Friday, 15 March 2013

Wahai suamiku: Luahan aku seorang isteri untuk seorang suami

Suamiku…

Kau sebenarnya Imam dan aku adalah Makmum...

Aku adalah pengikutmu kerana kau adalah Ketua 
Jika kau lalai, maka lalailah aku.
Wahai suamiku,kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu
Akalmu sembilan , nafsumu satu. Akal ku satu , nafsu ku beribu .
Oleh itu pimpinlah tangan ku, 
kerana aku sering lalai dan leka 
serta sering tergelincir di tolak nafsu dan konco-konconya.

Suamiku…

Aku suka kalau kau mengimami solatku pada setiap waktu.

Akan aku aminkan doa mu agar kelak luas syurga kita
Aku teramat suka kalau engkau bangunkan aku bertahajud bersamamu,
agar nanti kita dirahmati.. Ya Rabbi…
Kenalkan aku pada Majlis agama 
Ajarilah aku Yassin 
ajaklah aku mengalunkan jantung kitabbullah di malam Jumaat yang penuh Barakah.
 Khabarkanlah padaku tentang fardhu – fardhu yang patut aku tahu.
Bimbinglah aku dengan amar maaruf dan nahi mungkar.
 layari juga:  kerjaya-sebagai-pendidik
                     9-ciri-ciri-pendidik-yang-hebat
                     ciri2-yang-baik-sebagai-pendidik
                      kisah-pemimpin-islam-zainab-al-ghazali
Suamiku…

Ajari aku agar menjadi isteri mu yang solehah

Didiklah aku supaya menjadi permata di lembah kaca
Selimutkan aku dengan iman dan taqwa sebagai bekal ke jalan Allah
Ingatkan aku supaya hormat , tunduk dan patuh pada mu setiap waktu.
Tolonglah aku Suamiku…, 
agar aku tidak beku.
Bantulah aku daripada seksa api neraka yang tidak tegar ku tanggung.

 Suamiku…


Pimpinlah aku menuju Nur Jannah
Tarbiahkan aku supaya kelak aku calon srikandi solehah
Bantulah aku dalam menyemai sifat mahmudah
Moga aku dapat menjadi secerdik Aisyah Humairah Rasullullah 
setulus hati dan kasih laksana Siti Khadijah
sezuhud dan sepatuh Rabiatul Adawiyah 
sekuat iman umpama taatnya Sumayyah 
seikhlas dan semurni Halimatus Saadiah 
dan segagah dan seteguh Nailah Al Farashiyah yang tegar 
meski tangan bermandi darah membela Khalifah Allah 

Seindah hiasan adalah wanita solehah ,
moga aku hiasan terindah dalam hidupmu Suamiku…
..

No comments:

Post a Comment