Friday, 24 May 2013

Indahnya alam ciptaan Allah

Layari doa munajat:: doa-munajat-ustazah-norhafizah-youtube
                                    doa-munajat-ustazah-norhafizah-musa


Peredaran matahari, bulan, bintang-bintang dan bumi. Mereka bergerak dan beredar pada orbit masing-masing, tidak berlanggar antara satu sama lain semata-mata tunduk mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah penciptanya.

 “Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi Ulil Albab (orang yang berakal)” AlImran :190
Imam AlGhazali menyatakan Sungguh, jalan untuk mengenal Allah (ma’rifatullah) dan mengagungkanNya itu adalah dengan cara memikirkan setiap mahlukNya, merenungkan keajaiban-keajaiban dan memahamkan hikmah-hikmah yang terkandung dalam segenap ciptaanNya.

Al Quraan menjelaskan bahawa alam dan segala kandungannya adalah dicipta oleh Maha Pencipta, Allah. Dia telah memerintahkan kepada orang yang dikurniakan akal fikiran itu agar mengamati kejadian di alam cakerawala ini.



Berbeza dengan ciptaan manusia (walaupun pada asalnya setiap jisim adalah ciptaan Allah dan Allah jualah yang memberikan ilham pada fikiran manusia untuk menciptanya), Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) hampir-hampir dilanggar satu serpihan kecil di angkasa.

Sudah bertahun-tahun ISS mengelak daripada pelanggaran dengan objek seperti itu dan beberapa kali perlu mengubah kedudukannya di orbit bumi.

ISS adalah binaan buatan manusia terbesar di angkasa yang berfungsi sebagai makmal, pusat pencerapan dan kilang di angkasa lepas serta dihuni beberapa angkasawan pada satu-satu masa.

 
Ulil Albab adalah gulungan yang diistimewakan dan yang disebut Allah di dalam Al Quran. Sebanyak 16 kali disebut di dalam AlQuraan. Ulil Albab menggunakan kurniaan akal untuk merenung setiap kejadian di alam semesta yang maha luas ini.


“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi Ulil Albab (orang yang berakal)” AlImran :190
Imam AlGhazali menyatakan Sungguh, jalan untuk mengenal Allah (ma’rifatullah) dan mengagungkanNya itu adalah dengan cara memikirkan setiap mahlukNya, merenungkan keajaiban-keajaiban dan memahamkan hikmah-hikmah yang terkandung dalam segenap ciptaanNya.

Al Quraan menjelaskan bahawa alam dan segala kandungannya adalah dicipta oleh Maha Pencipta, Allah. Dia telah memerintahkan kepada orang yang dikurniakan akal fikiran itu agar mengamati kejadian di alam cakerawala ini. Firman Allah yang bermaksud:


Katakanlah : Perhatikanlah apa yang ada di langit dan di bumi..”
Yunus:101

Allah bukan sahaja Pencipta Alam tetapi juga memelihara, mengawal dan mengurus segala juzuk alam dari sekecil-kecil hingga yang sebesarnya. Semuanya tunduk kepada hukum dan peraturan yang telah ditetapkan.
Lihat bagaimana Allah memelihara perjalanan matahari yang bersaiz 99.9% dari saiz objek-objek sistem suria, mengharungi alam cakerawala di orbitnya sejak dari mula ia diciptakan hingga ke hari ini dan akan datang. Allah juga yang mengawal dan mengurus tentang proses penghasilan tenaga matahari melalui proses tindakbalas nuklear setiap saat sebanyak 4 x 1026 Joule sesaat menyamai 100 bilion 1 megaton bom nuklear. Tenaga yang hebat ini dibebaskan setiap saat sejak dari zaman dahulu hingga kini dan akan datang. Bagaimana pula kehebatan Pencipta yang mengatur perjalanan siang dan malam. Bagaimana bahagian malam akan menutup bahagian siang bumi dengan kelajuan 1700 km sejam (470 meter sesaat) dalam tempoh 24 jam. Setiap bahagian bumi mendapati siang dan malam mengikut kadarnya yang tertentu. Bagaimana teliti dan hebat, Bumi yang besar dengan diameter 12,756 km beredar laju dengan kelajuan 30 km sesaat mengelilingi matahari sejauh 960,000,000 km dalam masa 365.25 hari. Begitu juga bulan bagaimana teratur dan telitinya ia beredar mengelilingi bumi dengan kelajuan 61.8 km sejam tanpa terlewat atau tercepat dari masa yang ditetapkan.


