Friday, 15 March 2013

Wahai anakku: Jangan bersedih ..

Jangan bersedih wahai anakku..



Ayah dan ibu masih ada bersama mu..
hargailah saat-saat ini..
sekiranya ayah dan ibu kita masih ada di sisi..
gembirakanlah mereka dengan apa cara sekalipun..

Penuhilah hari-hari dengan kegembiraan..
paling tidak pun cukup dengan senyuman..
senyuman untuk diri kita sendiri..
Setiap pagi apabila kita bangun tidur..
cubalah kita lihat di cermin..k
ita akan lihat satu wajah yang penuh kekusutan

tetapi selepas kita mandi dan bersiap untuk bekerja..
cuba kita lihat sekali lagi pada cermin..
nah..nampak tak kita..satu perbezaan..
wajah yang sebelum ini kekusutan 
sudah menjadi satu wajah yang cukup cantik 
apatah lagi apabila ditambah dengan satu senyuman..

Di situlah permulaannya..
permulaan untuk seorang yang berkerjaya..
hadiahkanlah mereka dengan satu kejayaan 
dalam kerjaya dan 
biarlah mereka merasa bangga di atas segala kejayaan kita..
Biarlah mereka menangis kerana gembira 
tetapi jangan sesekali kita biarkan mereka menangis kerana kesedihan..
Tangisan seorang ibu amat dalam maknanya..
tangisan seorang ayah amat pahit kesannya..
Sesungguhnya kehidupan ini memang satu anugerah 
yang amat indah dan berharga..
usahlah kita mensia-siakannya.

Dengan ini..
sentiasalah kita hiasi diri kita dengan seberapa banyak senyuman..
tak kiralah senyuman untuk kita sendiri 
mahupun senyuman itu untuk orang lain..

No comments:

Post a Comment