Monday 8 April 2013

Puisi 14a: TERIMA KASIH TUHAN

 layari juga:  kerjaya-sebagai-pendidik
                     9-ciri-ciri-pendidik-yang-hebat
                     ciri2-yang-baik-sebagai-pendidik
                      kisah-pemimpin-islam-zainab-al-ghazali

Tuhan,
terima kasih kerana Engkau sempurnakan mataku
hingga masih mampu menikmati keindahan semesta
sehingga kesombongan selalu mampu sirna
tersedar sebagai sosok kecil dalam dunia
Tuhan,
terima kasih kerana Engkau sempurnakan hidungku
hingga aku tetap mampu membezakan bau busuk dan aroma wewangi
walaupun keduanya berada dalam tempat tersembunyi
namun aku tetap mampu menghidu dan mencari
terima kasih kerana Engkau sempurnakan telingaku
hingga aku tetap boleh mendengar suara bom dan gemercik air
juga boleh melekatkan handphone mendengar suaranya
sungguh tak terbayang bila Kau tulikan diri ini
Tuhan,
terima kasih kerana Engkau sempurnakan rasa ini
hingga aku tahu tentang asam, manis, masin, dan rasa pedas
jua boleh rasakan kehangatan, panas dan dingin,
hingga kami tahu apa yang segera diperlukan
Tuhan,
terima kasih kerana Engkau sempurnakan mulut ini
agar mampu tetap mengeluarkan suara
hingga aku boleh menyampaikan apa yang ingin disampaikan
dan berkomunikasi setidaknya dengan sesama manusia
Tuhan,
terima kasih atas segala limpahan rahmat-Mu
yang membuatku masih mampu bersyukur mampu menikmati nasi
tanpa melupakan pihak yang berjasa yaitu para petani
Tuhan,
terima kasih atas segala rezeki yang Kau tumpahkan padaku
yang membuatku mampu memberi makan keluargaku seluruh
melengkapi segenap keperluan tanpa lupakan jasa para buruh
Tuhan,
terima kasih, walau ku tahu Kau tak perlu itu
Yogya, 26 maret 2011
http://odishalahuddin.wordpress.com

Layari juga: puisi-doa-untuk-ibu
                    puisi-tangisan-mata-bunda 
                    puisi-ibu-aku-tidak-akan-pernah-lupa
                    coretanku-mak-mak-memang-hebat
                    muhasabah-pagi

No comments:

Post a Comment