Wednesday 14 December 2011

COMMUNICATION (ANSWER) Tutorial

COMMUNICATION (ANSWER)
Tutorial 4 (25 marks)




1.        Define the word transmission lines.
Talian penghantaran merupakan satu media penghantaran fizikal seperti kabel sepaksi, talian dua dawai dan kabel banyak pasang. Talian penghantaran adalah untuk menghantar tenaga elektrik dari satu titik ke titik yang lain. Talian penghantaran digunakan sebagai penghubung antara pemancar dan penerima, dan antara pemancar dan antena.
(2 marks)
2.        State 4 advantages of optical fiber compare to normal cable.

1.        Mempunyai lebar jalur (bandwidth) yang luas dan menyebabkan lebih banyak maklumat dapat dihantar dalam satu masa.
2.        Mempunyai saiz kabel yang kecil sahaja iaitu hanya beberapa mm sahaja dan kabelnya juga ringan berbanding dengan kabel lain.
3.        Sewaktu penghantaran isyarat dilakukan adalah lebih jelas berbanding dengan kabel biasa yang mempunyai hingar dan gangguan yang tinggi.
4.        Jangka hayat kabel gentian optik adalah lebih lama berbanding dengan kabel biasa. (4 marks)
3.  Antara gelombang – gelombang yang terlibat adalah :-
                                 i.                  gelombang permukaan ( ground wave / surface wave )
                                ii.                  gelombang  ruang  ( space wave )
a.     gelombang pantulan
b.   gelombang terus
                              iii.                  gelombang  langit ( sky wave )
                              iv.                  satelit                                                                                                         (10 marks)
4. With the aids of diagram
Kabel Banyak Pasang
·          Jenis PVCLC (polyvinylchloride lead coat - tahan daripada tindakbalas kimia serta cahaya matahari dan tidak mudah terbakar iaitu lapisan vinyl disalut dengan timah/plumbum ( senang untuk dibentuk dan dibuat pematerian, mempunyai kerintangan yang rendah serta sesuai untuk digunakan di bawah tanah ).
·          Pengalir kuprum disusun berpasangan.

·          Dipisahkan dengan menggunakan kertas.
·          Susunan berbentuk twin atau quad.
·          Teras benang dan juga warna kertas untuk pengenalan.
·          Saiz kabel bergantung kepada jumlah pasangan yang terdapat.
·          Digunakan dalam sistem telefoni.                                                                                      (3 marks)
Kabel Sepaksi
·          Juga dikenali sebagai  coaxial cable.
·          Digunakan bagi mengatasi masalah kehilangan pancaran bila isyarat yang melalui kabel adlah berfrekuensi tinggi.
·          Terdapat dua jenis dielektrik bagi kabel sepaksi iaitu dielektrik udara dan dielektrik pepejal.
·          Mengandungi pengalir dalam dan pengalir luar.
·          Kebaikan kabel sepaksi dimana ia berupaya untuk kurangkan kehilangan radiasi  dan penyerapan hingar daripada    talian.
·          Kelemahan bagi kabel sepaksi terjadinya kesan kulit pada frekuansi tinggi (iaitu frekuensi yang bernilai GHz ke atas)
·          Di gunakan sebagai feeder daripada pemancar kepada antena televisyen.         (3 marks)
Talian Dua Dawai
·          Dua pengalir kuprum yang disusun selari pada jarak tertentu (0.25-6inci).
·          Pengalir kuprum atau pancalogam menggunakan pemisah dari bahan penebat.
·          Di gunakan pada talian sistem kuasa, telegrafi, telefoni dan sebahagian sistem pemancaran radio.
·          Sesuai untuk frekuansi yang rendah kehilangan yang rendah.
·          Tidak sesuai untuk frekuensi tinggi kerana berlaku Radiation yang tinggi.     (3 marks)


No comments:

Post a Comment