PADA keseluruhannya Kaabah adalah suatu binaan mulia yang
penuh dengan keberkatan. Al Tabrani meriwayatkan di dalam al-Mu`jam
al-Kabir daripada Ibn Abbas bahawa Rasulullah SAW menyatakan:
“Sesungguhnya Allah menurunkan 120 rahmat ke atas Kaabah, setiap hari 60
untuk orang yang melakukan tawaf, 40 untuk orang yang solat dan 20
untuk orang yang memandangnya.”
Bagaimanapun, ada beberapa bahagian Kaabah yang menjadi tumpuan dan perhatian lantaran kelebihannya.
Hajarul Aswad
Hajarul Aswad adalah sepotong batu yang berasal dari syurga. Warna
asalnya adalah lebih putih daripada susu. Dikatakan ia menjadi hitam
kerana luruhnya dosa manusia yang mengucupnya. Pelbagai peristiwa
sejarah dilalui oleh Hajarul Aswad. Hinggalah ke hari ini yang masih
tinggal daripada Hajarul Aswad adalah sebanyak lapan kepingan sebesar
biji tamar yang diikat pada lilin yang dicampur kasturi di dalam
lingkungan perak. Sesiapa yang ingin mengucupnya hendaklah meletakkan
mukanya ke atas kepingan itu.
Rukun Yamani
Rukun Yamani adalah penjuru Kaabah yang bertepatan dengan Rukun
Hajarul Aswad bagi orang yang sedang tawaf. Ia adalah salah satu
daripada dua rukun yang didirikan di atas asas binaan Nabi Ibrahim.
Rasulullah SAW menyentuh rukun itu ketika tawaf.
Hijr Ismail
Pada asalnya kawasan Hijr Ismail termasuk dalam binaan Kaabah yang
dibina oleh Nabi Ibrahim. Ia dikeluarkan dari Kaabah ketika binaan
Quraisy. Justeru, solat di dalamnya menyamai solat di dalam Kaabah.
Multazam
Multazam adalah kawasan hadapan Kaabah di antara Hajarul Aswad dan
pintu kaabah. Dikatakan Multazam adalah kawasan yang paling mustajab
doa. Menurut sebahagian riwayat orang Quraisy sebelum Islam menjadikan
Multazam tempat melafazkan sumpah terutama bagi menyelesaikan perbalahan
di kalangan mereka.
Mizab
Mizab adalah pancuran emas yang diletakkan bagi menjadi laluan air
dari bumbung Kaabah masuk ke dalam Hijr Ismail. Menurut sebahagian
pendapat di bawahnya adalah di antara tempat paling mustajab berdoa.
Syazarwan
Syazarwan adalah jubin yang dibina di bahagian bawah dinding Kaabah.
Tingginya lebih kurang dua kaki. Ia diletakkan untuk menandakan saiz
asal Kaabah yang dikurangkan ketika binaan Quraisy berbanding binaan
Nabi Ibrahim. Justeru, ia adalah sebahagian daripada Kaabah. Bertawaf di
atasnya atau sebahagian anggota badan di atasnya menyebabkan tawaf
tidak sah.
Kiswah
Kiswah adalah kelambu atau kain yang menutupi Kaabah. Diriwayatkan
orang pertama yang meletakkan kiswah Kaabah adalah Tubba al Himyariyy
As`ad Abi Karb. Kiswah Kaabah diperbuat daripada 658 kilogram sutera
mentah yang ditenun. Ukurannya selepas siap ditenun adalah 658 meter
persegi. Kos pembuatannya adalah 17 juta Riyal Arab Saudi. Kiswah akan
diganti dengan yang baru pada pagi 9 Zulhijah (hari Wuquf) setiap tahun.
Makam Ibrahim
Makam Ibrahim adalah batu yang ada kesan dua tapak kaki Nabi Ibrahim.
Batu itu sekarang ini diikat dengan perak dan diletakkan di dalam
sebuah tempat yang diperbuat daripada tembaga berwarna keemasan.
Menunaikan solat di sisi Makam Ibrahim adalah suatu yang mempunyai
kelebihan yang besar. Allah berfirman bermaksud : “Dan ingatlah ketika
kami jadikan Baitullah sebagai tempat berhimpun bagi manusia dan tempat
yang aman. Dan jadikanlah sebahagian dari Makam Ibrahim sebagai tempat
solat.” (Surah al-Baqarah, ayat 125)
Telaga Zamzam
Telaga Zamzam adalah sebuah telaga di hadapan Kaabah di kawasan di
antara Hajarul Aswad dan Multazam. Ia dikatakan terbit daripada terjahan
kaki Nabi Ismail. Ada riwayat yang menyatakan ia terbit hasil pukulan
sayap Jibrail. Kelebihan air dari Telaga Zamzam ini dinyatakan di dalam
beberapa hadis.
MAKAM IBRAHIM
Makam Ibrahim bukanlah kuburan Nabi Ibrahim sebagaimana dugaan atau
pendapat sebahagian orang-orang kebanyakan. Ia adalah merupakan bangunan
kecil yang terletak lebih kurang 20 hasta di sebelah timur Kaabah. Di
dalam bangunan kecil ini terdapat sebiji batu dan di atas batu itulah
Nabi Ibrahim berdiri di waktu baginda membangunkan Kaabah dan puteranya
Nabi Ismail memberikan batu kepadanya.
Di sini kita dituntut berdoa selepas melakukan
sembahyang sunat tawaf 2 rakaat. ::)
Batu itu dipelihara Allah, sekarang ini sudah ditutup dengan perak.
Sedangkan bekas kedua tapak kaki Nabi Ibrahim panjangnya 27 cm,
lintangnya 14 cm dan dalamnya 10 cm masih nampak dan jelas dilihat.
Atas perintah Khalifah Al Mahdi Al Abbasi di sekeliling batu makam
Ibrahim itu telah diikat dengan perak dan dibuat kandang besi berbentuk
sangkar burung.
KISAH ASAL USUL BEKAS TAPAK KAKI NABI IBRAHIM A.S (MAQAM)
Setelah Nabi Ismail bersetuju untuk membantu Nabi Ibrahim
membangunkan Kaabah, maka Nabi Ibrahim bersama dengan anaknya pun mula
membina Kaabah setelah Allah S.W.T menunjukkan kepada mereka tempat yang
harus dibina Baitullah itu.
politeknik tuanku sultanah bahiyah ptsb kulim motivasi kesihatan dekorasi kerja dan puisi
Saturday, 16 February 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
Sebenarnya, mereka boleh ja berlanggar. NASA dan organisasi antarabangsa yang lain mengesan satelit di angkasa lepas. Perlanggaran jarang t...
-
Mulakan langkah mu dengan fikiran terbuka Setiap insan punyai kelebihan sendiri Asah kemahiran di peringkat lebih tinggi Usaha dan harapan ...
-
Satelit dapat mengorbit mengelilingi planet bumi kerana ianya terkunci pada kelajuan yang sangat tinggi untuk mengatasi daya tarikan graviti...
No comments:
Post a Comment