sumber:
http://www.utusan.com.my
IKAN merupakan hasil laut yang tidak pernah habis. Selain ikan air
masin, ikan air tawar juga memiliki penggemarnya sendiri. Tidak
hairanlah mengapa jumlah pengusaha perniagaan penternakan ikan air tawar
di seluruh negara semakin meningkat.
Faktor tersebut turut menyumbang kepada peningkatan permintaan
terhadap produk-produk berasaskan ikan. Kini, industri produk makanan
sejuk beku giat mengembangkan produk mereka untuk mendapat tempat di
pasaran. Antara produk makanan sejuk beku tersebut adalah nugget,
otak-otak, bebola ikan dan sebagainya.
Dalam memastikan produk-produk tersebut dapat diluaskan pasarannya,
tenaga pekerja yang ramai amat diperlukan. Dengan menggunakan mesin
tersebut, tenaga pekerja dapat dikurangkan. Sebagai contoh, tulang dapat
dipisahkan dengan berkesan tanpa mengambil masa yang lama. Jika cara
manual digunakan, bukan sahaja masa akan terbazir, malah juga akan
meningkatkan kos pekerja.
Mesin pengasing tulang ikan Zull Design Autotronic (ZDA) dapat
membantu aktiviti pemisahan tulang ikan dengan cepat. Mesin berkenaan
akan membawa perubahan yang lebih baik pada proses pengeluaran. Hasil
akhir yang diperoleh juga lebih baik. Untuk itu, bagi pengusaha yang
sedang atau akan menjalankan perusahaan makanan sejuk beku dan seumpama
dengannya, mesin pemisah tulang ikan ini merupakan salah satu mesin yang
tepat untuk dimiliki.
Yang menariknya, mesin pemisah tulang ikan ini bukan mesin sedia ada.
ZDA akan cuba memenuhi spesifikasi mesin yang dikehendaki oleh
pengusaha yang berminat. Harganya tidak tetap dan memenuhi keperluan
pelanggan daripada segi bajet, keperluan dan kapasiti pengeluaran. Pihak
pengusaha haruslah membuat tempahan terlebih dahulu.
politeknik tuanku sultanah bahiyah ptsb kulim motivasi kesihatan dekorasi kerja dan puisi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
Sebenarnya, mereka boleh ja berlanggar. NASA dan organisasi antarabangsa yang lain mengesan satelit di angkasa lepas. Perlanggaran jarang t...
-
Mulakan langkah mu dengan fikiran terbuka Setiap insan punyai kelebihan sendiri Asah kemahiran di peringkat lebih tinggi Usaha dan harapan ...
-
Satelit dapat mengorbit mengelilingi planet bumi kerana ianya terkunci pada kelajuan yang sangat tinggi untuk mengatasi daya tarikan graviti...
No comments:
Post a Comment