wahai suami,
waktu awal berkahwin..
isterimu dilihat bagai bidadari syurga
mahupun
dewi yang turun dari kayangan..
semuanya indah kerana cinta masih
mekar..
kau akan membuatkan isterimu menanggung zuriatmu selama sembilan
bulan..
menyusui bakamu..
menjaga dan mendidik waris mu.
oleh itu,
jagalah isterimu..
didiklah isterimu dengan didikan agama yang cukup..
itu tanggungjawabmu..
aku tahu.. kau penat..
kerja mencari nafkah..
tapi
ingatlah.. isterimu di rumah..
melayan anak-anakmu.. menyiapkan
makananmu..
menyiapkan pakaianmu.. menjaga rumah dan segala isinya agar
pulangnya dirimu..
halwa mata yang menjamu penglihatanmu..
agar kurang
penat lelahmu..
jangan kau ambil kesempatan terhadap kelembutan
isterimu..
kau tahu dia takkan menjamah sedikit pun makanan selagi kau
belum pulang.
jadi jangan biarkan dia menunggumu dengan perut yang
kosong..
kerja sampai mati takkan habis..
habiskan satu kerja..satu lagi
akan tiba..
adat bekerja..
luangkan masa untuk keluargamu..
mereka yang
menjadi tulang belakangmu..
menyokongmu..mendoakan mu..
jangan kau
khianati cinta isterimu..
mengharap pulangnya dirimu membawa bunga..
tetapi kau pulang dengan madunya yang tidak diingininya...
wahai
suami...
fikirlah..
sebelum kau melakukan sesuatu..
letakkan dirimu di
tempat isterimu..
andai kau tak suka menunggu..
jangan biarkan orang
menunggumu..
ingat kembali janji2 manismu untuk bahagiakan isterimu..
ingatlah..
jangan mengharap isteri sebaik isteri-isteri nabi..
kalau
diri sendiri tak mampu menjadi sebaik nabi..
jangan bicara tentang agama
kalau jahil untuk melakukannya..
renungkan wahai para suami..
lihat ke
mata isterimu..
bahagia atau derita..
air matanya mengalir gembira atau
duka..
fikirkan sejenak wahai suami..
politeknik tuanku sultanah bahiyah ptsb kulim motivasi kesihatan dekorasi kerja dan puisi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
Sebenarnya, mereka boleh ja berlanggar. NASA dan organisasi antarabangsa yang lain mengesan satelit di angkasa lepas. Perlanggaran jarang t...
-
Mulakan langkah mu dengan fikiran terbuka Setiap insan punyai kelebihan sendiri Asah kemahiran di peringkat lebih tinggi Usaha dan harapan ...
-
Satelit dapat mengorbit mengelilingi planet bumi kerana ianya terkunci pada kelajuan yang sangat tinggi untuk mengatasi daya tarikan graviti...
No comments:
Post a Comment