Sesungguhnya, Rasulullah SAW ada menjelaskan bahawa salah satu dari
ciri kesempurnaan iman seseorang adalah dia mencintai saudaranya
melebihi cintanya pada dirinya sendiri. Daripada Anas bin Malik, Nabi
SAW bersabda, “Tidaklah (sempurna) iman seseorang di antara kalian hingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri.”
Maka, amat jelas melalui keterangan hadis Nabi SAW bahawa cinta kepada
saudara kita sesama Islam harus diamal dan dijiwai dalam diri setiap
individu yang bergelar Muslim. Kita tidak boleh menyakiti hati
saudara-saudara kita dengan menggunakan jalan kehancuran dan kebinasaan
seperti bercakap bohong, fitnah-menfitnah, mengaibkan saudara sendiri
dan sebagainya. Tidaklah seseorang itu dianggap seorang Muslim yang
sejati andai di dalam hatinya penuh dengan sifat mazmumah dan akhlak
yang negatif.
Selain itu, cinta sesama Muslim seharusnya didasarkan kepada Allah
Taala semata-mata. Daripada satu hadis yang driwayatkan oleh Abu
Hurairah bahawa Nabi SAW bersabda, “Ada seorang mengunjungi
saudaranya di desa lain, lalu Allah mengutus seorang malaikat untuk
menemui orang itu. Ketika orang tersebut sampai di desa yang dituju,
malaikat bertanya, “Mahu ke mana kamu?” Orang itu menjawab, “Aku mahu
menjenguk saudaraku di desa ini.” Tanya malaikat selanjutnya, “Apakah
dengan mengunjunginya kau memperoleh banyak keuntungan?” Orang itu
menjawab, “Tidak, aku hanya mencintainya kerana Allah Azza wa Jalla.”
Malaikat itu mengatakan, “Sesungguhnya aku adalah utusan Allah untuk
memberitahukan kamu bahawa Allah menyenangimu sebagaimana kamu
menyenangi saudaramu kerana Allah.”
Oleh yang demikian, kita seharusnya saling tolong-menolong di antara
satu sama lain tanpa ada paksaan daripada mana-mana pihak. Allah Taala
mencipta makhluk di dunia ini bukanlah sebagai individu yang hidupnya
seorang diri saja tapi sebagai makhluk di dunia yang hidup secara
bersosial dan bermasyarakat. Jalinan ukhwah Islamiyyah yang kukuh harus
dibina di antara kita bagaikan aur dan tebing terutamanya dalam menolong
dan membantu saudara kita yang hidup dalam kesusahan. Bertepatanlah
dengan firman Allah Taala dalam surah Al-Maidah, ayat 2 yang bermaksud, “Dan
tolong-menolonglah kalian dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan
janganlah tolong-menolong dalam membuat dosa dan pelanggaran.”
Tidak cukup dengan itu, sesama Muslim dilarang mengganggu sesama
Muslim dengan cara menfitnah, bermusuh bahkan berdengki atas kesenangan
yang dinikmati oleh orang lain. Sesungguhnya seorang Muslim yang
menyayangi saudaranya sendiri ibarat menjaga dan memelihara takwa dan
iman yang ada dalam diri mereka sendiri. Diriwayatkan dari Abu Hurairah,
dia berkata,” Rasulullah SAW bersabda, ‘Janganlah kalian saling
mendengki, saling menfitnah, saling membenci, dan saling membelakangi.
Janganlah seorang muslim berjual beli sesuatu yang masih dalam penawaran
seorang muslim lain dan jadikan kalian hamba-hamba Allah yang saling
bersaudara, tidak boleh saling menyakiti, merendahkan dan menghina.
Takwa itu ada di sini (Rasulullah menunjuk dadanya dan beliau
mengucapkannya tiga kali). Sudah cukup kejelekan seorang yang menghina
saudara sesama Islam. Muslim yang satu dengan yang lain haram darahnya,
hartanya, dan kehormatannya.”
Hal ini diulaskan lagi mengikut penjelasan dan keterangan lain
daripada seorang tokoh agama Islam, Imam Nawawi mengenai betapa
pentingnya rasa cinta dan kasih sayang sesama Muslim. Beliau menerangkan
bahawa jika seseorang itu tidak cinta kepada saudaranya sebagaimana dia
cinta pada dirinya maka dia adalah seorang pendengki. Menurut Imam
Ghazali pula, pendengki ini terdiri daripada tiga jenis iaitu pertama,
bercita-cita supaya hilang terus nikmat orang lain dan berpindah nikmat
itu kepadanya, kedua bercita-cita supaya hilang nikmat tersebut ke atas
orang lain sekalipun dia tidak mendapatnya dan terakhir, tidak
bercita-cita supaya hilang nikmat itu daripada orang lain tetapi dia
tidak suka melihat orang itu lebih tinggi daripadanya. Maka, kita
hendaklah mengetahui bahawa ketiga-tiga bahagian cara itu adalah
dilarang bagi setiap muslim.
Adapun sesama Mukmin haruslah diibaratkan sebagai satu tubuh dalam
hal saling mengasihi dan menyayangi, sebagaimana hadis yang diriwayatkan
oleh Imam Bukhari, diriwayatkan dari Nu’man bin Bisyr, dia berkata,
“Rasulullah s.a.w bersabda, ‘Orang-orang mukmin dalam hal saling
menyayangi bagaikan satu tubuh. Apabila ada sebahagian tubuh yang sakit,
maka seluruh tubuh tidak bisa tidur dan turut merasakan sakitnya.”
Melalui hadis Nabi SAW ini, kita dapat mengetahui bahawa cinta ini
merupakan satu penyatuan antara jiwa dengan jiwa yang lain kerana adanya
keserasian. Jika air bercampur dengan air, maka keduanya sukar
dipisahkan seperti mana cinta antara manusia. Seseorang akan menderita
kerana penderitaan yang lain dan yang lain akan sakit kerana yang lain
sakit tanpa disedarinya.
Di samping itu, Allah Taala memuliakan mereka yang saling mencintai
dan bersahabat kerana Allah Taala. Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW
bersabda, “Pada hari kiamat Allah berfirman: Di manakah orang-orang
yang saling mencintai kerana keagunganKu? Pada hari yang tiada naungan
selain naunganKu ini, Aku menaungi mereka dengan naunganKu”.
Begitu juga dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Abdullah bin Amru Al-Ash dari Nabi SAW, Baginda bersabda: “Barangsiapa
yang ingin agar dirinya dijauhkan dari api neraka dan dimasukkan ke
syurga, maka hendaklah saat dia menemui ajalnya dalam keadaan beriman
kepada Allah dan Hari Akhirat, dan dia memberikan kepada manusia sesuatu
yang dia suka hal itu diberikan kepadanya.”
politeknik tuanku sultanah bahiyah ptsb kulim motivasi kesihatan dekorasi kerja dan puisi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
Sebenarnya, mereka boleh ja berlanggar. NASA dan organisasi antarabangsa yang lain mengesan satelit di angkasa lepas. Perlanggaran jarang t...
-
Mulakan langkah mu dengan fikiran terbuka Setiap insan punyai kelebihan sendiri Asah kemahiran di peringkat lebih tinggi Usaha dan harapan ...
-
Satelit dapat mengorbit mengelilingi planet bumi kerana ianya terkunci pada kelajuan yang sangat tinggi untuk mengatasi daya tarikan graviti...
No comments:
Post a Comment