21.
Menilai Diri Sendiri
Nilailah
orang yang menilaimu dengan ukuran yang dipakainya waktu ia
menilaimu. Siapapun yang datang dan berbaik hati padamu, sambutlah
dengan hari lapang, dan siapa saja yang membencimu, layannilah.
Kembalikanlah kepada Tuhan, kerana segala sesuatu yang datang
kepadamu berasal daripadaNya.
22.
Jika Akan Mulia Dengan Hidup Apa Adanya
Kubunuh
sifat-sifta tamakku, maka tenanglah jiwaku. Jiwaku akan hina
kalau aku tetap tamak. Kuhidupkan rasa puas yang telah lama
mati, kerana dengan menghidupkannya harga diri dapat terjaga.
Jika sifat rakus bersarang di hati seorang hamba, maka ia
akan menjadi orang yang hina dina.
23.
Diam Itu Lebih Baik
Tidak
ada baiknya banyak bicara jika engkau telah mengetahui inti
pembicaraannya. Bagi seseorang pemuda lebih baik diam daripada
berbicara yang tidak pada tempatnya. Sebab, seseorang pemuda
memiliki watak yang dapat dilihat dari raut mukanya.
24.
Pahitnya Menjaga Kebaikan
Jangan engkau fikirkan kebaikan orang yang telah diberikan
kepadamu. Pilihlah bahagian yang sesuai untukmu. Bersabarlah
! Sesungguhnya sabar itu perisai diri. Pemberian-pemberian
orang lebih berat tanggunggannya di hati dibandingkan tusukan
tombak.
25.
Berpaling Dari Orang Bodoh
Berpalinglah
dari orang-orang yang bodoh, kerana yang dikatakannya bermula
dari kebodohannya. Tidak ada bahawa sungai Eufrat yang dalam
itu, jika ada anjing yang menyeberanginya.
26.
Mata Orang Yang Redha Itu Tumpul Terhadap Kesalahan
Mata
orang yang redha seringkali tumpul terhadap semua keaiban.
Tapi mata orang yang benci sering kali memusatkan kejelekan.
Aku tidak takut kepada orang yang tidak takut kepadaku. Maka
cintaku pun akan mendekat kepadanya. Dan jika cintanya menjauhi
dariku, maka kita dapat hidup sendiri, apa lagi jika kita
telah mati.
No comments:
Post a Comment