Monday 20 May 2013

Satelit Malaysia - TiungSAT

Sumber:http://www.angkasa.gov.my

 26 September 2000 merupakan detik yang bersejarah untuk Malaysia apabila mikro satelit pertama negara, TiungSAT-1 telah dilancarkan ke ruang angkasa lepas dari Baikanor, Kazakhstan.
Pembangunan mikro satelit pertama ini telah dipertanggungjawabkan kepada sebuah syarikat tempatan, Astronautic Technology (M) Sdn. Bhd. Sejurus selepas TiungSAT-1 berada pada orbit yang telah ditetapkan, sistem kawalan di Stesen Kawalan Bumi  ATSB yang terletak di Universiti Kebangsaan Malaysia akan terus menghantar dan menerima isyarat komunikasi untuk berhubung dengan TiungSAT-1.
TiungSAT-1 yang mempunyai berat 50 kg dan dimensi 690 x 366 x 366 mm ini beroperasi pada Orbit Bumi Rendah dengan ketinggian 650 km dari aras bumi dengan kecondongan sebanyak 65 darjah. TiungSAT-1 dilancarkan dengan membawa 3 misi iaitu pencerapan bumi, ujikaji saintifik Cosmic-Ray Energy Disposition Experiment (CEDEX) dan juga aplikasi komunikasi.
TiungSAT-1 yang dilengkapi dengan sistem Multi Spectral Earth Imaging Camera yang mempunyai resolusi 72 m dan sistem Meteorological Earth Imaging Camera dengan resolusi 1.2 km bagi menjalankan aktiviti pencerapan bumi. Kejayaan pelancaran TiungSAT-1 merupakan kejayaan awal Malaysia dalam usaha untuk meneroka bidang teknologi angkasa di Malaysia.

 

No comments:

Post a Comment