Monday, 20 May 2013

Memahami Teknologi Satelit

http://pmr.inform.gov.my
satelit
Satelit sebagai penghubung komunikasi
Analisis  misi satelit adalah penting kerana ia memastikan misi satelit ditepati.  Analisis yang selalu dilakukan adalah seperti analisis orbit yang diperlukan untuk menetapi misi satelit, analisis sistem beban bayar dan analisis bus satelit.  Ia selalu dilakukan oleh jurutera aeroangkasa.   Secara khususnya, satelit melibatkan komponen seperti;


Payloads atau beban bayar yang dapat menentukan misi satelit.

Ia terdiri daripada sistem penderiaan jauh, sistem komunikasi dan kajian sains angkasa;



Penderiaan jauh (remote sensing)

Penderiaan jauh adalah sistem untuk mengimbas permukaan bumi membabitkan pemerolehan maklumat untuk tujuan pemetaan;



Sistem Komunikasi Satelit


Melibatkan sistem perhubungan yang menggunakan satelit sebagai penghubung  antara dua (atau lebih) titik komunikasi di bumi dan terdiri daripada reka bentuk sistem komunikasi dan pengoperasian stesen bumi oleh jurutera komunikasi dan elektrik/elektronik.



Kajian Sains Angkasa


Merupakan pakej saintifik yang kajiannya diadakan di angkasa lepas dan melibatkan saintis dalam bidang sains fizik.



Bas Satelit (Satellite Bus)

Ia melibatkan pelantar satelit itu sendiri, iaitu terdiri daripada struktur satelit dan subsistem satelit yang perlu kepakaran yang  khusus. 



Melibatkan struktur yang memerlukan kepakaran dalam reka bentuk, analisis, ujian dan pembuatan. Bidang-bidang yang diperlukan adalah:
satelit
  • Jurutera aeroangkasa dalam reka bentuk, analisis, ujian dan penggunaan bahan logam dan bukan logam yang sesuai untuk misi satelit.
  • Jurutera bahan dalam penggunaan bahan logam (seperti aluminium dan lain-lain) dan bukan logam (seperti komposit).
  • Jurutera awam dalam analisis struktur.


Subsistems melibatkan;



Kuasa (Power)

Subsistem kuasa memerlukan kepakaran dalam reka bentuk, analisis, ujian dan pembuatan.  Bidang-bidang yang diperlukan adalah;
  • Jurutera aeroangkasa dan jurutera kuasa dalam reka bentuk, analisis, ujian dan penggunaan teknologi kuasa seperti sel suria dan bateri yang sesuai untuk misi satelit.
  • Jurutera aeroangkasa dalam mereka bentuk sistem kuasa misi, iaitu kaedah penggunaan kuasa semasa satelit mengorbit bumi.
  • Jurutera elektrik dan elektronik untuk membangunkan litar yang mengawal penjanaan kuasa dan penggunaan kuasa, termasuk pengaturcaraan dan algoritma yang sesuai.
  • Saintis dalam bidang fizik untuk mengkaji bahan-bahan dalam pembuatan sel suria yang terkini.



Penentuan Sikap dan Kawalan




Subsistem ADCS memerlukan kepakaran dalam reka bentuk, analisis, ujian dan pembuatan.
  • Sistem penentuan sikap seperti penderia matahari (sun sensor),        penderia bumi (earth sensor), magnetometer dan penderia bintang (star sensor).
  • Sistem kawalan sikap seperti magnetork (magnetorque), roda tindakbalas (reaction wheel), sistem pendorong (propulsion system) dan lain-lain.
  • Kawalan Haba Subsistem kawalan haba memerlukan kepakaran dalam reka bentuk, analisis, ujian dan pembuatan sistem-sistem kawalan haba sama ada aktif atau pasif di angkasa. Bidang-bidang yang diperlukan adalah;
  • Jurutera aeroangkasa untuk reka bentuk, analisis, ujian dan  penggunaan teknologi kawalan haba yang sesuai untuk misi satelit.
  • Jurutera mekanikal, dan jurutera bahan untuk membangunkan bahan-bahan terkini yang boleh digunakan untuk mengawal haba.
  • Saintis dalam bidang fizik



Kawalan Telemetri & Telekomunikasi (TT&C)



Sistem TT&C satelit adalah sistem perhubungan yang menghantar maklumat kesihatan satelit (satellite health) dan pengawalan (control) satelit. Ia terdiri daripada;
  • Reka bentuk sistem komunikasi yang akan dibuat oleh jurutera. aeroangkasa dan jurutera komunikasi.
  • Pengoperasian stesen bumi oleh jurutera komunikasi.
  • Sistem pendorong satelit adalah sistem pendorong dan kawalan satelit. Ia terdiri daripada;
  • Reka bentuk sistem pendorong yang akan dibuat oleh jurutera aeroangkasa dan jurutera mekanikal.
  • Bahan pembakarnya pula akan dijalankan oleh jurutera aeroangkasa, jurutera kimia, jurutera mekanikal dan saintis dalam bidang sains kimia.



