Saturday 16 February 2013

Kelebihan Surah al-Fatihah

Surah al-Fatihah dimulakan dengan kalimah 'Bismillah' yang bermaksud dengan nama Allah. Sabda Rasulullah, maksudnya: 




1:1

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

1:2

Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

1:3

Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

1:4

Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).

1:5

Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.

1:6

Tunjukilah kami jalan yang lurus.

1:7

Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.


"Setiap sesuatu kebaikan yang dimulai dengan Bismillah akan mendatangkan berkat. Manakala lafaz 'Allah' pula adalah nama zat Yang Maha Suci, yang berhak disembah dengan sebenar-benarnya, tidak memerlukan makhluknya tetapi makhluk yang berhajat kepada-Nya."

Dalam ayat pertama Surah Al-Fatihah juga ada kalimah 'Ar Rahman' yang bermaksud Maha Pemurah. Ar Rahman adalah salah satu daripada nama Allah yang memberi pengertian bahawa Allah itu adalah tuhan Yang Amat Pemurah yang melimpahkan kurnia kepada setiap makhluk-Nya.

Kalimah Ar Rahim pula bermaksud Maha Penyayang atau Maha Pengasih, memberi pengertian bahawa Allah sentiasa bersifat rahmat (kasih sayang) yang menyebabkan Allah selalu melimpahkan rahmat kepada makhluk-Nya.

Mengikut sesetengah ahli tafsir, Ar Rahman dan Ar Rahim adalah daripada kalimah yang sama ertinya itu 'rahmah' yang bermakna kasih sayang atau kasihan. Sesetengah ahli tafsir menyatakan bahawa Ar Rahman maknanya Allah mengasihi seluruh hamba-Nya baik mukmin atau kafir. Lalu dikurniakan
kepada mereka rezeki dan nikmat di dunia ini, sekiranya mereka berusaha. Ar Rahim' pula hanya untuk orang mukmin di mana kasih Allah kepada mereka mengatasi yang lain, malah untuk mereka nikmat yang bukan saja di dunia malah berpanjangan di akhir. 


Menurut Syeikh Mohammad Abduh Dum, Ar Rahman bermakna pemberi Rahmat,
manakala Ar Rahim bermakna pemilik Rahmat.


Surah al-Fatihah mempunyai banyak kelebihannya. Di antara hadis yang memperkatakan kelebihannya ialah:-

  1. * "Surah Al-Fatihah adalah UBAT PENAWAR daripada segala penyakit dan penawar daripada racun."
  2. * "Apabila selesai imam membaca surah Al-Fatihah, hendaklah kamu mengucapkan
  3. "amin", nescaya permintaan kamu akan diperkenankan."
  4. * "Barang siapa datang ke suatu tempat dan mendengar orang membaca surah al-Fatihah dari awal surahnya hingga ke akhir, nescaya dia memperoleh ganjaran pahala seumpama orang yang berperang di jalan Allah."
  5. * "Sesiapa yang membaca surah al-Fatihah dan al-Ikhlas ketika pulang ke rumah, nescaya terhindar daripada kefakiran dan kepapaan serta mendapat banyak kebajikan di rumahnya."
  6. Suatu ketika Rasulullah berjalan-jalan dengan Abi Zaid di sebuah jalan di kota Madinah, tiba-tiba terdengar suara seorang lelaki membaca surah Al-Fatihah, lantas baginda bersabda, maksudnya: "Kita berhenti dan dengar bacaannya hingga selesai."

Sekian

No comments:

Post a Comment