje la. Sekali sembelih 2 ekor. agaknya ayah tak ada duit nak beli ikan...
Emak rajin pergi cari ikan kat sawah. Kalau banyak dibuat ikan kering supaya kami anak-beranak tidak la makan nasi saja. Lagi satu, mak aku ni seorang yang agak kreatif, reban ayampun dibuatnya sendiri. Belum kira sayur-sayuran, kadang-kadang sampai seguni dapat kutip buah timun. Boleh bagi kat jiran-jiran. Lain-lain seperti terung, kacang panjang, buah tomato ( bukan buah tomato yang kita beli kat pasar tu tapi buahnya agak merekah), peria, timun betik (boleh buat macam makan cendol). Yang tu aku ingat.
Memang rezeki kami adik-beradik, tak pernah kelaparan. Ayahku penjual beras. Takut apa, beras sentiasa ada. Tapi aku tengok keadaan kehidupan mak dengan ayah sekarang ni makin mewah pulak. Dulu cukup-cukup makan saja. Ayahpun tak mahu terima duit kami adik-beradik. Sebab pendapatan ayahkupun sekarang ni rasanya lebih RM5 ribu. Terima kasih kepada seorang pengarah LPN (sekarang BERNAS), kalau tak salah nama En Abu Bakar, ajar ayahku berniaga secara 'sihat'.
Moga-moga akupun dapat menjadi contoh yang baik kepada anak-anakku, Muhammad Farid, Nurul Hidayah dan Nur Sakinah, Amin...
Layari juga: puisi-doa-untuk-ibu
puisi-tangisan-mata-bunda
puisi-ibu-aku-tidak-akan-pernah-lupa
coretanku-mak-mak-memang-hebat
muhasabah-pagi
politeknik tuanku sultanah bahiyah ptsb kulim motivasi kesihatan dekorasi kerja dan puisi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
Sebenarnya, mereka boleh ja berlanggar. NASA dan organisasi antarabangsa yang lain mengesan satelit di angkasa lepas. Perlanggaran jarang t...
-
Mulakan langkah mu dengan fikiran terbuka Setiap insan punyai kelebihan sendiri Asah kemahiran di peringkat lebih tinggi Usaha dan harapan ...
-
Satelit dapat mengorbit mengelilingi planet bumi kerana ianya terkunci pada kelajuan yang sangat tinggi untuk mengatasi daya tarikan graviti...
No comments:
Post a Comment