BOyc0tt 15r4hell pr0duCt, Free G AZ A

Pengarah Kompleks Perubatan al-Shifa Beri Amaran Peningkatan Kematian Akibat Kebuluran
Pengarah Kompleks Perubatan al-Shifa, Dr. Muhammad Abu Salmiya berkata kepada Al Jazeera:
⚫Operasi kebuluran di semenanjung Gaza masih berterusan berlaku di depan mata seluruh masyarakat dunia.
⚫Kebuluran di Gaza memasuki tahap yang sangat kritikal dan bantuan makanan yang sampai hanyalah ibarat menabur pasir ke mata.
⚫Mangsa yang cedera dan pesakit mengalami masalah kekurangan zat makanan yang serius sehingga boleh membawa maut.
⚫Jumlah korban akibat kebuluran dan kekurangan zat makanan meningkat kepada 147 orang.
⚫Kekurangan susu bayi dan semakin ramai ibu tidak mampu menyusukan anak merupakan ancaman sebenar.
⚫Kanak-kanak di Gaza kini berada dalam keadaan kesihatan yang sangat teruk, malah ada yang hanya tinggal rangka.
⚫Kami memberi amaran tentang peningkatan mendadak kadar kematian, selepas semua kawasan di Gaza memasuki fasa kebuluran yang melampau.
⚫Situasi kekurangan zat makanan dalam kalangan kanak-kanak yang sedang membesar akan memberi kesan buruk kepada keseluruhan generasi di Gaza.
No comments:
Post a Comment