Tauhid al-Rububiyyah menghubungkan Tauhid
al-Uluhiyyah
Seperti yang telah dinyatakan di atas, Tauhid
al-Rububiyyah ialah mengakui keesaan Allah sebagai Rabb, Tuan, Penguasa,
Pencipta dan Pengurnia secara mutlak. Tidak ada sekutu bagi-Nya di dalam
Rububiyyah.
Sesungguhnya kesanggupan dan kesediaan manusia
mentauhidkan Allah dari segi Rububiyyah dengan segala pengertiannya akan
menghubung atau menyebabkan manusia mengakui Tauhid al-Uluhiyyah iaitu
mengesakan Allah dalam pengabdian. Secara spontan pula manusia akan mengakui
bahawa Allah sahaja layak disembah, selain daripada-Nya tidak layak disembah
walau dalam apa bentuk sekalipun.
Al-Quran terlebih dahulu memperingatkan orang-orang
musyrikin Quraisy agar mengakui Tauhid al-Rububiyyah. Apabila mereka
menerima Tauhid al-Rububiyyah dan bersungguh-sungguh mengakuinya, maka
terbinalah jambatan yang menghubungkan mereka dengan Tauhid al-Uluhiyyah.
Hakikat ini jelas dan tidak boleh dicuai atau diselindungkan lagi. Firman
Allah SWT:
“Apakah mereka mempersekutukan Allah dengan
berhala-berhala yang tidak dapat menciptakan sesuatu apapun? Sedangkan
berhala-berhala tersebut adalah buatan manusia.” (Al-A’raf: 191)
“Apakah (Allah) yang menciptakan segala sesuatu
itu sama dengan yang tidak dapat menciptakan (apa-apa)? Maka mengapakah
kamu tidak mengambil pengajaran?” (An-Nahl: 17)
“Hai manusia, telah dibuat perumpamaan, maka
dengarlah olehmu perumpamaan itu. Sesungguhnya segala sesuatu yang kamu
serukan selain daripada Allah tidak dapat menciptakan seekor lalat, walaupun
mereka bersatu untuk menciptakannya. Dan jika lalat itu merampas sesuatu
daripada mereka, tiada mereka dapat merebutnya kembali daripada lalat itu.
Amat lemahlah yang menyembah dan amat lemah pula yang disembah.” (Al-Hajj:
73)
Ayat-ayat tersebut mengingatkan orang-orang musyrikin
mengenai suatu hakikat yang nyata iaitu sembahan-sembahan mereka adalah
lemah, malah tidak berkuasa untuk mencipta sesuatu walaupun seekor lalat.
Jika lalat itu mengambil atau merampas sesuatu daru mereka, maka mereka
tidak berkuasa untuk mendapatkannya kembali. Ini menunjukkan betapa lemah
yang meminta dan lemah pula yang dipinta. Oleh itu akal yang sejahtera
tidak boleh menerima penyembahan selain daripada Allah. Dalam peribadatan
mereka tidak boleh mempersekutukan sesuatu dengan Allah. Allah adalah al-Khaliq
Yang Esa. Selain daripada-Nya adalah lemah dan dhaif belaka.
Tuhan-tuhan palsu yang tidak memiliki apa-apa
Al-Quran menghujah dan mengingatkan orang-orang
musyrikin bahawa apa yang mereka sembah selain daripada Allah tidak memiliki
sebutir atom pun sama ada di bumi mahupun di langit. Malah sembahan mereka
sama sekali tidak menyamai Allah walaupun sebesar zarah sama ada di bumi
mahupun di langit. Allah tidak mempunyai apa-apa keperluan dengan tuhan-tuhan
palsu yang mereka sembah. Jika mereka menyedari hakikat ini, mereka akan
merasai kewajipan untuk beribadat dengan ikhlas kepada Allah semata-mata.
Firman Allah SWT:
“Katakanlah: Serulah mereka yang kamu anggap
(sebagai tuhan) selain Allah, mereka tidak memiliki (kekuasaan) seberat
zarah pun di langit dan di bumi, dan mereka tidak memiliki satu saham pun
dalam penciptaan langit dan bumi, dan sekali-kali tidak ada di antara mereka
yang menjadi pembantu bagi-Nya.” (Saba’: 22)
Al-Quran mengakui bahawa orang-orang musyrikin
mengiktiraf sebahagian daripada Rububiyyah Allah seperti Allah itu Pemilik
langit serta bumi dan Allah itu Pengurus kejadian-kejadian di langit
serta di bumi. Jika begitulah pengiktirafan mereka, sepatutnya mereka beriman
dan menyembah Allah tanpa mempersekutukan-Nya. Firman Allah SWT:
“Katakanlah (kepada mereka): Kepunyaan siapakah
bumi ini, dan semua yang ada padanya jika kamu mengetahui? Mereka akan
menjawab: Kepunyaan Allah. Katakanlah (kepada mereka): Apakah kamu tidak
ingat?
“Katakanlah (kepada mereka): Siapakah yang
mempunyai langit yang tujuh dan yang empunya ‘arasy yang besar? Mereka
akan menjawab: Kepunyaan Allah. Katakanlah (kepada mereka): Apakah kamu
tidak bertaqwa?
“Katakanlah (kepada mereka): Siapakah yang
di tangan-Nya berada segala kekuasaan sesuatu sedang Dia melindungi, tetapi
tidak ada yang dapat dilindungi daripada (azab)-Nya, jika kamu mengetahui?
Mereka akan menjawab: Kepunyaan Allah. Katakanlah (kepada mereka): (Oleh
yang demikian) dari jalan manakah kamu ditipu ?
“Sebenarnya Kami telah membawa kebenaran kepada
mereka dan sesungguhnya mereka sebenarnya orang-orang yang berdusta.”
(Al-Mu’minun: 84-90)
politeknik tuanku sultanah bahiyah ptsb kulim motivasi kesihatan dekorasi kerja dan puisi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
Sebenarnya, mereka boleh ja berlanggar. NASA dan organisasi antarabangsa yang lain mengesan satelit di angkasa lepas. Perlanggaran jarang t...
-
Mulakan langkah mu dengan fikiran terbuka Setiap insan punyai kelebihan sendiri Asah kemahiran di peringkat lebih tinggi Usaha dan harapan ...
-
Satelit dapat mengorbit mengelilingi planet bumi kerana ianya terkunci pada kelajuan yang sangat tinggi untuk mengatasi daya tarikan graviti...
No comments:
Post a Comment