Data Arahan dan Pengendalian Sistem ini merupakan sistem pengoperasian satelit yang mengawal semua subsistem dan beban bayar satelit.  Ia akan memerlukan kepakaran jurutera aeroangkasa, jurutera elektronik, jurutera komputer dan pakar pengaturcaraan (programmer) untuk mereka bentuk sistem pemproses komputer dan menulis program dan algoritma yang sesuai.



Teknologi pelancar Ia berkaitan dengan pemilihan pelancar untuk melancarkan satelit ke angkasa. Ia selalu dilakukan oleh jurutera aeroangkasa.



Aplikasi/Penggunaan Teknologi Satelit



Untuk melihat penglibatan kerjaya dalam penggunaan teknologi satelit, terdapat dua kategori, iaitu;


Penderiaan Jauh


Penderiaan jauh adalah sistem untuk mengimbas permukaan bumi di mana maklumat yang diperolehi akan digunakan untuk pemetaan, perancangan, pertanian dan pembuat keputusan.



Komunikasi Satelit


Sistem komunikasi satelit adalah sistem perhubungan yang menggunakan satelit sebagai penghubung antara dua (atau lebih) titik komunikasi di bumi.





Satelit Tempatan


MEASAT-1



Dilancarkan pada 13 Januari 1996 di Kourou, French Guaiana.  Ianya menyediakan aplikasi khas iaitu perkhidmatan 'terus ke rumah' dalam iklim hujan dan tropika serta isyarat tinggi untuk memancarkan program televisyen di negara ini, sama ada di kawasan bandar atau luar bandar.



MEASAT-2



Dilancarkan pada 13 November tahun yang sama di Kourou, French Guianan. Kesinambungan kepada siri gemilang negara dalam dunia komunikasi satelit.   Seperti juga MEASAT-1, MEASAT-2 merupakan sistem satelit komunikasi dua pesawat putar distabil berkuasa tinggi HS376 yang dibina oleh syarikat Hughes Space and Communications Inc. dari Amerika Syarikat.  Perkhidmatannya memberi kesan dalam tiga bidang utama iaitu komunikasi, maklumat dan pembaharuan kepada industri hiburan.


TiungSAT-1



Dilancarkan pada 26 September 2000.  Pemantauan TiungSAT-1 dari stesen bumi di negara ini, dijalankan sepasukan empat jurutera dari stesen bumi yang ditempatkan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi.  Mampu merakamkan imej muka bumi menggunakan empat kamera pelbagai guna dengan resolusi 80 meter.



MEASAT-3



Dilancarkan 12 Disember 2006 di Baikonur Cosmodrome, Kazakhstan.  Direka bentuk dengan objektif untuk menyediakan landasan transmisi satelit serba guna yang paling berkuasa dan paling berpotensi dari segi komersial.



RazakSat




Dijadualkan dilancarkan antara 31 Ogos hingga 16 September 2008 bersempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan dan pembentukan Malaysia.  Pusat Angkasa Negara akan berfungsi sebagai stesen bumi yang akan menerima data satelit berkenaan selepas ia berada di angkasa lepas.



RazakSAT seberat 180 kilogram telah melalui dua fasa pembinaan iaitu model kejuruteraan dan model kelayakan.  Ia mampu menghasilkan imej pankromatik dengan resolusi 2.5 meter dan imej panca spektra lima meter.
Kedua-dua ciri ini antara lain akan digunakan untuk melakukan pemetaan prasarana, memantau laluan perkapalan, melakukan pemetaan geologi dan memantau ekosistem marin.
RazakSAT akan ditempatkan 600 kilometer (km) atau 700 km dari bumi dalam kedudukan Orbit Hampir Khatulistiwa (NEO).
Satelit itu mempunyai kemampuan pencerapan ke bumi sejauh 600 km dari angkasa dan berupaya memantau sebarang bentuk penerokaan hutan secara berleluasa menerusi penghantaran imej yang lebih kerap berbanding TiungSAT-1.
Selain berupaya memantau sebarang aktiviti alam sekitar lain termasuk cuaca dan iklim, RazakSAT juga boleh mengesan objek setinggi 2.5 meter iaitu bersaiz sebuah bas atau lori.

No comments:

Post a Comment