Tuesday, 3 September 2013

Celik Teknologi: Mesin buat biskut dahlia

sumber:
http://www.utusan.com.my



SEMPERIT dahlia adalah antara biskut tradisional yang mendapat perhatian terutama sekali pada sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Biskut ini terkenal kerana bentuknya yang cantik.
Namun begitu, pembuatan biskut ini agak rumit dan lambat. Masa yang digunakan banyak terbazir dalam membentuk biskut tersebut.
Pada keluaran sebelum ini, Zull Design Autotronic (ZDA) telah menghasilkan mesin semperit dahlia bagi membantu para peniaga menjimatkan masa dan kos.
Pada kali ini, ZDA tampil dengan model terbaru mesin semperit dahlia V2. Mesin ini adalah inovasi daripada mesin yang terdahulu.
Perbezaan antara mesin yang baru dan yang terdahulu adalah dari segi kualiti bentuk bunga kuih.
Mesin semperit dahlia V2 dapat menghasilkan bentuk bunga kuih yang lebih sekata dan cantik. Dengan cara ini, bentuk kuih akan kelihatan lebih kemas dan seragam saiznya.
Konsep perniagaan ZDA adalah berdasarkan tempahan atau permintaan pelanggan.
Bagi mereka yang ingin membuat tempahan mesin, diingatkan bahawa ZDA tidak mempunyai mesin tersebut sebaliknya bergantung kepada tempahan pelanggan.
Yang menariknya pengguna juga boleh mereka cipta mesin tersebut mengikut keperluan dan kehendak mereka sendiri.
Ini dapat membantu pengguna untuk menempah mesin yang diperlukan mengikut modal atau kemampuan pengguna dan mengikut spesifikasi yang di kehendaki.
Oleh itu, harga bagi setiap barang keluaran ZDA adalah tidak tetap dan ia bergantung kepada pelanggan dan keperluan dan kehendak pengguna terhadap mesin tersebut.

No comments:

Post a Comment