politeknik tuanku sultanah bahiyah ptsb kulim motivasi kesihatan dekorasi kerja dan puisi
Monday, 20 May 2013
JENIS-JENIS PELANTAR DAN ORBIT
3.1 PENGENALAN
Pelantar (plateform) adalah peralatan yang membawa penderia pada
ketinggian tertentu untuk merekodkan imej. Pelantar untuk penderiaan jauh
dikelaskan kepada dua kategori:
3.1.1 Kapal udara.
3.1.2 Kapal angkasa.
3.1.1 Kapal udara
Termasuklah kapal terbang, helikopter, belon udara dan model-model
yang digunakan dari kawalan jauh (remote control).
Penderia dipasang pada kapal udara untuk mendapatkan imej.
Penderiaan dilakukan bersudut tepat dengan pergerakan kehadapan kapal
udara. Pelantar kategori ini menghasilkan kawasan litupan yang kecil kerana
ketinggian penerbangan adalah terhad. Untuk mendapatkan kawasan litupan
yang lebih luas, lebih banyak jalur penerbangan diperlukan.
Kebaikan pelantar ini:
a. Kos murah untuk kawasan yang kecil.
b. Tidak perlu menunggu waktu satelit melalui ruang angkasa. Operasi
penderiaan boleh dilakukan pada bila-bila masa ketika cuaca baik.
c. Imej yang dihasilkan adalah terperinci kerana ketinggian
penerbangan yang terhad.
d. Kesan atmosfera minima.
Kelemahan pelantar ini:
a. Perlu banyak jalur penerbangan untuk mendapatkan kawasan
litupan yang luas.
b. Terdapat imej-imej yang terlindung kerana ketinggian penerbangan
yang terhad. Kawasan yang terlindung ini dinamakan shadow.
c. Pelantar yang tidak stabil disebabkan rolling (x axis), pitching (y
axis) dan yowning (z axis).
d. Tidak boleh digunakan ketika cuaca buruk.
3.1.2 Kapal angkasa
Penderiaan dilakukan dengan menggunakan roket, satelit atau kapal
angkasa. Contoh:
Satelit - Landsat 4, Landsat 5, SPOT dsbnya
Kapal angkasa - Skylight, Chalanger dan Colombia.
Penderiaan cara ini amat popular digunakan kerana penggunaan kapal
angkasa memberikan kawasan liputan yang luas. Kapal angkasa/satelit
bergerak mengikut orbit rekaan yang mengelilingi bumi.
Satelit ini akan melalui ruang angkasa sesuatu kawasan hanya pada
masa-masa tertentu sahaja. Satu kaedah mengawal satelit dari bumi
diwujudkan untuk mengawasi pergerakannya. Kawalan dari bumi ini dikenali
sebagai Ground Control.
Rekabentuk satelit pada masa dahulu mempunyai berat 40 kg dan
berkuasa hanya beberapa watt sahaja. Tetapi pada masa kini beratnya
melebihi 2000 kg dan mempunyai kuasa sehingga ke 2 Kilowatt.
3.2 ORBIT SATELIT
Orbit direkabentuk mengikut keupayaan satelit dan penderia. Tiga ciri
utama orbit yang perlu diambilkira ialah:
3.2.1 Jarak antara bumi dan satelit.
Semakin hampir penderia dengan bumi, maka semakin terperinci imej
yang dapat dikesan tetapi kawasan liputan (coverage) semakin kecil.
3.2.2 Jenis orbit yang digunakan.
Jenis-jenis orbit perlulah sesuai dengan kegunaan penderia. Samada
orbit itu orbit aquaporial, near polar atau pun polar .
3.2.3 Tujuan.
Jenis orbit perlulah sesuai dengan tujuan imej tersebut dihasilkan. Jika
satelit tersebut digunakan untuk mendapatkan imej yang jauh maka orbit
aquaporial perlu digunakan. Jika satelit yang digunakan untuk mendapatkan
imej yang lebih terperinci maka orbit near polar atau pun polar sesuai
digunakan.
Laluan satelit pada orbitnya boleh didapati dengan membuat Ramalan
yang dipanggil Emphemeris.
Terdapat tiga (3) jenis orbit asas satelit.
Orbit Geo-synchronous
Inclination orbit ialah sehingga 50°.
Kala – satelit untuk melengkapkan orbitnya adalah 24 jam.
Satelit akan berada pada titik yang sama setelah melengkapkan 24
jam.
Berada sejauh 36,000 km dari permukaan bumi.
Biasanya digunakan untuk tujuan kaji cuaca.
Orbit Sun-synchronous
Emphemeris
Brakes – ramalan secara kasar
Precise – ramalan jitu
Satelit bergerak dalam orbit yang serentak
dengan pergerakan matahari mengelilingi
bumi.
Menyebabkan satelit menyeberangi
khatulistiwa pada masa yang sama pada
setiap lintasan.
Kala orbit berbeza-beza dan penderiaan
akan mengambil imej yang berbeza pada
masa yang sama.
Orbit ini adalah orbit hampir bulat samada
polar atau near-polar
Satelit berada sejauh 200 km hingga 1000
km dari permukaan bumi (memberikan
maklumat yang terperinci).
Sesuai untuk pemetaan.
Orbit Geo-stationary
Merupakan orbit equaporial yang mengelilingi bumi pada satah
khatulistiwa.
Kala orbit 24 jam pada arah yang sama dengan bumi. Kekal pada
tempat yang sama pada setiap masa.
Satelit berada sejauh 36,000 km dari permukaan bumi (memberikan
maklumat yang kurang terperinci).
Sesuai untuk kajicuaca.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
Sebenarnya, mereka boleh ja berlanggar. NASA dan organisasi antarabangsa yang lain mengesan satelit di angkasa lepas. Perlanggaran jarang t...
-
Mulakan langkah mu dengan fikiran terbuka Setiap insan punyai kelebihan sendiri Asah kemahiran di peringkat lebih tinggi Usaha dan harapan ...
-
Satelit dapat mengorbit mengelilingi planet bumi kerana ianya terkunci pada kelajuan yang sangat tinggi untuk mengatasi daya tarikan graviti...
No comments:
Post a Comment