Tauhid al-Uluhiyyah
Maksud Tauhid al-Uluhiyyah ialah kita mentauhidkan
Allah dalam peribadatan atau persembahan. Allah SWT mengutuskan para rasul
bertujuan menyeru manusia menerima Tauhid al-Uluhiyyah. Firman-firman
Allah SWT yang berikut membuktikan hal tersebut:
“Dan Kami tidak mengutuskan seorang rasul
pun sebelum kamu, melainkan Kami wahyukan kepadanya bahawasanya tiada tuhan
melainkan Aku, maka kamu sekelian hendaklah menyembah Aku.” (Al-Anbiya’:
25)
“Dan sesungguhnya Kami telah utuskan
pada setiap umat itu seorang rasul (untuk menyeru): Sembahlah Allah dan
jauhilah Taghut.” (An-Nahl: 36)
“Dan sesungguhnya Aku telah utuskan Nuh (nabi)
kepada kaumnya, lalu dia berkata (menyeru): Wahai kaumku, hendaklah kamu
menyembah Allah, (kerana) sesekali tiada tuhan melainkan Dia.” (Al-Mu’minun:
23)
“Dan (Kami telah mengutuskan) kepada kaum ‘Ad
saudara mereka Hud (nabi): Hai kaumku sembahlah Allah, sesekali tiada tuhan
bagi kamu selain dari-Nya.” (Al ‘Araf: 65)
Cetusan rasa cinta kepada Allah
Menyembah atau beribadah kepada Allah dapat dilaksanakan
apabila tercetus rasa cinta yang suci kepada Allah dan rela (ikhlas) menundukkan
diri serendah-rendahnya kepada-Nya. Seseorang hamba itu disifatkan sedang
menyembah Allah apabila dia menyerahkan seluruh jiwa raga kepada Allah,
bertawakkal kepada Allah, berpegang teguh kepada ajaran-ajaran Allah, berpaut
kepada ketentuan Allah, meminta (mengharap) serta memulang (menyerah) sesuatu
hanya kepada Allah, berjinak-jinak dengan Allah dengan cara sentiasa mengingati-Nya,
melaksanakan segala syariat Allah dan memelihara segala perlakuan (akhlak,
perkataan dan sebagainya) menurut cara-cara yang diredhai Allah.
‘Ubudiyyah yang semakin bertambah
Pengertian ‘ubudiyyah (pengabdian) kepada Allah
akan bertambah sebati dan hebat kesannya dalam kehidupan manusia apabila
semakin mendalam pengertian dan keinsafannya tentang hakikat bahawa manusia
itu terlalu fakir di hadapan Allah. Manusia sentiasa bergantung dan berhajat
kepada Allah. Manusia tidak boleh terlupus daripada kekuasaan dan pertolongan
Allah walaupun sekelip mata.
Begitu juga dengan cinta atau kasih (hubb) manusia
kepada Allah dan rasa rendah diri (khudu’) manusia kepada Allah yang akan
bertambah teguh apabila semakin mantap ma’rifat dan kefahamannya terhadap
sifat-sifat Allah, Asma’ Allah al-Husna (sifat-sifat Allah yang terpuji),
kesempurnaan Allah dan kehebatan nikmat kurniaan Allah.
Semakin terisi telaga hati manusia dengan pengertian
‘ubudiyyah terhadap Allah semakin bebaslah dia daripada belenggu ‘ubudiyyah
kepada selain daripada Allah. Seterusnya dia akan menjadi seorang hamba
yang benar-benar tulus dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah. Itulah
setinggi-tinggi darjat yang dapat dicapai oleh seseorang insan.
Allah telah menggambarkan di dalam al-Qur’an keadaan
para rasul-Nya yang mulia dengan sifat-sifat ‘ubudiyyah di peringkat yang
tinggi. Allah telah melukiskan rasa ‘ubudiyyah Rasulullah SAW pada malam
sewaktu wahyu diturunkan, ketika baginda berda’wah dan semasa baginda mengalami
peristiwa Isra’ dan Mi’raj. Firman Allah SWT:
“Lalu dia menyampaikan kepada hamba-Nya (Muhammad)
apa yang telah Allah wahyukan.” (An-Najm: 10)
“Dan ketika berdiri hamba-Nya (Muhammad) untuk
menyembah-Nya (beribadat), hampir saja jin-jin itu mendesak-desak mengerumuninya.”
(Al-Jin: 19)
“Maha Suci Allah yang memperjalankan hambanya
(Muhammad) pada suatu malam dari Masjid al-Haram ke Masjid al-Aqsa.”
( Al-Isra’: 1)
politeknik tuanku sultanah bahiyah ptsb kulim motivasi kesihatan dekorasi kerja dan puisi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
Sebenarnya, mereka boleh ja berlanggar. NASA dan organisasi antarabangsa yang lain mengesan satelit di angkasa lepas. Perlanggaran jarang t...
-
Mulakan langkah mu dengan fikiran terbuka Setiap insan punyai kelebihan sendiri Asah kemahiran di peringkat lebih tinggi Usaha dan harapan ...
-
Satelit dapat mengorbit mengelilingi planet bumi kerana ianya terkunci pada kelajuan yang sangat tinggi untuk mengatasi daya tarikan graviti...
No comments:
Post a Comment