Alhamdulillah, aku selamat kembali ke Jitra setelah pulang ke kampung halaman di Parit Buntar.Aku gembira melihat pemandangan sawah padi yang terbentang luas di sepanjang perjalanan daripada Jitra ke kampungku.
Namun sepanjang perjalanan daripada Sg Dua, Seberang Perai ke Jawi, kulihat traffic jammed yang berlaku terutama pada waktu pekerja-pekerja ke dan pulang dari tempat kerja. Rasa-rasanya mahu 2 jam perjalanan untuk memandu daripada Jambatan Pulau Pinang ke Sg Dua. Belum dikira perjalanan pergi dan balik. Dah berjumlah 4 jam. Syukur aku kerana keadaan di Jitra yang lebih tenang. Teringat akan bekas-bekas pelajar yang aku sayangi. Tentunya kebanyakan mereka bekerja di Pulau Pinang atau di Kulim Hightech. Kesian mereka. Macamanalah tak stress bila terpaksa beratur panjang. Masa berkualiti bersama keluarga juga terbatas.
Sebenarnya banyak yang boleh dilakukan selama 4 jam, contohnya:
1. Membawa ibubapa @ anak @ isteri ke klinik jika mereka sakit
2. Solat berjemaah bersama keluarga.
3.Makan malam bersama keluarga.
4. Tidur.
5. Berehat-rehat.
6. Ziarah keluarga @ rakan2.
dan sebagainya.
Pada fikiranku, kerajaan sepatutnya mengambil tindakan yang lebih efisien, ( dapat bertahan sehingga 20 tahun ke depan) walaupun kita tahu jambatan Pulau Pinang yang ke 2 dalam proses pembinaan. Walaupun kita telah meninggal dunia, apa salahnya jika kita membuat seperti nenek moyang kita yang menanam pokok durian untuk anak cucu walaupun dia tahu dia tak sempatpun merasa buahnya. Apakata kalau LRT di ujudkan di sepanjang jambatan, atau di seluruh pulau. Rasanya tidak salah mengambil contoh yang baik di Singapura. Yang tak elok tu kita taklah payah ikut. Lagipun negara kita bukannya miskin sangat kerana hasil minyak yang banyak..
Entahlah... Masalah politik ke masalah duit ke fikir-fikirkanlah
... tepuk dada tanya iman, bagi wakil-wakil rakyat yang ingin berjuang untuk rakyat...
politeknik tuanku sultanah bahiyah ptsb kulim motivasi kesihatan dekorasi kerja dan puisi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
Sebenarnya, mereka boleh ja berlanggar. NASA dan organisasi antarabangsa yang lain mengesan satelit di angkasa lepas. Perlanggaran jarang t...
-
Mulakan langkah mu dengan fikiran terbuka Setiap insan punyai kelebihan sendiri Asah kemahiran di peringkat lebih tinggi Usaha dan harapan ...
-
Satelit dapat mengorbit mengelilingi planet bumi kerana ianya terkunci pada kelajuan yang sangat tinggi untuk mengatasi daya tarikan graviti...
No comments:
Post a Comment