Tuesday, 19 March 2013

Puisi 14: aku yg berdosa - Menuju Redha dan Cinta-NYA


Layari juga: puisi-doa-untuk-ibu
                    puisi-tangisan-mata-bunda
                    puisi-ibu-aku-tidak-akan-pernah-lupa
                    coretanku-mak-mak-memang-hebat
                    muhasabah-pagi


Seorang Aku Yang Berdosa


 Seorang aku yang berdosa…..
Masih lagi berdiri di titian usang untuk ke seberang.
Mungkinkah ada harapan untuk aku kembali kesana,
Setelah tersesat dalam riba nista
Mencoret dosa pada lembaran hidup.
Yang saban hari alpa dengan janji yang Esa

 

Seorang aku yang berdosa….
Masih lagi berdiri di sana
Dengan linangan air mata pasrah
Kerana sebelum ini lupa
Membiar diri dalam kelesuan nafsu
Lalu tersungkur rebah
Sendiri tanpa malu
 

Seorang aku yang berdosa
Masih terus berdiri di sana
Mencari hidayah untuk kembali ke seberang
Setelah diri kian hancur dalam ilusi palsu
Kenikmatan syaitan yang menyesatkan
 

Seorang aku yang berdosa….
Masih lagi terkapai di situ
Dalam dilema dosa
Memohon untuk ditebus
Apakah doa taubat ku diterima…
Ya Allah…. 


 Hasil karya : jenglok

 layari juga:  kerjaya-sebagai-pendidik
                     9-ciri-ciri-pendidik-yang-hebat
                     ciri2-yang-baik-sebagai-pendidik
                      kisah-pemimpin-islam-zainab-al-ghazali

No comments:

Post a Comment