Jatuh cinta bagi seorang aktivis dakwah
bukanlah perkara biasa. Dalam konteks dakwah, jatuh cinta adalah
gerbang pengembangan pergerakan. Menurut konteks pembinaan, jatuh cinta
adalah naik marhalah. Konteks keimanan pula, jatuh cinta pula adalah
bukti ketundukan kepada sunnah Rasulullah SAW dan jalan meraih reda
Allah.
Maka
persoalannya bukan pada bagaimana memilih seseorang yang paling cantik
atau yang paling tampan, melainkan seseorang yang paling tepat untuk
menjadi pendamping hidup. Seseorang yang tahu bagaimana mengemudi
bahtera rumah tangga agar selalu dalam bingkai keluarga daie.
Oleh
kerana sejak awal meniti jalan menuju perkahwinan harus dimulai dengan
niat yang benar usaha yang dilakukan pun juga benar dan tidak melanggar syariat. Tidak perlu ada percintaan Islamik, tunangan syarie dan menggantung status.
Kata – kata, “Awak, tunggulah saya. Saya akan mengahwini awak dua tahun lagi” tidak
perlu ada. Sebab kata-kata ini tidak mengandungi kejelasan. Ia hanya
menjanjikan sesuatu yang tidak pasti. Pada hakikatnya dia pun juga
tidak perlu berjanji seperti ini. Janji ini seolah-olah tanda jadi atau
pengikat, padahal ia bukan seperti itu.
Ia hanyalah pelega dan syurga telingan sahaja. Ini kerana janji berkahwin dua tahun lagi tidaklah dapat dikatakan sebagai sebuah niat proses perkahwinan secara syarie
Kita juga
tidak perlu menggantung status sebuah hubungan. Lelaki dan wanita
apabila mereka merasa sudah sangat dekat dan sangat akrab akan sering
mencurah rasa hati, bertukar pendapat dan diskusi. Mereka saling memberi
harapan, tapi mereka tidak mahu disebut sebagai sedang bercinta.
Hubungan
hati mereka sudah selayaknya dua sejoli, tapi mereka menolak disebut
percintaan. Mereka lebih selesa dengan gelaran BFF atau penuhnya, Best
Friend Forever. Hubungan seperti inilah yang sering kita sebut hubungan menggantung,
tergantung dan tidak jelas. Si lelaki tak berani untuk jujur berkata
ingin berkahwin dan wanita pun malah menikmati hubungan itu.
Jadi sebaiknya sebagai seorang pendakwah segala sesuatu harus dijadikan teladan. Bagaimana diri kita menjadi contoh yang baik bagi masyarakatnya. Tidak perlu percintaan Islamik, tidak perlu membuat janji, tidak perlu menyeksa wanita dengan hubungan yang tidak jelas statusnya. Bila memang ingin berkahwin maka tekan minyak. Namun bila tidak mahu silakan tekan pedal brek sekuatnya, dan lepaskan bila kita sudah merasa bersedia segalanya.
Siapakah pendakwah-pendakwah itu?
Jawapannya, kita semua..
No comments:
Post a Comment