layari juga peraturan-menonton-tv-untuk-anak-anak
bagaimana-untuk-sembuh-dari-perkataan yang menyakitkan
bagaimana-menunjukkan-rasa-cinta-kepada-keluarga
Bukti Islam tidak mengguna kekerasan
Pagi
22 April 1452 bersamaan dengan 852 Hijrah, penduduk Constantinople
dikejutkan dengan laungan takbir, paluan gendang, dan nasyid. Demikian
gema kemenangan tentera Sultan Muhammad al-Fateh. Sekali gus gema itu
seolah-olah satu serangan psikologi kepada penduduk kota berkenaan.
Penduduk Constantinople seperti tidak percaya kekuatan tentara Muhammad
al-Fateh. Tidak dapat dibayangkan, bagaimana tembok setebal 4 lapis,
setinggi 25 kaki, dan sejauh 160 kaki itu berjaya ditembusi oleh tentera
Muhammad al-Fateh?
Suatu
yang menakjubkan, tentera Sultan Muhammad al-Fateh telah membawa
kapal-kapalnya masuk ke perairan Tanjung Emas merentasi bukit melalui
jalan darat! Taktik peperangan seperti ini tidak pernah dilakukan oleh
mana-mana tentera sebelum ini. Tentera Uthmaniah dengan semangat dan
kekuatan yang luar biasa telah berjaya menarik 70 kapal dari Selat
Bosphorus ke Tanjung Emas. Tiada siapa yang dapat membayangkan bagaimana
semua itu boleh berlaku hanya pada satu malam. Sedangkan mereka
terpaksa melalui bukit yang begitu tinggi dengan jarak yang melebihi
tiga batu. Sebahagian mereka menyangka bahawa tentera al-Fateh mendapat
bantuan jin dan syaitan!
Siapakah
sebenarnya Sultan Muhammad al-Fateh ini? Beliau ialah sultan ketujuh
Khilafah Islamiah Othmaniyah. Beliaulah pembuka kota Constantinople atau
yang dikenali hari ini sebagai Istanbul. Ketika itu beliau baru
menjangkau usia 26 tahun. Peperangan yang maha hebat itu memakan masa
selama 54 hari. Keadaan inilah yang pernah dibayangkan oleh baginda
s.a.w. ketika dalam perang Khandak. Antara lain baginda bersabda yang
bermaksud: “Sesungguhnya Constantinople itu pasti akan dibuka.
Sebaik-baik pemimpin ialah ketuanya dan sebaik-baik tentera ialah
tenteranya.”
Sultan
Muhammad al-Fateh ialah salah seorang daripada tokoh pemimpin kerajaan
Islam yang masyhur tercatat dalam sejarah dunia. Beliau bukan sahaja
hebat sebagai pemimpin malah nama beliau sebagai panglima perang,
dikenali di benua Eropah. Mendengar namanya sahaja sudah mengundang
gementar di hati musuh-musuhnya walaupun ketika itu beliau sudah 10
tahun meninggal dunia. Beliaulah pemerintah Islam pertama mendapat
gelaran yang diberikan oleh Barat sebagai “Grand Seigneur” yang
bermaksud pemimpin agung.
Sultan
Muhammad al-Fateh dilahirkan pada 26 Rejab 833 hijrah bersamaan 20
April 1429 Masihi dan dibesarkan di Adirnah. Ayahnya, Sultan Murad II
merupakan salah seorang pemimpin yang hebat dan tokoh pemerintah
kerajaan Othmaniyah yang masyhur. Ibunya dikatakan seorang puteri raja
berketurunan Nasrani.
Ketika
ayahnya menjadi sultan, beliau dilantik menjadi gabenor di Magnisa.
Setelah kematian ayahnya, Sultan Muhammad al-Fateh dilantik menjadi
pemimpin kerajaan Uthmaniah iaitu pada bulan Februari 1451. Dengan
pelantikan ini bermakna beliau merupakan seorang pemimpin termuda yang
pernah dilantik. Walaupun baru berusia 22 tahun, beliau berjaya membawa
kecemerlangan dalam pemerintahannya.
Kekuatan
Sultan Muhammad al-Fateh banyak terletak pada ketinggian peribadinya.
Hal ini demikian kerana ketika usianya kecil lagi sudah diajar
menunggang kuda, memanah, dan menggunakan pedang. Namun didikan rohani
mendapat perhatian serius dan dorongan penuh daripada ayahnya. Beliau
telah ditarbiah secara intensif oleh para ulama terulung antaranya ialah
al-Syeikh Muhammad bin Ismail al-Kurani. Beliau mengajar Sultan
Muhammad al-Fateh ilmu-ilmu asas iaitu al-Quran, al-Hadith, fiqh,
linguistik (bahasa Arab, Parsi, dan Turki), dan juga ilmu kemahiran yang
lain. Melalui tarbiah yang teliti dan penuh terhormat, tidak hairanlah
lahir peribadi yang unggul seperti Sultan Muhammad al-Fateh.
Sultan
Muhammad al-Fateh banyak meneliti dan meninjau usaha ayahnya menawan
Constantinople. Beliau sering mengikuti ayahnya ke medan peperangan.
Sebab itu ketika menaiki takhta pada tahun 855H/1451M, beliau telah mula
berfikir dan menyusun strategi untuk menawan kota berkenaan. Dalam hal
ini, beliau banyak mengkaji sejarah Islam zaman Muawiyah bin Abi Sufian
r.a. Waktu itu telah ada usaha-usaha yang dibuat ke arah menawan
Constantinople. Usaha pertama yang pernah disusun adalah pada tahun 44
Hijrah, walau bagaimanapun usaha berkenaan gagal. Abu Ayyub al-Ansari
yang merupakan salah seorang sahabat nabi, syahid di medan perjuangan
itu.