Bandingkan pula dengan elektron...

Setiap atom terdiri daripada nukleus dan elektron-elektron yang berputar mengelilingi nukleus pada jarak yang bersesuaian.

Elektron adalah butir-butir zarah yang berputar di sekeliling paksinya. Di sekeliling nukleus itu sendiri sama seperti puataran 24 jam bumi yang berputar pada paksinya dalam proses melengkapkan putaran orbit selama setahun mengelilingi matahari. Sama juga seperti planet-planet, putaran elektron yang teratur pada orbitnya sangat menakjubkan tanpa sekali pun berhenti.

Putaran dan pusingan berdozen-dozen elektron menyebabkan ‘lalu lintas’ yang amat sibuk di dalam atom yang terlalu kecil untuk dilihat walaupun menggunakan mikroskop berkualiti tinggi. Namun pernahkah kita berfikir bagaimana elektron-elektron yang berputar seperti sekumpulan satelit, mengelilingi nukleus itu tidak pernah sama sekali berlanggar antara satu sama lain. Seandainya terjadi perlanggaran walaupun kecil di dalam atom, ia boleh mengakibatkan kesan yang sangat buruk.

Namun sehingga kini tidak pernah ada kemalangan yang terjadi. Semuanya berjalan mengikut susunan dan aturan yang sempurna tanpa ada sedikit pun cacat celanya. Elektron-elektron yang berputar di sekeliling nukleus tidak pernah berlanggar antara satu sama lain walaupun dalam kelajuan 1000 kilometer sesaat, satu kelajuan yang tidak dapat digambarkan. Kemampuan setiap elektron mengekalkan laluan masing-masing adalah amat menakjubkan.

Persoalannya, mengapakah elektron-elektron yang sama di sekeliling satu nukleus ada orbit yang berbeza? Bagaimana ia mampu berputar mengikut orbitnya tanpa pernah sekalipun tersasar? Bagaimana ia mampu mengelakkan perlanggaran ataupun pergeseran antara satu sama lain dalam proses itu walaupun dengan kelajuan yang sukar dibayangkan. Segala-galanya membawa kita kepada satu kesimpulan. Kebenaran yang berada di hadapan kita ini melibatkan unsur yang tiada tandingannya dan juga keseimbangan  yang hebat. Ia adalah bukti kesempurnaan ciptaan Tuhan. Dalam ayat 88 surah an-Naml, Allah menyatakan, “Dan kamu lihat gunung-gunung itu, kamu sangka dia tetap di tempatnya, padahal ia berjalan seperti pergerakan awan. Begitulah perbuatan Allah yang membuat sesuatu dengan kukuh; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu lakukan.


Kenapa manusia juga perlu mengelilingi Kaabah semasa haji dan umrah?
  
Selain melahirkan sifat kehambaan kita kepada Allah, mesti ada kelebihan di sebalik manusia mengelilingi Kaabah semasa menunaikan haji dan umrah juga.... ilmu Allah terlalu luas... Allah Maha Bijaksana
 Inilah yang dinamakan putaran mengikut fitrah sepertimana putaran zarah-zarah elektron yang juga berputar melawan pusingan jam. Dan lebih besar lagi putaran bumi mengelililing mentari dan putaran planet di atas paksi juga melawan arah jam.

wallahua'alam 
  layari juga:  kerjaya-sebagai-pendidik
                     9-ciri-ciri-pendidik-yang-hebat
                     ciri2-yang-baik-sebagai-pendidik
                      kisah-pemimpin-islam-zainab-al-ghazali

No comments:

Post a Comment