Monday, 18 March 2013

Puisi 10: DIA ISTERIMU(sifat isteri)

Didiklah isterimu dengan kelembutan...


Dia digelar sebagai penyeri dunia
Hadirnya melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

Akalnya senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatinya bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh


Tercipta dia dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat di bahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi

Dialah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk


Didiklah dia dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa

Dialah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan..

No comments:

Post a Comment