Setelah
kemenangan tentera Sultan Muhammad al-Fateh menawan Constantinople,
beliau telah memerintahkan tenteranya mencari kawasan perkuburan Abu
Ayyub al-Ansari. Padanya, Abu Ayyub perlu disempurnakan jenazahnya
sebagai seorang sahabat nabi. Setelah ditemui, Sultan Muhammad al-Fateh
meminta supaya kuburnya digali dan dipindahkan ke tempat yang lebih
baik.
Setelah
digali, akhirnya mereka menemui bahagian kakinya terlebih dahulu. Di
sini Sultan Muhammad al-Fateh memerintahkan seluruh rakyatnya mencium
kaki Abu Ayyub al-Ansari yang fizikalnya masih segar itu. Walau
bagaimanapun, beliau gagal menciumnya kerana tatkala hendak mencium
tiba-tiba sahaja kaki itu tertarik semula ke dalam tanah. Kejadian itu
berlaku berturut-turut sebanyak tiga kali. Pada malam itu, Sultan
Muhammad al-Fateh bermimpi bertemu dengan Abu Ayyub al-Ansari. Abu Ayyub
al-Ansari menjelaskan bahawa kejadian itu berlaku disebabkan rasa malu
dan hormat kepada Sultan Muhammad al-Fateh. Padanya, tidak layak orang
yang telah berjaya menawan Kota Constantinople mencium kakinya.
Selain
itu, beliau banyak mengkaji dan mempelajari pengalaman Rasulullah
s.a.w. dalam peperangan. Malah semangat kepahlawanan dan pengorbanan
panglima perang Islam dahulu, banyak mempengaruhi jiwanya. Namun, Sultan
Muhammad al-Fateh mewarisi sifat keberanian, kegagahan, kesabaran, dan
semangat tidak putus asa ayahnya. Bahkan beliau juga mewarisi
pengetahuan yang luas serta berkemahiran dalam menyusun strategi
peperangan.
Di
sini ternafilah tohmahan golongan orientalis Barat dan musuh-musuh
Islam bahawa beliau menegakkan Islam dengan kekerasan. Walhal mata
pedang digunakan sebagai jalan terakhir. Tujuan orientalis itu hanyalah
untuk mengelirukan masyarakat terhadap Islam. Dr. Abd. Salam bin Abd
Aziz dalam bukunya yang bertajuk Sultan Muhammad al-Fateh Pembuka
Constantinople Menundukkan Rom, menjelaskan bahawa Sultan Muhammad
al-Fateh memiliki keyakinan diri yang kuat. Selain itu, dia juga
mempunyai pandangan jauh serta kepintaran yang tinggi. Malah Sultan
Muhammad al-Fateh mampu menghadapi tekanan, keperitan, dan bebanan yang
dihadapinya. Beliau seorang pemuda yang warak. Malah, jarang sekali
beliau menunaikan solat, melainkan di masjid.
Sultan
Muhammad al-Fateh digambarkan sebagai pemimpin berjiwa rakyat. Beliau
lebih mengutamakan urusan negara dan masyarakat mengatasi kepentingan
diri. Pada masa yang sama, beliau sering mendampingi ulama-ulama dan
ilmuwan. Kedudukannya sebagai Sultan tidak menghalang minatnya untuk
terus menimba ilmu dan pengalaman. Kehidupan beliau sebagai pemimpin
digambarkan cukup sederhana. Malah beliau sangat memusuhi pembaziran.
Oleh sebab itu, hidangan makanan dan cara berpakaiannya tidak terikat
dengan peraturan-peraturan istana.
Selain
kejayaan dalam bidang ketenteraan dan penaklukan wilayah, Sultan
Muhammad al-Fateh juga berjasa dalam mengembangkan dakwah Islam ke benua
Eropah. Melalui akhlak dan keperibadian beliau, ramai yang tertarik dan
memeluk Islam. Hal ini berlaku pada hari kemenangan tenteranya, iaitu
apabila beliau telah mengampunkan penduduk Kristian Kota Constantinople.
Dengan sikap toleransi yang ditunjukkan itu, menyebabkan ada dalam
kalangan paderi terus menyatakan keislaman mereka.
Sepanjang
pemerintahannya, beliau tidak lupa membangunkan aspek fizikal dan
rohani rakyatnya. Beliau telah membina Masjid al-Fath yang terkenal
dengan gelaran Blue Mosque. Selain itu, beliau juga telah memulihkan
semula peranan Masjid Aya Sofia sebagai mercu dan syiar Islam di Turki.
Sultan Muhammad al-Fath meninggal dunia pada bulan Mei 1481 dan
jenazahnya dikebumikan di Kota Constantinople
politeknik tuanku sultanah bahiyah ptsb kulim motivasi kesihatan dekorasi kerja dan puisi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
Sebenarnya, mereka boleh ja berlanggar. NASA dan organisasi antarabangsa yang lain mengesan satelit di angkasa lepas. Perlanggaran jarang t...
-
Mulakan langkah mu dengan fikiran terbuka Setiap insan punyai kelebihan sendiri Asah kemahiran di peringkat lebih tinggi Usaha dan harapan ...
-
Satelit dapat mengorbit mengelilingi planet bumi kerana ianya terkunci pada kelajuan yang sangat tinggi untuk mengatasi daya tarikan graviti...
No comments:
Post a Comment