TENTANG HATI
Banyak orang bercakap tentang permasalahan cinta tapi tidak sesuai
dengan yang sebenarnya. Atau tidak menjelaskan batasan-batasan dan
maknanya secara syar’i. Dan seakan-akan yang membahas masalah ini
mempunyai pemahaman yang salah bahawa ianya berkaitan dengan akhlaq yang
rendah dan perzinaan, satu perkataan yang keji. Dan dikaitkan pula
dengan zina hati. Hal ini adalah salah.
Cinta dan rindu adalah sesuatu yang berkaitan dengan manusia yang
memotivasi mereka untuk menjaga dan mendorong kehormatan dan
kemuliaannya. Aku memandang pembicaraan ini yang terpenting adalah
batasannya, penyimpangannya, kebaikannya dan keburukannya. Cinta dan
rindu adalah dua kalimat yang ada dalam hati setiap manusia, dan mereka
memberi makna tentang kedua-dua hal ini sesuai dengan apa yang mereka
rasai.
CINTA (AL-HUBB)
Cinta, iaitu Al-Widaad yakni kecenderungan hati pada yang dicintai. Itu
termasuklah amalan hati, bukan amalan anggota badan atau zahir.
Pernikahan contohnya, tidak akan bahagia dan berfaedah kecuali jika
adanya cinta dan kasih sayang yang lahir dalam hati-hati pasangan suami
isteri. Dan kunci kepada tumbuhnya kecintaan adalah melalui pandangan.
Oleh disebabkan itulah, Rasulullah SAW menganjurkan pada orang yang
meminang untuk melihat pada yang dipinang agar sampai pada kata sepakat
dan cinta.
Sungguh telah diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Nasa’i dari Mughirah
bin Su’bah r.a berkata: “Aku telah meminang seorang wanita.” Lalu
Rasulullah SAW bertanya kepadaku: “Apakah kamu telah melihatnya?” Aku
berkata: “Belum.” Maka beliau bersabda: “Maka lihatlah dia, kerana
sesungguhnya hal itu pada akhirnya akan lebih menambah kecocokan dan
kasih sayang antara kalian berdua.”
Kebanyakan orang, lebih-lebih pemuda dan pemudi, mereka takut
untuk menghadapi cinta kerana tanggapan bahawa cinta yang tumbuh di
dalam hati itu adalah dosa dan mereka mengira diri mereka sedang
bermaksiat, berzina hati, bahkan salah seorang di antara mereka
memandang, bila hatinya condong pada seseorang bererti dia telah berbuat
dosa.
Kenyataannya, bahwa di sini banyak sekali kerancuan-kerancuan dalam
pemahaman mereka tentang cinta dan apa-apa yang tumbuh dari cinta itu,
di mana mereka beranggapan bahawa cinta itu suatu maksiat, kerana
sesungguhnya dia memahami cinta itu dari apa-apa yang dilihatnya dari
lelaki-lelaki rosak dan perempuan-perempuan rosak di kalangan mereka,
yang mana mereka-meraka itu menegakkan hubungan yang tidak disyariatkan
oleh Allah SWT. Mereka saling duduk, bermalam, bergurau mesra, saling
menari, dan minum-minum, bahkan sampai mereka berzina di bawah semboyan
cinta. Banyak orang mengira bahawa cinta tidak ada lain kecuali yang
demikian itu. Padahal sebenarnya tidak begitu, justeru sebaliknya.
Sesungguhnya kecenderungan seorang lelaki pada wanita dan
kecenderungan wanita pada lelaki itu merupakan syahwat daripada
syahwat-syahwat yang telah Allah SWT hiaskan pada manusia dalam masalah
cinta. Ertinya Allah SWT menjadikan di dalam syahwat apa-apa yang
menyebabkan hati lelaki itu cenderung pada wanita, sebagaimana firman
Allah SWT:
“Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada
apa-apa yang diingini, iaitu: wanita-wanita, anak-anak…” – Aali-’Imran:
14.
Allah SWT-lah yang menghiasi bagi manusia cinta pada syahwat ini,
maka manusia mencintainya dengan cinta yang besar, dan sungguh telah
tersebut dalam hadis bahawa Nabi SAW bersabda:
“Diberi rasa cinta padaku dari dunia kalian: wanita dan
wangi-wangian dan dijadikan penyejuk mataku dalam solat.” – HR Ahmad,
Nasa’i, Hakim dan Baihaqi.
Andaikan tidak ada rasa cinta lelaki pada wanita atau sebaliknya,
maka tidak adalah pernikahan, tidak adalah keturunan dan tidak adalah
keluarga.
Namun begitu, Allah SWT tidaklah menjadikan lelaki cinta pada wanita
atau sebaliknya supaya menumbuhkan di antara keduanya hubungan yang
diharamkan, tetapi untuk menegakkan hukum-hukum yang disyari’atkan iaitu
pernikahan seperti dalam hadis Ibnu Majah, dari Abdullah bin Abbas r.a
berkata: telah bersabda Rasulullah SAW: “Tidak terlihat dua orang yang
saling mencintai, seperti pernikahan.”
politeknik tuanku sultanah bahiyah ptsb kulim motivasi kesihatan dekorasi kerja dan puisi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
Sebenarnya, mereka boleh ja berlanggar. NASA dan organisasi antarabangsa yang lain mengesan satelit di angkasa lepas. Perlanggaran jarang t...
-
Mulakan langkah mu dengan fikiran terbuka Setiap insan punyai kelebihan sendiri Asah kemahiran di peringkat lebih tinggi Usaha dan harapan ...
-
Satelit dapat mengorbit mengelilingi planet bumi kerana ianya terkunci pada kelajuan yang sangat tinggi untuk mengatasi daya tarikan graviti...
No comments:
Post a Comment