Saturday, 16 February 2013

Kelebihan Surah-surah Al Quran

Terdapat banyak hadith yang menceritakan kelebihan surah-surah tertentu.

Semua hadith berikut telah diyakini bukan tergolong dalam hadtih dho'if jauh sekali hadith maudhu' :

SURAH AL-FATIHAH Sabda Rasulullah s.a.w.,"Sebaik-baik Al-Quran adalah ......(iaitu surah al-Fatihah (H.R. Baihaqi)

SURAH AL-BAQARAH Sabda Rasulullah s.a.w.,"Bacalah surah al-Baqarah di rumahmu kerana sesungguhnya syaitan tidak akan masuk rumah yang dibaca di dalamnya surah al-Baqarah."(H.R. Al-Hakim)

SURAH AL-KAHFI Sabda Rasulullah s.a.w. ,"Barangsiapa membaca surah al-Kahf pada hari Jumaat nescaya cahaya meneranginya selama di antara 2 Jumaat."(H.R. al-Baihaqi)

SURAH YASIIN Sabda Rasulullah s.a.w. ,"Barangsiapa membaca surah Yasiin di permulaan hari akan dipenuhi hajat pada hari itu."(H.R. Al-Darimi)

SURAH AL-DUKHAN Sabda Rasulullah s.a.w. ,"Barangsiapa membaca surah al-Dukhan di waktu malam maka meminta ampun baginya 70000 para malaikat di waktu pagi."(H.R. al-Tirmidzi)

SURAH AL-MULK Sabda Rasulullah s.a.w. ,"Sesungguhnya dalam Al-Quran ada satu surah yang mempunyai 30 ayat yang memberi syafaat kepada seorang lelaki sehingga ia diberi keampunan iaitu.......(iaitu surah Al-Mulk)."(H.R, al-Nasai')

SURAH AL-KAFIRUN Sabda rasulullah s.a.w. ,"Apabila kamu hendak tidur di waktu malam maka hendaklah kamu membaca ...(surah al-Kafirun) kemudian tidurlah bila selesai membacanya kerana ia adalah pembebasan daripada syirik."(H.R. al-Tirmidzi)

SURAH AL-IKHLASH Sabda Rasulullah s.a.w. ,"Barangsiapa membaca .....(surah Al-Ikhlash) seolah-olah ia membaca sepertiga Al-Quran."(H.R. al-Tirmidzi)

Dikutip dari Cindai (http://zana1038.blogspot.com/)

No comments:

Post a Comment