Aku selalu mengikut sangkaan hambaKu.
Aku sentiasa bersama-samanya.
Ketika ia mengingatiKu dalam dirinya, Aku pun mengingatiNya dalam diriKu.
Jika dia mengingatiKu di hadapan orang ramai, Aku pun akan mengingatinya di hadapan orang yang lebih ramai.
Jika dia mendekatiKu sepanjang sejengkal, Aku akan mendekatinya sehasta.
Jika dia mendekatiKu sehasta, Aku akan mendekatinya sedepa.
Jika dia mendatangiKu dengan berjalan kaki, Aku akan mendatanginya dgn berlari
(HR Bukhari)
Manusia.
Apabila ditimpa kesusahan yang sedikit, mulalah merungut dan menyalahkan takdir.
Apabila
ditimpa kesusahan yang banyak, mulalah pula mempersoalkan Ilahi;
mencari tempat untuk meluahkan rasa amarah dan tidak puas hati.
Sedangkan.
Apa yang diberi Ilahi itu sebenarnya terbaik buat diri.
Kepayahan yang dilalui itu sebenarnya bertujuan mendekatkan dirimu dengan Ilahi.
Bersangka
baiklah dengan Allah. Kehidupan ini sememangnya tidaklah seindah yang
diharapkan, tetapi ketahuilah apa yang diberi Ilahi padamu itu
sebenarnya terbaik untuk dirimu.
Apa
sahaja yang berlaku pada masa hadapan, sentiasalah memandang positif
dan yakinilah bahawa bantuan Allah akan senantiasa bersamamu; selagi
kamu tidak pernah meninggalkan Dia.
politeknik tuanku sultanah bahiyah ptsb kulim motivasi kesihatan dekorasi kerja dan puisi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
Sebenarnya, mereka boleh ja berlanggar. NASA dan organisasi antarabangsa yang lain mengesan satelit di angkasa lepas. Perlanggaran jarang t...
-
Mulakan langkah mu dengan fikiran terbuka Setiap insan punyai kelebihan sendiri Asah kemahiran di peringkat lebih tinggi Usaha dan harapan ...
-
Satelit dapat mengorbit mengelilingi planet bumi kerana ianya terkunci pada kelajuan yang sangat tinggi untuk mengatasi daya tarikan graviti...
No comments:
Post a Comment