Tuesday 3 September 2013

Celik Teknologi: Mesin pengisar biji kopi

sumber:
http://www.utusan.com.my


KOPI merupakan sejenis minuman yang menjadi kegemaran penduduk di Malaysia.
Minuman ini bukan sahaja mendapat tempat di Malaysia, bahkan juga di seluruh dunia.
Maka, tidak hairanlah apabila terdapat banyak kafe-kafe yang menyediakan minuman berunsur kopi ini.
Minuman ini boleh didapati dalam berbagai variasi seperti air dikisar (ice blended), kopi karamel dan bermacam lagi.
Seperti yang kita ketahui, proses untuk menjadikan biji kopi kepada serbuk untuk dibancuh sebelum minum adalah satu proses yang rumit.
Kepada pengusaha atau usahawan yang menjalankan perniagaan, hal ini merupakan satu masalah kerana terpaksa meluangkan masa untuk mencari produk serbuk kopi yang bermutu.
Oleh itu, syarikat Zull Design Autotronic (ZDA) telah menghasilkan satu mesin yang dinamakan mesin pengisar biji kopi untuk memudahkan para pengusaha dan usahawan.
Mesin ini mampu menghasilkan serbuk kopi yang berkualiti mengikut kehendak pengusaha itu sendiri.
Untuk makluman, pihak ZDA tidak membuat mesin ini secara sedia ada siap.
Mereka yang terlibat dalam industri kopi khususnya syarikat industri kecil dan sederhana (IKS) digalakkan mencuba mesin berkenaan mereka boleh menghubungi ZDA untuk maklumat lanjut.
Pihak pengusaha harus membuat tempahan terlebih dahulu dan pihak ZDA cuba menghasilkan mesin mengikut spesifikasi dan bajet yang diperuntukkan.
Perbincangan antara dua belah pihak diperlukan bagi mengelakkan masalah yang tidak diingini daripada berlaku.

No comments:

Post a Comment