Tuesday, 3 September 2013

Celik Teknologi: Mesin menggoreng kacang

 layari juga:  kerjaya-sebagai-pendidik
                     9-ciri-ciri-pendidik-yang-hebat
                     ciri2-yang-baik-sebagai-pendidik
                      kisah-pemimpin-islam-zainab-al-ghazali
sumber:
http://www.utusan.com.my

Nama mesin: Mesin
menggoreng kacang
Kapasiti: 50 kilogram
(kg)
Kuasa: 0.5 kuasa kuda
Bahan: Keluli tahan
karat
Saiz mesin: 450 x 450
x 680mm
Kekacang merupakan makanan yang baik, bukan sahaja untuk otak malahan juga baik untuk tubuh badan.
Ramai yang tidak sedar tentang perkara ini kerana mitos yang membelenggu.
Terdapat mitos yang mengatakan bahawa kacang boleh menyebabkan jerawat. Perkara tersebut menjadi stigma dan kadangkala dianggap benar.
Secara umum semua jenis kekacang mempunyai kebaikannya yang tersendiri, termasuklah kacang tanah.
Kacang tanah sering digunakan untuk nasi lemak dan juga pelbagai jenis kuih. Namun begitu, terdapat juga orang yang menggunakan kacang sebagai sarapan dengan menjadikannya sebagai mentega.
Sebelum menjadi mentega, kacang tanah tersebut perlu diproses.
Penghasilan mesin menggoreng kacang dapat membantu para pengusaha kecil sederhana (IKS) dalam menjadikan kacang sebagai bahan untuk makanan tambahan atau makanan utama.
Kebiasaannya, kacang akan digoreng dahulu sebelum diproses untuk menjadi apa-apa bahan tambahan untuk makanan.
Contohnya, mentega kacang. Sebelum diproses menjadi mentega kacang, kacang perlu digoreng. Begitu juga dengan kacang untuk nasi lemak.
Selain itu, mesin ini juga dapat membantu dalam mengurangkan masalah yang bakal timbul semasa diproses.
Sebagai contoh jika digoreng menggunakan kuali, ia memerlukan kuantiti yang sedikit untuk mengelakkan kacang daripada digoreng tidak sekata.
Tetapi menggunakan mesin ini, masalah itu dapat diatasi kerana ia mampu menggoreng sebanyak 50kg kacang.
Seperti yang diketahui, Zull Design Autotronic (ZDA) tidak mempunyai mesin yang sedia ada siap.
Ini satu kelebihan bagi memberi peluang kepada mereka yang berminat menempah mesin terutama pengusaha IKS untuk berbincang dengan ZDA mengenai spesifi kasi yang mereka perlukan.
ZDA sememangnya terkenal sebagai syarikat yang banyak membantu IKS menghasilkan mesin yang dapat membantu mereka.
Sebab itu konsep ZDA amat mudah yang mana penciptaan mesin biasanya bergantung kepada keperluan dan kehendak pelanggan itu sendiri.
Dengan cara tersebut dapat membantu pengguna untuk menempah mesin yang diperlukan danb pada masa sama mengikut modal atau kemampuan mereka.
Denga kata lain harga bagi setiap mesin keluaran ZDA adalah tidak tetap dan bergantung kepada keperluan dan kehendak pengguna terhadap spesifikasi mesin tersebut.

No comments:

Post a Comment