Sunday, 1 September 2013

Kesihatan: Khasiat Kacang Bendi Untuk Kencing Manis @ Diebetes

 layari juga:  kerjaya-sebagai-pendidik
                     9-ciri-ciri-pendidik-yang-hebat
                     ciri2-yang-baik-sebagai-pendidik
                      kisah-pemimpin-islam-zainab-al-ghazali

 

sumber:

 http://zulramli.blogspot.com

 http://helmdahl.blogspot.com

Khasiat Kacang Bendi Untuk Kencing Manis @ Diebetes



Minum Kacip Emas Disamping Tambahan Dengan Khasiat Kacang Bendi

Nama saintifiknya ialah abelmoschus esculentus. Buah muda tentu sekali sedap dibuat sayur serta kari. Buahnya memang berkhasiat kerana ia dapat membantu menguatkasn otak serta menambah daya ingatan serta kecerdasan.

Biji, akar serta bunganya kalau direbus boleh membantu melawas pembuangan air kecil serta mengurangkan bengkaK atau radang. Ia juga dapat mengurangkan masalah sukar bersalin.

Air rebusan biji,akar, serta bunganya jika disapu pada pelbagai kudis dan bisul, mujarab juga. Air rebusan buahnya kalau dicampur dengan gula memang sesuai dijadikan sebagai sirap ubat batuk atau merawat sakit kerongkong.

Lendir yang terdapat dalam buahnya boleh dijadikan krim penyejuk serta melembutkan kulit. Pernha juga digunakan sebagai ubat gonorea dan siflis.
Air rebusan buahnya boleh juga digunakan untuk meredakan bengkak saluran kerongkong dan hidung.

Kacang bendi bagus untuk rawatan penyakit kencing manis.
Caranya ialah:

Ambil 2 biji kacang bendi. Potong kedua hujungnya. Turis bahagian tengah & potong lebih kurang 1/2 inci bahagiannya. Rendam dalam segelas air semalaman. (tutup gelas).

Keesokannya, keluarkan kacang bendi tu dan terus minum airnya.
Amalkan selama dua minggu. Lihat kesannya pasti kadar gula akan turun.

Di sebelah negara Barat, diyakini bahawa kacang bendi dapat membantu,
i) mencuci hati
ii) menstabil kandungan gula dalam darah
iii) membantu melincinkan bahagian dalam usus besar
iv) membantu mengelakkan sembelit atau mengurangkan masalah sembelit terutama di kalangan warga tua.
v) ia juga membantu pertumbuhan bakteria baik dalam saluran usus
vi) ada juga pendapat yang mengatakan kecang bendi adalah sejenis sayuran yang amat baik untuk mereka yang murung, keletihan atau rasa tidak selesa/sihat.
vii) ia juga boleh membantu merawat ulcer dan mengurangkan kekejangan pada sendi
viii) sifatnya yang beralkali membantu menutralkan asid dalam badan sekali gus dapat membantu mengurangkan masalah penghadaman
ix) juga ia dapat membantu radang paru-paru, sakit kerongkong serta kesakitan pada dubur.

No comments:

Post a Comment