Monday, 20 May 2013

JENIS SATELIT DAN KEGUNAAN


sumber
http://ishakarshad.tripod.com 
terimakasih... 
Layari juga:     satelit-di-angkasa 
                           Satelit kecil 
                             sampah-sarap-di-angkasa  



Terdapat enam (6) jenis satelit mengikut kegunaannya:  
 


 Satelit kajian saintifik untuk mengumpul maklumat bagi kegunaan analisa saintifik. Ia merekodkan perubahan-perubahan di bumi dan atmosfera.  



Satelit cuaca menolong saintis mengkaji paten cuaca dan meramalkan cuaca. Ia menghasilkan imej infrared yang menunjukkan jumlah haba yang datang dari bumi dan awan.



  Satelit komunikasi satelit jenis ini sering diletakkan di orbit yang lebih tinggi di bertentangan stesen bumi.



Satelit pelayaran (navigation) satelit ini beroperasi dalam bentuk network dimana isyarat dari network boleh dicapai oleh mana-mana kenderaan di bumi.  



Satelit pemerhatian bumi menggunakan orbit polar untuk memeta dan memantau  sumber bumi seperti bahan mineral, sumber air dan punca pencemaran.  



Satelit ketenteraan dikatakan sebagai satelit 'pengintip' yang boleh mengesan pelancaran peluru berpandu, kapal layar dan pergerakan peralatan  ketenteraan di bumi.  




JENIS-JENIS ORBIT

 layari juga:  kerjaya-sebagai-pendidik
                     9-ciri-ciri-pendidik-yang-hebat
                     ciri2-yang-baik-sebagai-pendidik
                      kisah-pemimpin-islam-zainab-al-ghazali
 
 

 Terdapat banyak jenis orbit yang ujud. Orbit terdiri dari berbagai jenis, bentuk dan berbeza kedudukan (jarak) dari bumi tetapi kebanyakan satelit yang dihantar berada dalam salah satu dari jenis-jenis orbit di bawah.  




Orbit Geosinkronous (GSO)  
Merupakan orbit yang berputar dengan lengkap dalam 24 jam iaitu kadar putarannya sama dengan bumi. Ia biasanya berputar mengelilingi bumi pada garisan khatulistiwa. Jaraknya dari bumi adalah 35,800 km atau 22,000 batu. Bentuknya biasanya bulat. Kebanyakan satelit yang dihantar berada pada orbit jenis ini. Ia biasanya geopegun (geostationary). Geopegun bermaksud satelit yang mengelilingi bumi berada pada kedudukan yang tetap menghadap bumi.

Untuk menjadi geopegun, orbit mesti memenuhi 3 kriteria:

q       Orbit mesti geosinkronous

q       Orbit mesti bulat

q       Orbit mesti berputar pada landasan khatulistiwa bumi.  
Orbit Polar
Merupakan orbit yang mengelilingi bumi dari kutub utara ke kutub selatan iaitu secara 90 darjah dengan garisan khatulistiwa. Bukan orbit jenis geopegun.

Ia juga merupakan orbit bumi paras sederhana  dan berbentuk oval(bujur)

Jaraknya dari bumi adalah 10,000 km. Kebanyakan satelit tentera adalah jenis polar.  
Orbit Bumi Paras Rendah (LEO)   Boleh berbentuk bujur atau bulat. Berada diatas paras bumi kurang dari 2000km. Masa pusingan lengkapnya antara 90 minit hingga 2 jam. Tidak geopegun. Biasanya kegunaannya adalah  untuk servis data mobile dan telefon mobile.  



   



 


PENGHANTARAN DAN KAWALAN SATELIT DI ORBIT
 

Satelit dihantar keorbit menggunakan roket atau kapal angkasa (space shuttle). Semasa pelancaran roket, satelit akan di angkat bersama oleh roket dimana ia akan mengelilingi bumi pada paras orbit rendah secara  sementara. Roket akan jatuh semula kebumi dan satelit akan ditendang ke orbit sebenarnya oleh motor yang terdapat padanya. Satelit mengambil masa beberapa hari selepas pelancaran untuk sampai keorbit tetapnya. Apabila satelit sampai keorbitnya , motor akan digunakan untuk membetulkan kedudukan satelit menhadap kearah yang betul. Dengan itu satelit boleh mula menerima dan menghantar signal.

Kebanyakan satelit dikawal oleh stesen pusat dibumi. Komputer dan manusia pada stesen pusat akan memerhati kedudukan satelit, menghantar arahan pada komputer satelit dan menerima maklumat yang telah dikumpul oleh nya.

 

 


BAGAIMANA SATELIT TETAP DI ORBIT
 
 Satelit yang mengelilingi bumi tidak akan menjadi perlahan atau jatuh kebumi kerana tiada udara atau apa-apa yang boleh menyebabkannya menjadi perlahan atau 'mati'. Daya yang dihasilkan oleh kelajuan putaran satelit dikenali sebagai daya empar (centrifugal force). Di orbit, daya empar ini akan menariknya keatas (keluar) dimana daya tarikannya adalah sama dengan daya tarikan graviti bumi ke arah bawah. Keseimbangan antara daya graviti dan daya empar akan mengekalkan satelit diorbit.

 


TENAGA SATELIT
 
Satelit mendapat tenaga dari berbagai sumber. Tenaga ini akan digunakan untuk untuk berbagai tujuan.

   


Kuasa laser SELENE (space laser energy)
-         merupakan satu sistem yang baru yang digunakan bagi membekalkan tenaga kepada satelit.

-         Selene digunakan untuk menggerakkan satelit dari satu orbit ke berikutnya.

-         Laser dipancarkan dari bumi menggunakan teleskop optik. Laser ini kemudiannya ditukar ke bentuk tenaga elektrik yang dapat digunakan oleh satelit.

Kuasa nuklear (radioisotop)  
-         kuasa nuklear juga digunakan untuk membekalkan tenaga kepada satelit

-         walaubagaimanapun ia jarang digunakan kerana sukar mendapat lesen penggunaan.  

Tenaga Solar  
-         merupakan cara yang paling banyak digunakan

-         ia mendapat tenaga dari  tenaga solar matahari.

-         Tenaga ini ditukarkan kepada tenaga elektrik untuk kegunaan satelit.  

Bateri   -         sering digunakan bersama tenaga solar untuk membekalkan tenaga semasa berlaku keadaan dimana satelit terlindung dari cahaya matahari.  
Minyak pembakaran



BAGAIMANA KAPASITI SATELIT BOLEH DIBAIKI

 

Setiap teknik yang dapat meningkatkan kapasiti satelit dan mengurangkan kos saluran merupakan cara yang akan membaiki penggunaan satelit masa hadapan. Antaranya adalah:

-         Rangkaian network yang lebih berkesan

-         Peningkatan multipleksing

-         Antena yang lebih kecil dan lebih berkesan (terutama antena di stesen bumi)

-         Pancaran (radiasi ) yang lebih berkuasa sebagai bahan transmisi
 Layari doa munajat: usrati27-2-14: doa munajat youtube
                                 doa-munajat-ustazah-norhafizah-musa

No comments:

Post a Comment